BTC USD 111,075 Gold USD 3,328.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Alahai... MB Terengganu !!! ~

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,107
Points
191
Saya ada hak gugurkan Exco - Ahmad

KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, beliau berhak untuk melantik atau menggugurkan mana-mana ahli Exco kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

Menurutnya, tindakan tersebut tiada kena-mengena dengan kehendak ahli-ahli UMNO yang mahukan Exco tertentu untuk menjadi ketua UMNO bahagian.

"Saya Menteri Besar, saya ada hak terhadap Exco saya. Hak UMNO bahagian ialah melantik ketua bahagian, hak saya lantik Exco. Ia dua keadaan berbeza," ujarnya selepas perasmian Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2008 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad yang memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Marang diminta meletak jawatan berikutan 'kedegilan' beliau mengingkari nasihat supaya tidak menentang ketua bahagian sedia ada pada pemilihan bahagian itu, 25 Oktober lepas.

Yahya Khatib menewaskan, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia dengan kelebihan 198 undi.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, beliau telah mengarahkan semua Exco kerajaan negeri supaya tidak bertanding jawatan ketua bahagian sebelum mesyuarat cawangan bermula.

Jelasnya, arahan tersebut bagi membolehkan setiap Exco kerajaan negeri memberikan tumpuan terhadap jawatan masing-masing dalam kerajaan negeri.

"Biar orang lain memegang jawatan sebagai ketua bahagian kecuali dia memang sudah menjadi ketua bahagian... arahan saya jelas," tegasnya.

Ketika ditanya punca Yahya Khatib akan digugurkan, Ahmad berkata, beliau akan menjelaskan perkara tersebut semasa mengumumkan senarai baru barisan kepimpinan negeri itu nanti.

Mengenai kehendak akar umbi di UMNO Bahagian Marang yang memilih Yahya Khatib beliau berkata: "Kehendak saya pun dia kena ikut."

Ahmad menjelaskan, istilah pemecatan Exco kerajaan negeri sebenarnya tidak timbul sebaliknya beliau menyifatkan apa yang bakal berlaku adalah perubahan dalam senarai barisan kepimpinan negeri itu.

"Ada Exco yang digugur, ada yang dibawa masuk," ujarnya.

Beliau memberitahu, rombakan barisan Exco kerajaan negeri itu akan dilakukan pertengahan bulan depan selepas selesai Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) FEI 2008 di Lembah Bidong, Setiu dari 6 hingga 9 November ini.

apa komen tuan?
 
Sponsored Post

betul laa kata dia...tu mmg hak dia 100%..lg pun arahan dah jelas sebelum benda tu berlaku..
 
Semua orang berhak bertanding

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan bahawa kenyataan yang beliau keluarkan di Sabah baru- baru ini bukanlah menyokong mana- mana calon Timbalan Presiden.

Menurutnya, semua orang ada hak untuk bertanding dan beliau tidak menyuarakan sokongan untuk menyokong mana-mana calon bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

''Kenyataan tersebut bermaksud semua orang ada hak untuk bertanding, itu saja. Tidak lebih daripada itu,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Laporan sebelum ini memetik kenyataan Abdullah di Kota Kinabalu yang mempersoalkan tindakan pihak tertentu meminta calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk menarik diri daripada jawatan tersebut.

Beliau dilaporkan berkata: ''Mengapa suruh Ali tarik diri? Apa tak eloknya Ali.''
 
gaduh la korang!:))
PM: Umno T'ganu tidak boleh sekat calon bertanding...
Jimadie Shah Othman | Oct 31, 08 7:13pm

Badan Perhubungan Umno Terengganu tidak boleh mengeluarkan arahan melarang exco kerajaan negeri daripada bertanding merebut jawatan ketua bahagian dalam pemilihan Umno sekarang, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

"Arahan itu tidak boleh dikeluarkan, sebenarnya salah," kata presiden Umno dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

"Kita tidak boleh halang sesiapa yang berhak dan layak untuk bertanding...," tambahnya.

Perdana menteri menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bahawa beberapa exco negeri akan digugurkan kerana membelakangkan arahan kepemimpinan Umno negeri supaya tidak bertanding jawatan utama dalam pemilihan bahagian.

Seorang daripada mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad yang memenangi jawatan ketua bahagian Marang baru-baru ini.

Beliau menewaskan penyandang jawatan tersebut, Datuk Abdul Rahman Bakar pada 25 Oktober lalu, dengan kelebihan majoriti 198 undi.

Ahmad juga dilaporkan berkata, Yahya akan diminta meletak jawatan exco berikutan 'kedegilannya' mengingkari nasihat beliau supaya tidak menentang ketua bahagian sedia ada.

Selain Yahya, Ahmad Said yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri mengesahkan bahawa dua lagi ahl exo akan digugurkan pada rombakan Exco yang akan dilakukannya pada pertengahan bulan depan.

Katanya, beliau sebelum ini menjangkakan semua exco akur nasihat badan perhubungan Umno negeri.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register