BTC USD 28,520.7 Gold USD 1,978.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Album Lee Min Ho Dapat Sambutan Tanpa Promosi

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Min%2BHo.jpg

ALBUM terbaharu pelakon dan penyanyi Lee Min Ho berjudul Song For You berjaya mendapat sambutan luar biasa di Jepun sejak ia dilancarkan pada 9 Oktober lalu biarpun tiada sebarang promosi dibuat oleh pihak syarikat rakamannya.

Soompi melaporkan album berkenaan berjaya menduduki tangga pertama carta jualan album di Jepun pada minggu pertama ia dipasarkan dan membuktikan populariti Min Ho sangat besar di negara matahari terbit itu.

Song For You adalah album kedua pelakon drama bersiri Boys Over Flower itu dan sebelum ini pernah berjaya dengan album pertamanya, My Everything.
Menerusi album berkenaan, Min Ho tampil dengan lima buah lagu baharu iaitu Paradise in Love, Stalker, Travel, Burning Up dan Song For You.

Berikutan kejayaan cemerlang album berkenaan Min Ho turut mengadakan persembahan istimewa untuk peminatnya di Jepun pada 12 dan 13 Oktober lalu.

http://www.cari.gold/2014/10/album-lee-min-ho-dapat-sambutan-tanpa.html
 
Top
Log in Register