soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,223
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,223
- Reaction score
- 4,129
- Points
- 661
- Awards
- 1
Samadi Ahmad
[email protected]
Dengkil: "Inilah hadiah paling besar pernah saya dapat," kata Hanif Abdul Rahman, 34.
Pekerja swasta dari Shah Alam itu memenangi hadiah utama cabutan bertuah pusingan kedua peraduan LBS Fabulous 20-21, anjuran pemaju hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS), hari ini.
Hanif berkata, dia tidak menyangka memenangi sebuah Proton X70 selepas membeli rumah bernilai lebih RM300,000 di Puncak Alam, Shah Alam tahun lalu.
Katanya, kenderaan itu dianggap rezeki Ramadan dan akan dihadiahkan kepada isteri, Siti Aminah Mohamad, 34, yang tinggal di Jerantut, Pahang untuk kegunaan harian.
"Saya dan isteri putuskan untuk membeli kediaman itu kerana dekat dengan kemudahan asas, selain konsep perumahannya yang moden.
"Selain itu wang pendahuluan sangat rendah iaitu RM300," katanya ketika ditemui.
Hairol Hafizi Shamsudin, 33, yang memenangi Proton Pesona pula menganggap hadiah itu rezeki anak ketiganya, Auliya Hana yang lahir tiga bulan lalu.
Pekerja dari Puchong itu memberitahu akan pulang ke kampung di Negeri Sembilan dan Melaka dengan pada Aidilfitri nanti dengan berkereta baharu.
Terdahulu majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Lim Hock San dan turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Joey Lim Hock Guan dan Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim Mooi Pang
Peraduan LBS Fabulous 20-21 menawarkan hadiah sehingga RM731,000. Selain hadiah utama Proton X70, peraduan menawarkan dua Proton Persona, tiga Proton Iris dan satu Proton Ixora.