al kisah

CG Sponsors




mike

Super Active Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
5,526
Reaction score
8
Points
65
Ada satu soldadu baru balik dari operasi memburu pengganas komunis di hutan selama beberapa minggu. Baru aja balik kem, Komandan bagitau yg dia kena keluar oparasi sekali lagi memandangkan pihak risik mendapat maklumat bandit ada di satu kawasan yg lain. Walau bagaimana pun, Komandan membenarkan para anggotanya pulang ke rumah sebentar utk berjumpa keluarga sebelum keluar operasi.

Maka si soldadu yg komited menjaga keamanan negaranya pun pulang sebentar utk berjumpa anak bini.

Sampainya dia di rumah, didapati isterinya tiada. Cuma anaknya nan seorang aja dok buat keje sekolah kat ruang tamu.

"Mak mana?, tanya si ayah sang soldadu.

"Mak pergi gossip kot kat umah jiran!" jawab si anak.

"Pegi cari mak kejap... cakap kat mak, ayah nak mesin taip..." arah si ayah.

"Mesin taip? Kita mana ada mesin taip....!" balas si anak kehairanan.

"Alahhh... cakap aja kat mak ayah nak mesin taip. Mak tau la nanti..." balas si ayah sambil bersandar ke dinding melepaskan lelah.

Maka si anak pun melilau la mencari maknya. Dari satu rumah ke satu rumah, namun maknya tak kelihatan. Puas la si anak mencari maknya hingga memakan masa yg agak panjang. Akhirnya si anak pun jumpalah maknya sedang cari kutu di tangga rumah jiran yg paling jauh.

Maka disampaikan pesanan si ayah kepada ibunya. Faham la si ibu. Disuruhnya si anak pergi bermain di padang sementara dia sendiri pulang ke rumah.

Apabila sampai sahaja sang isteri di rumah, dilihatnya suaminya sudah siap berpakaian utk kembali ke kem.

"Ehhh? Cepatnya nak balik ke kem? Tapi cakap nak mesin taip?" si isteri kehairanan.

"Takpa la. Abang nak cepat ni. Tak payah la mesin taip, abang dah tulis tangan..." sahut si suami dgn selamba....




Otak seorang mat Rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?".

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".


Derma

Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma untuk Rumah Orang-Orang Tua. Seorang budak telah membuka pintu rumah.

Lelaki : Saya datang ni nak mintak derma
Budak : Derma untuk apa bang?
Lelaki : Derma untuk Rumah Orang-Orang Tua. Adik ada apa2 untuk didermakan
Budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya
Lelaki : ??????????
 
Sponsored Post

amira88

Legendary Member
Joined
Mar 5, 2008
Messages
12,032
Reaction score
12
Points
115
yg atas tuh paling best...
 

PelangiBiru

Fun Poster
Joined
Jun 30, 2008
Messages
858
Reaction score
0
Points
10
hehehe..lawak....lawak.....
layannnnnnzzzassssss...
 

Mr sinergy

Fun Poster
Joined
Apr 21, 2008
Messages
351
Reaction score
2
Points
15
mmg best xhengat la...mesin taip....hikhikhikhikhik.......:eek: :eek: :eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register