BTC USD 56,951.3 Gold USD 1,834.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ALFATIHAH --Tok Guru Hj Mansor, Merbok Kedah

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
96
Points
120
aku berita ni dr thread jiran....


Pagi tadi (Isnin 10/11/2008) Tuan Guru Hj Mansor di Merbok Kedah telah kembali kerahmatullah. Umurnya dalam lingkungan 70an.

Sebelum ni dia dah lama tak sihat, selalu batuk2. Walaupun sakit, tapi allahyarham ni amat kuat semangat, walau sakit dan suara tak keluar pun, gagah juga nak mengajar kat surau tepi rumah dia tu.

Akhlak & peribadi dia terjaga daripada kecik lagi. Muda-muda dulu dia gi belajar kat Kelantan, ada satu pondok tu kat Pasir Putih. Dulu jalanraya timur-barat tak ada lagi, jadi depa pi ikut siam, naik keretapi. Dia amat committed dengan amalan sunat, memang dia amat jaga sungguh, daripada siwak, celak, solat sunat dan zikir.

Dia dah mengajar sejak 50 tahun lepas, tanpa henti. Boleh bayangkan berapa ramai mad'u nya. Bila dia meninggal ni, semua kenalan & anak-anak murid dia datang. Ada tok-tok guru datang bertongkat, berpimpin dan sebagainya, datang dari jauh dan dekat. Datang cium2 wajahnya mcm tak nah lepas. Tok aku yang umur hampir 100 tahun pun minta utk dibawa juga, mengesot naik tangga rumah dia utk pergi ziarah.

Solat jenazah kena buat sampai 3 kali sebab tak cukup tempat kat. Itu pun ada lagi orang yang belum sempat solat sebab dah nak dibawa ke kubur. Dia dah pesan waktu mengajar, kalau dia meninggal minta cepat-cepat dikebumi & diselenggarakan sebab ornag beriman ni dah sangat tak sabar untuk jumpa tuhannya. Itulah wasiatnya. Dia dah terlalu bersedia dan rindu akan pertemuan dengan tuhannya. Tazkirah utk aku......

Ikut YB Dr Hamdan dalam blognya, inilah satu-satunya Tok Guru di Merbok ni. http://aduntgdawai.blogspot.com/ . Semoga Allah akan menempatkan almarhum dalam golongan pada para solihin. Amin.


Al-Fatihah !
perginya seorg lagi tok guru... :((
 
Sponsored Post

matlan

Passed Away
Joined
Apr 11, 2007
Messages
7,279
Reaction score
165
Points
73
Al-Fatihah... semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama solehin..

Amin
 

anida80

Active+ Member
Joined
May 1, 2008
Messages
2,936
Reaction score
9
Points
25
setiap yg bernyawa pasti akan mati...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register