BTC USD 62,886.3 Gold USD 1,750.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AL-FATIHAH: Jamali Shadat Meninggal Dunia

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
FB_IMG_1612334331455.jpg

AL-FATIHAH | Jamali Shadat Meninggal Dunia

Pelawak 'stand up' komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia, 8.30 pagi, hari ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.

"Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Terdahulu, keadaan Jamali uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.

Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.

"Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.

"Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ," kata Isyraq.

Apa yang berlaku membuatkan Jamali amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.

"Selepas itu, dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya," kata Isyraq lagi.

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama 'Atan' bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum. - Harian Metro
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,897
Reaction score
2,726
Points
206
innalillah.png

innalillah Al-Fatihah.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
JAMALI SHADAT | Agong, Raja Permaisuri Ucap Takziah

Yang di-Pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penghibur terkenal tanah air, Datuk Jamali Shadat.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,593
Reaction score
1,953
Points
206
Salam takziah kpd ahli keluarga arwah...

Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register