Al-Jazeera dedah doktor, pegawai kerajaan Malaysia berkomplot jual bayi

Recommended Brokers


TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,292
Reaction score
20,666
Points
1,661


KUALA LUMPUR - Pasukan laporan siasatan Al Jazeera tampil dengan dokumentari sensasi menerusi penyamaran lebih 4 bulan untuk mendedahkan sindiket penjualan bayi di Malaysia.

Program 101 East yang pernah memenangi anugerah itu membongkar rangkaian pengedar, doktor dan pegawai kerajaan, semuanya mengaut keuntungan daripada wanita dan kanak-kanak.

“Malaysia: Bayi untuk dijual” akan disiarkan di rangkaian TV antarabangsa itu pada jam 10.30 malam waktu UK (6.30 pagi hari Jumaat waktu Malaysia).

Menurut kenyataan akhbar Al Jazeera, wartawan yang menyamar itu mendapati:

1. Bayi diperdagangkan seperti komoditi di Malaysia;

2. Harga ditentukan oleh bangsa, warna kulit, jantina dan berat;

3. Doktor dan pegawai kerajaan korup memalsukan dokumen kelahiran; dan

4. Pengkritik menyalahkan penguatkuasaan undang-undang rumit di Malaysia atas kewujudan pasaran gelap yang menyasarkan pasangan tidak boleh mempunyai anak sendiri.

Dalam siasatan selama 4 bulan, wartawan 101 East Chan Tau Chou mendapati betapa mudahnya membeli bayi di Malaysia, di mana pengedar menawarkan pelanggan berpotensi katalog mengandungi gambar wanita hamil untuk dipilih.

“Pengambilan anak angkat secara sah boleh mengambil masa bertahun-tahun di Malaysia dan ia adalah proses rumit,” kata Chan.

“Itu sebabnya ramai beralih kepada pengedar untuk membeli bayi. Dan kemudian mereka membayar doktor dan pegawai kerajaan untuk memalsukan dokumen kelahiran supaya tiada siapa tahu bayi itu bukan milik mereka.”

Program ini mendedahkan bayi lelaki yang berwarna kulit cerah lebih mahal.

Selain jantina dan warna kulit, kebanyakan bakal ibu bapa turut mengambil kira faktor etnik dan berat badan bayi dalam menentukan harga muktamad.

“Anda boleh pilih bayi anda dalam talian. Ia seperti pasar raya,” kata aktivis hak kanak-kanak Hartini Zainudin kepada 101 East.

Pasukan Al Jazeera yang menyamar sebagai pembeli bayi berpotensi mendapati pengedar di Malaysia yang mengiklankan bayi dalam talian, mempunyai 78 wanita hamil Indonesia.

Ia adalah perniagaan menguntungkan, di mana seorang bayi berharga AS$1,500 (RM6,600) hingga AS$2,500 (RM11,000).

Pengedar akan memberi satu katalog gambar wanita hamil kepada pembeli berpotensi.

Pasukan 101 East turut menyamar untuk mengumpul bukti video doktor secara terbuka menawarkan bantuan memalsukan dokumen kelahiran bayi yang dibeli itu, dengan dibantu pegawai berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara.

Sindiket menjual bayi itu turut menarik banyak minat pekerja seks yang memutuskan tidak mahu menggugurkan bayi mereka apabila hamil.

Ramai bayi baru lahir akhirnya mendapat ibu bapa baik, pasangan yang sudah lama inginkan anak dan sanggup melanggar undang-undang deminya.

Bagaimanapun, mungkin ada bayi lain yang “dibeli” dan dipersiapkan untuk sindiket pedofil atau pengemis mengeksploitasi mereka.

“Tiada pemeriksaan secara teliti mengenai pembeli dan sama ada mereka akan menjadi ibu bapa yang baik. Kepentingan terbaik kanak-kanak itu tidak pernah dipertimbangkan dalam transaksi sedemikian,” kata Chan dalam program 101 East.

Ulangan program itu akan disiarkan Al Jazeera jam 5.30 petang esok, 11.30 pagi Sabtu, 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari Isnin depan (28 November).


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/24/penjawat-awam-berkomplot-jual-bayi-di-malaysia/
 
Update # 12
Tiada pegawai kerajaan terlibat jual bayi, kata KKM



Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada pengamal perubatan kerajaan yang terlibat dalam sindiket menjual bayi seperti yang didakwa dalam dokumentari sebuah stesen televisyen antarabangsa baru-baru ini.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, beliau diberitahu bahawa perkara tersebut hanya melibatkan rumah jagaan ibu dan bayi.

Beliau berkata, namun siasatan lanjut masih dijalankan dan sekiranya terdapat pegawai kementerian terlibat, tindakan tegas akan diambil termasuk menamatkan perkhidmatan mereka.

"Saya difahamkan bahawa kegiatan penjualan bayi didalangi pihak swasta termasuk mereka yang berselindung di bawah pusat perlindungan gadis-gadis yang terlanjur dan hamil sebelum berkahwin.

"Sindiket ini telah menjadikan perkara itu sebagai satu perniagaan di mana pada mulanya mereka akan bertindak untuk membantu ibu-ibu mengandung khususnya ibu tunggal untuk mendaftarkan bayi sebelum mencari pembelinya," katanya kepada pemberita di sini malam tadi. - Bernama


http://malaysiagazette.com/ms/nasional/tiada-pengamal-perubatan-kerajaan-jual-bayi
Update # 11
Program 101 East Al Jazeera bongkar jual bayi menang 2 anugerah Asia


Al Jazeera turut dinobat Saluran Kabel & Satelit Terbaik dan Rangkaian Terbaik.

KUALA LUMPUR: Program hal ehwal semasa Al Jazeera “101 East” yang membongkar sindiket penjualan bayi di Malaysia baru-baru ini memenangi 2 anugerah di Anugerah TV Asia di Singapura.

Steve Chao memenangi anugerah penyampai terbaik manakala jurukamera Matt Allard memenangi sinematografi terbaik.

101 East yang diterbitkan ibu pejabat serantau rangkaian berita itu di Kuala Lumpur, turut menerima pujian dalam kategori Kesedaran Sosial untuk laporannya mengenai pengantin bawah umur, “Terlalu muda untuk berkahwin”.

Anugerah TV Asia turut menobat Al Jazeera sebagai Saluran Kabel & Satelit Terbaik dan Rangkaian Terbaik.

“Kami gembira dan berbesar hati untuk memenangi Saluran Kabel & Satelit Terbaik serta Rangkaian Terbaik menerusi acara paling penting dan terkenal dalam industri TV Asia.

“Kami amat gembira mendapat pengiktirafan untuk kerja penting yang kami lakukan,” kata pemangku Pengarah Urusan Al Jazeera Inggeris, Giles Trendle.

Anugerah Televisyen Asia mengiktiraf kecemerlangan dalam program, penerbitan dan prestasi di kalangan rangkaian televisyen Asia dalam 40 kategori.

Pemenang ditentukan panel terdiri daripada lebih 60 pakar dari seluruh rantau ini.

Baru-baru ini, program 101 East mendedahkan sindiket penjualan bayi di Malaysia yang menyaksikan beberapa tangkapan dibuat pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menafikan Malaysia ialah hab untuk sindiket penjualan bayi.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/05/program-101-east-al-jazeera-menang-2-anugerah-asia/
Update # 10
Wanita dikenali 'Bonda', doktor ditahan


ANGGOTA Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menahan suspek ketika serbuan sindiket penjualan bayi di sebuah klinik di Taman Puchong Indah. - Foto Saddam Yusoff

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai dalang utama kes penjualan bayi dan seorang doktor lelaki, ditahan dalam serbuan ke atas tujuh premis, termasuk tiga klinik sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, hari ini.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai 'Bonda' ditahan bersama anak lelakinya oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di Tanjung Sepat, Sepang, selepas disyaki menjadi orang tengah terhadap mana-mana pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan bayi terutama anak luar nikah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata dalam serbuan Operasi Baby (Op Baby) oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM D7C) itu, polis turut menahan seorang doktor lelaki berusia 54 tahun di sebuah klinik di Taman Puchong Indah, Puchong, petang tadi.

"Lima lokasi lain yang diserbu adalah dua klinik di Klang, serta tiga unit kediaman di Sepang dan Klang di Selangor serta Labu, Negeri Sembilan," katanya kepada BH, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lain, termasuk bayi yang dijual susulan penangkapan tiga individu terbabit.

Pada 25 November lalu, media antarabangsa Al Jazeera, dalam satu laporan video berdurasi 25 minit, memaparkan satu aktiviti penjualan bayi yang berlaku di negara ini didalangi seorang wanita dikenali sebagai `Bonda'.

Dua hari kemudian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, memberitahu, aktiviti penjualan dan pemerdagangan bayi yang berlaku di sini, bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Al Jazeera, namun berada dalam keadaan terkawal.

Katanya, pihak polis menerusi ATIPSOM dan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ, sentiasa melakukan pemantauan ke atas sebarang aktiviti penjualan bayi di seluruh negara.


http://www.bharian.com.my/node/218654
Update # 9
Polis serbu klinik bersalin susulan pendedahan Al Jazeera


Cha (dua dari kiri) bersama pegawainya memeriksa klinik bersalin di bandar Klang, hari ini susulan laporan stesen televisyen Al-Jazeera mengenai kegiatan penjualan bayi. FOTO Intan Nur Eliana Zakaria

Klang: Polis menyerbu klinik bersalin di bandar ini, hari ini, untuk menjalankan pemeriksaan susulan laporan stesen televisyen Al-Jazeera mengenai kegiatan penjualan bayi.

Operasi khas dinamakan Ops Baby itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman diketuai Superintendan Cha Hoong Fong, bermula kira-kira 2 petang.

Sumber polis berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan maklumat mengenai laporan stesen antarabangsa berkenaan.

"Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut bagaimanpun masih sedang dijalankan," katanya memaklumkan operasi turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan.

Menurut sumber itu, serbuan turut dilakukan terhadap tiga premis lain di Puchong, Tanjung Sepat dan Labu, Negeri Sembilan.

Sidang media akan dibuat Bukit Aman dalam tempoh terdekat.


http://www.hmetro.com.my/node/185793
Update # 8
Sindiket jual bayi: Polis panggil kru produksi Al Jazeera


MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Polis sudah memanggil kru produksi stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera yang terbabit dengan penerbitan dokumentari berkaitan sindiket penjualan bayi di Malaysia untuk siasatan lanjut berhubung kesahihan dakwaan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata pada masa sama rundingan bersama Kementerian Luar akan turut dilaksanakan untuk tindakan selanjutnya kerana ia membabitkan agensi media antarabangsa.

Katanya, siasatan lanjut di peringkat lain termasuk semua kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang dijalankan.

"Kita juga perlukan maklumat lanjut sama ada bayi berkenaan benar-benar dijadikan anak angkat, atau untuk tujuan lain seperti jenayah seksual, buruh atau penjualan organ.

"Apa yang boleh saya katakan adalah, apa yang dilaporkan bukan mencerminkan keadaan sebenar di Malaysia, seolah-olah menggambarkan mudah sangat untuk jual bayi di negara ini.

"Ia tidak berleluasa di negara ini, memang ada berlaku tetapi tiga tahun dulu, malah tangkapan juga sudah dibuat, dan bayi yang terbabit juga sudah diselamatkan.

"Polis juga menubuhkan unit khas untuk siasatan lanjut berhubung isu itu, supaya dapat melihat secara terperinci kekurangan yang perlu diperbaiki," katanya pada sidang media mengulas laporan berdurasi 25 minit bertajuk 'Malaysia: Bayi Untuk Dijual-101 Timur' yang disiarkan oleh Al-Jazeera baru-baru ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat membabitkan kementerian dan agensi berkaitan berhubung dakwaan laporan itu yang dihadiri oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi berkaitan termasuk KDN, Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar, JPN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


http://www.bharian.com.my/node/218032
Update # 7
JPN pandang serius dokumentari Al-Jazeera


KETUA Pengarah Pendaftaran Negara, Mohd Yazid Ramli. -Foto Irham Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius dokumentari disiarkan stesen kabel Al Jazeera pada Jumaat lalu, yang antara lain mengaitkan pegawai JPN dengan sindiket penjualan bayi di negara ini.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Mohd Yazid Ramli, berkata pihaknya tidak akan berkompromi jika ada pegawai JPN terbabit dalam mengeluarkan sijil kelahiran kepada bayi yang diperdagangkan.

"Tindakan tegas akan diambil jika dakwaan ini didapati benar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dokumentari bertajuk 'Malaysian Babies For Sales' yang disiarkan menerusi slot 101 East itu, antara lain mendakwa pemalsuan dokumen kelahiran bayi dibantu pegawai yang berkhidmat di JPN.

Mohd Yazid berkata, JPN mendaftar setiap kelahiran tanpa prejudis atau status anak berkenaan.

"Jika syarat permohonan dipenuhi dan dokumen dikemukakan teratur dan lengkap, ia akan diproses untuk pengeluaran sijil kelahiran," katanya.

Beliau berkata, setiap pendaftaran kelahiran akan disemak pegawai penyelia, merangkumi dokumen asal dan salinan, borang serta maklumat yang direkodkan dalam sistem.

"Jika semakan mendapati ia lengkap, teratur dan sempurna, sijil kelahiran akan dikeluarkan. Jika permohonan tidak lengkap atau tidak memenuhi prosedur, permohonan ditangguh sehingga dokumen dan maklumat dilengkapi.

"Jika wujud keraguan, permohonan akan dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan untuk siasatan lanjut," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/217413
Update # 6
Polis sangkal, ada jual bayi tapi bukan hab

Kuala Lumpur: Polis menyangkal dakwaan Malaysia hab penjualan bayi seperti yang dilaporkan stesen televisyen Al-Jazeera.


Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya tidak menafikan berlaku aktiviti penjualan bayi di negara ini.

Beliau berkata, polis sentiasa mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan aktiviti pemerdagangan dan sebarang bentuk eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak diberi keutamaan.

"Siasatan lanjut akan dijalankan terhadap laporan stesen televisyen berkenaan bagi membolehkan sebarang tindakan diambil.

"Masyarakat digesa supaya mengambil anak angkat dengan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan bagi memastikan tidak wujud ruang untuk eksploitasi kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.


http://www.hmetro.com.my/node/184910
Update # 5
PDRM siasat dakwaan dokumentari Al Jazeera


Video dokumentari oleh Al-Jazeera yang mendakwa pemerdagangan bayi berlaku di Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung paparan dokumentari mendakwa ‘Malaysia: Bayi Untuk Dijual’ terbitan stesen televisyen antarabangsa Al Jazeera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berikutan paparan video itu dibuat bagi membolehkan tindakan susulan dan langkah sewajarnya diambil.

Jelas beliau, pihaknya tidak menafikan aktiviti berkenaan wujud, namun tidaklah semudah yang digembar gemburkan dalam video berdurasi lebih seminit itu memandangkan polis memantau aktiviti-aktiviti sedemikian.

“Usaha ini dipergiatkan lagi dengan penubuhan Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Mig*ran (D7C) pada tahun 2008 dan Bahagian Siasatan Seksual Wanita, Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Khalid juga memberitahu, PDRM sentiasa mengambil tindakan tegas selain bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan aktiviti pemerdagangan serta eksploitasi kanak-kanak diberikan keutamaan.

Justeru beliau menggesa masyarakat supaya mengambil anak angkat dengan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan bagi memastikan tidak wujud ruang untuk eksploitasi kanak-kanak berlaku.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pdrm-siasat-dakwaan-dokumentari-al-jazeera-1.412680#sthash.7OQB94Dz.dpuf
Update # 4
Prosedur ambil anak angkat akan dipermudah, kata kementerian


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata prosedur lebih mudah dapat mengelakkan ibu bapa angkat daripada mengambil risiko membeli bayi pada masa depan.

PUTRAJAYA: Kerajaan mahu memudahkan prosedur anak angkat dan pemeliharaan bagi memudahkan rakyat Malaysia menjaga kanak-kanak yang ditinggalkan di rumah anak yatim dan mengelak risiko pembelian bayi.

Kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini berkata prosedur yang lebih mudah itu dapat mengelakkan ibu bapa yang ingin mendapatkan anak angkat daripada mengambil risiko membeli anak pada masa depan.

Kenyataan itu mengulas mengenai dokumentari Al-Jazeera yang disiarkan semalam berhubung bayi dijual dalam talian pada harga AS$1,500 (RM6,600) hingga AS$2,500 (RM11,000).

Dokumentari “Malaysia: Bayi untuk dijual” mendedahkan pemerdagangan bayi secara haram membabitkan rangkaian pengedar, doktor dan pegawai kerajaan yang mengaut keuntungan daripada wanita serta kanak-kanak.

Kementerian berkata pihaknya memandang serius isu penjualan kanak-kanak kerana ia bercanggah dengan Artikel 35 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Protokol Pilihan berkenaan penjualan kanak-kanak, pelacuran dan bahan lucah terhadap kanak-kanak.

Kenyataan itu menyatakan, mengikut Seksyen 48, Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) menetapkan sesiapa terlibat dalam pemerdangan kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan maksimum 5 tahun atau kedua-duanya.

Sekiranya dibuat bagi tujuan eksploitasi seksual atau pelacuran pula, ia boleh dihukum di bawah Seksyen 43(1)(aa) Akta yang sama iaitu hukuman RM50,000 atau penjara maksimum 15 tahun atau kedua-duanya.

“Dalam pindaan Akta Kanak-kanak 2001 baru-baru ini, kementerian memasukkan elemen membolehkan Malaysia melaksanakan konsep Pemeliharaan Berasaskan Keluarga (PBK).

“Konsep ini mengutamakan penjagaan kanak-kanak oleh keluarga dan menjadikan institusi sebagai pilihan terakhir kerana keluarga tempat paling baik untuk kanak-kanak membesar,” katanya.

Sehubungan itu, kementerian akan menubuhkan 2 jawatankuasa dalam masa terdekat iaitu jawatankuasa pemandu dan teknikal yang akan melibatkan pelbagai pemegang kepentingan dalam melaksanakan PBK ini.

Katanya, ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tidak memilih untuk mengambil tindakan yang melanggar undang-undang.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/26/prosedur-ambil-anak-angkat-akan-dipermudah/
Update # 3
Dakwaan jual beli bayi: Kementerian gesa polis segera siasat



PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera menyiasat dan menahan semua pihak yang terbabit dalam urus niaga jual beli bayi di negara ini jika dakwaan itu benar.


Merujuk laporan bertajuk 'Malaysia: Bayi Untuk Dijual-101 Timur' yang disiarkan oleh Al-Jazeera bermula semalam, kementerian itu mengecam sekeras-kerasnya sebarang aktiviti penjualan bayi yang dilakukan di negara ini.

Unit Komunikasi Korporat KPWKM dalam satu kenyataan hari ini, berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, pihaknya memang memandang serius isu terbabit.

"Urus niaga ini bercanggah dengan Artikel 35 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan juga Protokol Pilihan berkaitan penjualan kanak-kanak, pelacuran dan bahan lucah terhadap kanak-kanak.

"Malaysia mempunyai komitmen untuk mengambil segala langkah bagi mencegah kanak-kanak daripada (menjadi mangsa) aktiviti penjualan dan pelacuran," kata kenyataan berkenaan.

Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), katanya, menetapkan mana-mana orang terbabit dalam pemerdagangan kanak-kanak, melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Sekiranya dibuat bagi tujuan eksploitasi seksual atau pelacuran pula, pesalah boleh dihukum mengikut Seksyen 43(1)(aa) akta sama, iaitu denda RM50,000 atau penjara sehingga 15 tahun atau kedua-duanya," kata kementerian berkenaan.

Dalam pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 baru-baru ini, KPWKM juga memasukkan elemen yang membolehkan Malaysia melaksanakan konsep 'Pemeliharaan Berasaskan Keluarga' (PBK) yang mengutamakan penjagaan kanak-kanak oleh keluarga dan menjadikan institusi kebajikan sebagai pilihan terakhir.

"KPWKM akan menubuhkan dua jawatankuasa dalam masa terdekat, iaitu jawatankuasa pemandu dan teknikal yang akan membabitkan pelbagai pihak berkepentingan dalam melaksanakan PBK," katanya.

Bagi tujuan pelaksanaan konsep itu, KPWKM menyarankan kerajaan mempermudahkan prosedur pengambilan anak angkat dan penjagaan bagi memudahkan rakyat Malaysia menjaga kanak-kanak yang ditinggalkan di rumah anak yatim.

Katanya, pengambilan anak angkat adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara, manakala prosedur pemeliharaan pula di bawah KPWKM.

"Dengan mempermudahkan prosedur, KPWKM yakin ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat tidak akan mengambil risiko membeli anak seperti dilaporkan Al-Jazeera.

"KPWKM meminta ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat atau anak pelihara supaya menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah untuk mendapatkan nasihat pegawai JKM dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang.

"KPWKM akan berusaha membantu ibu bapa terbabit mendapatkan anak melalui kaedah yang betul dan akan membimbing mereka cara yang paling baik untuk menjadi ibu bapa penyayang," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/216956
Update # 2
Akta ambil anak angkat rumit dorong penjualan bayi



PETALING JAYA: Prosedur mengambil anak angkat yang rumit di negara ini adalah punca wujud permintaan untuk mendapatkan bayi secara haram, kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).


Sehubungan itu, John Chew mencadangkan kerajaan memperkemaskan prosedur pengambilan anak angkat bagi membendung penjualan bayi.

“Ibu bapa boleh menjadi amat terdesak apabila mereka mahu anak dan mengambil anak angkat adalah satu daripada cara untuk mempunyai anak,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau berkata, kehamilan tidak diingini sering memaksa ibu mengambil jalan keluar dengan mencari pengedar dan wanita asing yang mengandung sering terperangkap dalam dilema itu.

“Adalah sukar untuk menerima bayi yang dilahirkan wanita asing sebagai anak angkat, khasnya untuk mendapatkan sijil kelahiran.”

Beliau berkata, MMA tidak menyokong pengambilan anak angkat secara haram dan tindakan perlu diambil terhadap doktor tidak bertanggungjawab yang terbabit dalam penjualan bayi itu.

Sehubungan itu, MMA menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedahan Al Jazeera hari ini berhubung sindiket menjual bayi yang beroperasi di negara ini.

Dalam dokumentari yang disiarkan hari ini, sebuah pasukan siasatan Al Jazeera mendapati bayi dijual dalam talian pada harga AS$1,500 (RM6,600) hingga AS$2,500 (RM11,000).

Dokumentari “Malaysia: Bayi untuk dijual” mendedahkan pemerdagangan manusia secara haram membabitkan rangkaian pengedar, doktor dan pegawai kerajaan yang mengaut keuntungan daripada wanita serta kanak-kanak.

“Kami berharap pihak berkuasa akan menyiasat semua dakwaan Al Jazeera. Jika benar, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, pakar obstetrik yang terbabit dalam menyambut kelahiran bayi dan penjagaan ibu selepas bersalin bertanggungjawab mengeluarkan sijil kelahiran.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/25/mma-akta-ambil-anak-angkat-rumit-dorong-penjualan-bayi/
Update # 1
Sponsored Post

the_one

Active+ Member
Joined
Apr 2, 2009
Messages
3,944
Reaction score
208
Points
33
Buruk lagi namaaa

lepas malaysia no 1 , anak2 buah pun kena
 

MasterYoda

Fun Poster
Joined
Jul 1, 2012
Messages
892
Reaction score
3
Points
15


KUALA LUMPUR - Pasukan laporan siasatan Al Jazeera tampil dengan dokumentari sensasi menerusi penyamaran lebih 4 bulan untuk mendedahkan sindiket penjualan bayi di Malaysia.

Program 101 East yang pernah memenangi anugerah itu membongkar rangkaian pengedar, doktor dan pegawai kerajaan, semuanya mengaut keuntungan daripada wanita dan kanak-kanak.

“Malaysia: Bayi untuk dijual” akan disiarkan di rangkaian TV antarabangsa itu pada jam 10.30 malam waktu UK (6.30 pagi hari Jumaat waktu Malaysia).

Menurut kenyataan akhbar Al Jazeera, wartawan yang menyamar itu mendapati:

1. Bayi diperdagangkan seperti komoditi di Malaysia;

2. Harga ditentukan oleh bangsa, warna kulit, jantina dan berat;

3. Doktor dan pegawai kerajaan korup memalsukan dokumen kelahiran; dan

4. Pengkritik menyalahkan penguatkuasaan undang-undang rumit di Malaysia atas kewujudan pasaran gelap yang menyasarkan pasangan tidak boleh mempunyai anak sendiri.

Dalam siasatan selama 4 bulan, wartawan 101 East Chan Tau Chou mendapati betapa mudahnya membeli bayi di Malaysia, di mana pengedar menawarkan pelanggan berpotensi katalog mengandungi gambar wanita hamil untuk dipilih.

“Pengambilan anak angkat secara sah boleh mengambil masa bertahun-tahun di Malaysia dan ia adalah proses rumit,” kata Chan.

“Itu sebabnya ramai beralih kepada pengedar untuk membeli bayi. Dan kemudian mereka membayar doktor dan pegawai kerajaan untuk memalsukan dokumen kelahiran supaya tiada siapa tahu bayi itu bukan milik mereka.”

Program ini mendedahkan bayi lelaki yang berwarna kulit cerah lebih mahal.

Selain jantina dan warna kulit, kebanyakan bakal ibu bapa turut mengambil kira faktor etnik dan berat badan bayi dalam menentukan harga muktamad.

“Anda boleh pilih bayi anda dalam talian. Ia seperti pasar raya,” kata aktivis hak kanak-kanak Hartini Zainudin kepada 101 East.

Pasukan Al Jazeera yang menyamar sebagai pembeli bayi berpotensi mendapati pengedar di Malaysia yang mengiklankan bayi dalam talian, mempunyai 78 wanita hamil Indonesia.

Ia adalah perniagaan menguntungkan, di mana seorang bayi berharga AS$1,500 (RM6,600) hingga AS$2,500 (RM11,000).

Pengedar akan memberi satu katalog gambar wanita hamil kepada pembeli berpotensi.

Pasukan 101 East turut menyamar untuk mengumpul bukti video doktor secara terbuka menawarkan bantuan memalsukan dokumen kelahiran bayi yang dibeli itu, dengan dibantu pegawai berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara.

Sindiket menjual bayi itu turut menarik banyak minat pekerja seks yang memutuskan tidak mahu menggugurkan bayi mereka apabila hamil.

Ramai bayi baru lahir akhirnya mendapat ibu bapa baik, pasangan yang sudah lama inginkan anak dan sanggup melanggar undang-undang deminya.

Bagaimanapun, mungkin ada bayi lain yang “dibeli” dan dipersiapkan untuk sindiket pedofil atau pengemis mengeksploitasi mereka.

“Tiada pemeriksaan secara teliti mengenai pembeli dan sama ada mereka akan menjadi ibu bapa yang baik. Kepentingan terbaik kanak-kanak itu tidak pernah dipertimbangkan dalam transaksi sedemikian,” kata Chan dalam program 101 East.

Ulangan program itu akan disiarkan Al Jazeera jam 5.30 petang esok, 11.30 pagi Sabtu, 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari Isnin depan (28 November).


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/24/penjawat-awam-berkomplot-jual-bayi-di-malaysia/
adess... ada link ke nak tengok?
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,292
Reaction score
20,666
Points
1,661
2010/11 cmtu ak penah jumpa sorg ppuan ni nak tolak baby die. djanjikan rm5k mula2

mmg lengkap doc sume ppuan tu cite. mmg syak pakai org dlm la. yg uruskan plak bini kpd seorang pemain dotdotdot. siap bselfie lg dgn org terkenal ni. tu yg ak percaya sbb ada bukti. dijemput n dihantar la smpai rumah. naik bmw hehe

setel sume lepas bsalin tu, mcm2 alasan plak, kata tangan xbedungla. ada cacat la. last ppuan tu dpt rm1k je
 

onewafer

Legendary Member
Joined
Feb 5, 2014
Messages
10,549
Reaction score
249
Points
123
Munasabah indon panggil malingsial...




.
 

Working Dad

Fun Poster
Joined
Nov 14, 2014
Messages
305
Reaction score
9
Points
15

apoeki

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
4,721
Reaction score
131
Points
33
ada retis bt kje nie atas alasan nk tanggung kos rawatan & penjagaan
 

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,367
Reaction score
874
Points
161
teruk sangat ke perisik kita buat kerja? sampai orang luar yg baru 4 bulan pun dapat tahu lebih pasal bende ni...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register