BTC USD 49,178.5 Gold USD 1,779.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Suami, Isteri & Ahli Keluarga

boca120879

Active+ Member
Messages
3,260
Joined
Dec 27, 2018
Messages
3,260
Reaction score
1,345
Points
111
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Basyar, diceritakan oleh Abdul A'la, diceritakan oleh Hisyam bin Abu Abdullah Ad Dastuwa`i, daripada Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah,

Nabi s.a.w. melihat seorang wanita,
lalu Nabi s.a.w. menemui Zainab
untuk menunaikan hajatnya (berjimak).

Kemudian Nabi s.a.w. keluar seraya bersabda,
"Sesungguhnya jika seorang wanita datang,
dia datang sebagaimana syaitan (boleh menaikkan syahwat).

Jika salah seorang daripada kalian
melihat seorang wanita yang menaikkan syahwatnya,
maka datangilah isterinya,
kerana apa yang dia (wanita lain) punyai
sama seperti yang dipunyai isterinya."


(Hadith Tirmidzi no. 1078)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Sponsored Post

boca120879

Active+ Member
Messages
3,260
Joined
Dec 27, 2018
Messages
3,260
Reaction score
1,345
Points
111
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ishaq bin Nashr, diceritakan oleh Husain Al Ju'fi, daripada Za`idah, daripada Maisarah, daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan juga kepada hari akhirat,
maka janganlah dia menyakiti jiran tetangganya.

Layanlah wanita dengan baik.

Sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.
Dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya.

Jika kamu cuba untuk meluruskannya,
maka ia akan patah.
Namun jika kamu biarkannya,
maka ia akan tetap bengkok.

Kerana itu, layanlah wanita dengan penuh bijaksana."

(Hadith Bukhari no. 4787)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:

copy left

CG Top Poster Club
Messages
27,085
Joined
Jun 25, 2008
Messages
27,085
Reaction score
579
Points
161
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Basyar, diceritakan oleh Abdul A'la, diceritakan oleh Hisyam bin Abu Abdullah Ad Dastuwa`i, daripada Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah,

Nabi s.a.w. melihat seorang wanita,
lalu Nabi s.a.w. menemui Zainab
untuk menunaikan hajatnya (berjimak).

Kemudian Nabi s.a.w. keluar seraya bersabda,
"Sesungguhnya jika seorang wanita datang,
dia datang sebagaimana syaitan (boleh menaikkan syahwat).

Jika salah seorang daripada kalian
melihat seorang wanita yang menaikkan syahwatnya,
maka datangilah isterinya,
kerana apa yang dia (wanita lain) punyai
sama seperti yang dipunyai isterinya."


(Hadith Tirmidzi no. 1078)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
zaman skrg ni ramai suami xdpt menunaikan hajat pada jalan yg halal,
lalu pergi juga cara yg haram....
 

boca120879

Active+ Member
Messages
3,260
Joined
Dec 27, 2018
Messages
3,260
Reaction score
1,345
Points
111
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Musa bin Isma'il, diceritakan oleh Ibrahim bin Sa'd, diceritakan oleh Ibnu Syihab,
daripada 'Amir bin Sa'd, daripada ayahnya (Sa'd),


"Ketika Rasulullah s.a.w. haji wada' (perpisahan),
Rasulullah s.a.w. datang menjengukku
ketika aku terbaring sakit yang parah.

Lalu Sa'd berkata,
"Wahai Rasulullah, keadaan saya semakin parah,
seperti yang telah anda lihat saat ini.

Saya adalah orang yang memiliki banyak harta,
dan saya hanya memiliki seorang anak perempuan
yang akan mewarisi harta peninggalan saya.

Maka bolehkah saya menyedekahkan dua pertiga (2/3)
daripada hartaku?"


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jangan."


Sa'd bertanya lagi,
"Kalau begitu, bagaimana jika separuhnya (1/2)?"


Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Jangan, (namun sedekahkanlah sepertiganya (1/3) sahaja),
dan sepertiganya (1/3) pun sudah banyak.

Sebenarnya apabila kamu meninggalkan ahli warismu
dalam keadaan kaya, itu lebih baik

daripada kamu meninggalkan mereka
dalam keadaan serba kekurangan
dan meminta-minta kepada orang lain.

Tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah
dengan tujuan untuk mencari redha Allah,
melainkan kamu akan mendapat pahala
lantaran daripada nafkah pemberianmu itu,

hingga sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isterimu
juga merupakan sedekah daripadamu."


Sa'd bertanya lagi,
"Apakah aku diberi umur panjang
setelah sahabat-sahabatku (yang meninggal dunia)?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Tidaklah sekali-kali engkau diberi umur panjang
lalu kamu beramal soleh
melainkan akan bertambah darjat dan kemuliaanmu.

Semoga kamu diberi umur panjang
sehingga kaum Muslimin dapat mengambil manfaat daripada dirimu
dan juga mungkin dapat mendatangkan mudarat bagi kaum (kafir harbi) yang lain.


Ya Allah, sempurnakanlah hijrah para sahabatku
dan janganlah Engkau kembalikan mereka kepada kekufuran,

akan tetapi alangkah kasihannya Sa'd bin Khaulah."

Sa'd berkata,
"Kemudian Rasulullah s.a.w. mendoakannya
agar dia meninggal dunia di kota Mekah."


(Hadith Bukhari no. 5896)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register