BTC USD 61,468.4 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alat berkhatan 'seminit' menang anugerah antarabangsa

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,271
Reaction score
2,883
Points
201
Alat berkhatan 'seminit' menang anugerah antarabangsa

Peralatan berkhatan 'Circumstar-1' ciptaan pakar bedah plastik, Datuk Dr Siew Kuang Chong. FOTO Mary Victoria Dass
Peralatan berkhatan 'Circumstar-1' ciptaan pakar bedah plastik, Datuk Dr Siew Kuang Chong. FOTO Mary Victoria Dass
JOHOR BAHRU: Rekaan dan inovasi seorang pakar bedah plastik, Datuk Dr Siew Kuang Chong, 78, menerima pengiktirafan sebagai peralatan berkhatan paling cepat, selamat dan kos rendah di seluruh dunia.

Dr Siew Kuang berkata, beliau bersyukur kerana dapat mengharumkan nama negara buat kali kedua pada tahun ini apabila inovasi diberi nama, Circumstar-1, itu merangkul pingat emas dan anugerah khas di 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Canada pada 28 Ogos lalu.


Beliau berkata, pada Mac lalu, dia juga meraih pingat emas di Salon International des Inventions de Genève 2021 di Switzerland bagi ciptaan sama.

Menurutnya, sehingga kini dia berjaya merangkul 49 anugerah bagi inovasinya termasuk 25 pingat emas dan 11 pingat khas bagi produk pengguna dan peralatan perubatan di pertandingan termasuk diadakan di peringkat nasional selain di China, Hong Kong, Japan dan Thailand.

Katanya, dia tidak menyangka memenangi pingat emas serta dipilih sebagai antara 10 ciptaan terbaik dalam kalangan 700 penyertaan dari seluruh dunia termasuk 97 dari negara ini.

"Pertandingan ini adalah anjuran Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS) dan saya menghantar penyertaan secara online.

"Saya mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk menyiapkannya dan menambah baik peralatan berkhatan sedia ada sebelum ini dan ini adalah produk buatan tempatan 100 peratus.

"Alat ini ini hanya mengambil masa seminit berbanding peralatan berkhatan saya cipta sebelum ini iaitu tiga minit dan ia tanpa jahitan.

"Ia adalah selamat sepenuhnya dan proses penyembuhan juga agak cepat iaitu dalam tempoh tiga minggu berbanding kebiasaannya sebulan," katanya.

Anak Johor itu berkata, inisiatifnya juga diharap menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha mencipta produk inovasi yang berguna kepada masyarakat.

"Saya yakin faktor usia tidak menjadi penghalang kepada untuk terus mencipta produk dan saya nekad meneruskan usaha ini.

"Ada yang menasihati saya supaya berehat di rumah kerana faktor usia namun saya berasakan usia bukan halangan untuk bergerak aktif dan mencipta kejayaan.

"Rahsia kesihatan saya adalah mengamalkan diet seimbang selain bersenam hampir setiap hari," katanya.
 
Sponsored Post

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,215
Reaction score
874
Points
171
dah menang anugerah jd mahal plak la nanti...
mcm mane rupe bentuk bende ni...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,846
Reaction score
21,822
Points
1,671
Circumstar-1

FB_IMG_1632206894941.jpg
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,005
Reaction score
2,745
Points
201
Orang bukan Islam dapat nama. Moga dapat hidayah.
 

GeeKaDoY

Active Member
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,187
Reaction score
221
Points
43
Doktor ada guna/try dulu tak tu? Atau buat untuk orang saja... untuk orang mostly tak seagama pulak tu... terbaik...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,846
Reaction score
21,822
Points
1,671
Xjahit clean jela. Mcm kita bgantung pada tukang jahit dulu tu la. Klo kemas jahitnya nmpk hensem la 🤣
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,285
Reaction score
3,531
Points
201
Xjahit clean jela. Mcm kita bgantung pada tukang jahit dulu tu la. Klo kemas jahitnya nmpk hensem la 🤣
alah...yg nampak sendiri je kan.....hahahaha takde sapa tahu jahitan kemas ke tidak...hahahaha
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,563
Reaction score
2,915
Points
206
soalan aku boleh ke pakai?
ye la yg cipta cina
pastu confirm xikut sunnah nabi pakai bende ni
nnt termasuk golongan buddha pulak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register