BTC USD 62,593.6 Gold USD 1,808.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Algeria Berkabung 3 Hari Susulan Kematian Bekas Presiden Bouteflika

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,590
Reaction score
15,629
Points
2,376

Algeria berkabung 3 hari susulan kematian bekas Presiden Bouteflika

September 19, 2021 @ 1:17pm

bendera3hari_1632028603.jpg


Bendera Algeria dikibarkan separuh tiang selama tempoh tiga hari berkabung. - Foto AFP


ALGIERS: Algeria berkabung selama tiga hari bermula semalam berikutan kematian bekas Presiden Abdelaziz Bouteflika.

Menurut kenyataan Pejabat Presiden, bendera dikibarkan separuh tiang selama tempoh berkabung itu, lapor Agensi Anadolu.

Bouteflika meninggal dunia pada petang Jumaat pada usia 84 tahun.

Mula berkuasa pada 1999 selepas perang saudara di negara itu, Bouteflika tetap menerajui pemerintahan Algeria walaupun pada 2015 beliau lumpuh dan kesihatannya merosot .

Pada Februari 2019 beliau mencalonkan diri sebagai presiden untuk penggal kelima, yang menjadi penggal terakhirnya. Tindakannya itu mencetuskan demonstrasi besar-besaran.

Angkatan Tentera Algeria kemudian mengumumkan sokongan terhadap kumpulan yang membantah, memaksa Bouteflika berundur pada April 2019. – BERNAMA


 

CG Sponsors




Top
Log in Register