Al-Faatihah: KPP Jab Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Al-Fatihah: Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim Maut Kemalangan !!

KUALA LUMPUR 5 Feb [9.00 am] - Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim (foto), maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 419.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Bukit Tagar, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, kereta Proton Perdana warna hitam yang dinaiki beliau merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan tiang lampu. Pemandu lori berkenaan dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk berehat.

Akibat rempuhan itu, Mohd Hazam, 50 yang duduk di hadapan sebelah pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta tersebut dipandu oleh pemandunya, Lans Koperal, Asminto Salimin, 27 yang turut cedera parah dalam kemalangan itu. Kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah selesai bermesyuarat di Ipoh, Perak.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat manakala Asminto dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. Difahamkan, jenazah Mohd Hazam akan dihantar pulang ke kediamannya di No.1 Jalan TTJS, 3/1C, Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
 
Sponsored Post

shila70

Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
Al-fatihah
moral of the story jgn berehat di susur..rehat kat R & R
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
al-fatihah"~
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
takziah buat keluarga arwah....
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Alfatihah.....
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Al fatihah dan salam takziah
 

nur_ani

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2008
Messages
3,290
Reaction score
0
Points
20
takziah utk ahli keluarga and al-fatihah~
 
Sponsored Post
Top
Log in Register