BTC USD 38,568.6 Gold USD 1,770.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Dosa dengan Manusia

boca120879

Active Member
Joined
Dec 27, 2018
Messages
1,039
Reaction score
532
Points
81
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad, daripada Al 'Ala` bin Abdurrahman, daripada bapanya (Abdurrahman), daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Dua orang yang saling menghina,

maka dosa daripada perkataan kedua-duanya
ditanggung oleh orang yang memulakan (penghinaan),

selama orang yang dizalimi (dihina) tidak berlebih-lebihan
dalam membalas hinaan."


(Hadith Tirmidzi no. 1904)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Sponsored Post

boca120879

Active Member
Joined
Dec 27, 2018
Messages
1,039
Reaction score
532
Points
81
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin al-Mutsanna, diceritakan oleh Yahya bin Hammad, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Aban bin Taghlib, daripada Fudlail al-Fuqaimi,
daripada Ibrahim an-Nakha'i, daripada Alqamah, daripada Abdullah bin Mas'ud,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Tidak akan masuk syurga,
orang yang di dalam hatinya
terdapat seberat biji sawi daripada kesombongan."

Seorang lelaki bertanya,
"Sesungguhnya lelaki menyukai apabila baju dan sandalnya cantik,
(apakah ini termasuk kesombongan)?"


Nabi s.a.w. menjawab,
"Sesungguhnya Allah itu cantik,
menyukai yang cantik,

kesombongan itu menolak kebenaran
dan meremehkan manusia."


(Hadith Muslim no. 131)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)


 

boca120879

Active Member
Joined
Dec 27, 2018
Messages
1,039
Reaction score
532
Points
81
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Mahmud bin Ghailan, diceritakan oleh Waki', daripada Sufyan, daripada Zubaid, daripada Abu Wail, daripada Abdullah bin Mas'ud,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Celaan terhadap seorang Muslim
adalah kefasikan,

sedangkan membunuhnya (Muslim)
adalah kekufuran."


(Hadith Tirmidzi no. 2559)


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register