rakyat_jelata
Active+ Member
- Messages
- 3,387
- Joined
- Dec 8, 2008
- Messages
- 3,387
- Reaction score
- 131
- Points
- 38

KUALA LUMPUR: Anak seniman agung Tan Sri P Ramlee, Nasir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 5.10 petang tadi kerana sakit jantung dan buah pinggang, Al-Fatihah.

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Hasrat Nasir P. Ramlee yang mahu melihat penerbitan sebuah filem berkisar kehidupan Allahyarham bapanya, Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur, (HKL) di sini petang ini.
Nasir yang menghembuskan nafasnya pada usia 55 tahun pernah menyuarakan hasrat itu pada pelancaran buku tulisannya berjudul Bapaku P. Ramlee pada Jun tahun lalu yang disempurnakan oleh Presiden Badan Warisan Malaysia, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid. P. Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung pada 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun.
Menurut teman rapat Nasir, Roslay Raffie, Allahyarham yang meninggal dunia kerana serangan jantung bukan sahaja banyak mewarisi bakat P. Ramlee, tetapi turut menggalakkan apa juga bentuk apresiasi atas sumbangan bapanya dalam bidang seni.
"Allahyarham dimasukkan ke HKL pada pukul 3.30 petang sebelum meninggal dunia pada pukul 5.10 petang. Sepanjang yang saya tahu, sehingga ke akhir hayat Allahyarham, beliau mengabdikan dirinya dalam bidang muzik.
"Beliau antaranya merupakan Pengarah Kombo Muzik di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Selain bermain muzik, Allahyarham juga merupakan seorang pelakon filem. Secara tidak langsung bakat itu diwarisi daripada bapanya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Malah, jelas Roslay lagi, sebelum ini Nasir juga memberi galakan dan berbangga apabila pementasan Teater Muzikal P. Ramlee yang dipentaskan di Istana Budaya mendapat sambutan hebat.
Roslay yang merupakan bekas rakan sebilik Nasir sewaktu bujang dan mengenalinya sejak 1978 berkata, tiga daripada tujuh anak Nasir berada di sisinya sebelum kembali ke rahmatullah.
Nasir yang dilahirkan di Singapura merupakan anak tunggal P. Ramlee hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Junaidah D. Haris.
Selain berkecimpung sebagai pemuzik, Nasir yang juga difahamkan menghidap kencing manis pernah membintangi sebuah filem berjudul Bujang Lapok Kembali Daaa... bersama Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsuddin pada tahun 1980-an.



Last edited: