Santai al arqam

CG Sponsors




wak_handalan

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2010
Messages
6,680
Reaction score
59
Points
80
thread ni aku bukak bukan psl nak bincang psl ajaran al arqam..aku tau yg thread ni agak kontroversi..aku bukan penyokong al-arqam..aku bukan penyokong abuya :D :D

korang penah pasal al-arqam kan..al-arqam ni terkenal dengan aktiviti perniagaan suatu masa dahulu..sampai sekarang pon masih wujud lg syarikat yg diterajui oleh al-arqam iaitu RUFAQA SDN BHD :)paid :)paid kalo dulu hartawan bangsa cina yg keje bagai nak gila pon belum tentu dapat tandingi ekonomi al-arqam..begitu hebatnya ekonomi al-arqam suatu ketika dahulu sehingga lah kerajaan mengharamkan al-arqam

Disamping isu-isu yang kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang di amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja siang dan malam.




Organisasi ini telah terkubur.Namun kita boleh mengkaji dari satu segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya dari bangsa Cina.Al-Arqam pernah menjadi satu fenomena seluruh umat Melayu di Malaysia.Tidak keterlaluan,imej Al-Arqam adalah salah satu pemangkin yang merubah orang-orang Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil berat kepada agama mereka.Pada tahun 70-an dan 80-an,pemandangan gadis-gadis Melayu yang memakai tudung masih ditahap menyedihkan namun setelah gelombang Al-Arqam ini,nampaknya bukan sahaja tudung semakin popular sehingga ada istilah mini tudung,malah pemandangan wanita berhijab muka juga menjadi pemandangan biasa.
 
Last edited:
Sponsored Post

wak_handalan

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2010
Messages
6,680
Reaction score
59
Points
80


Kehadiran mereka sebentar dalam masyarakat Melayu ini ada hikmah sebenarnya.Satu ciri penting Al-Arqam ialah KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN EKONOMI.Pegangan Al-Arqam ialah "JIka ekonomi ummat Islam maju,maka seluruh umat Islam maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa".Inilah yang menjadi steroid kepada ahli-ahli mereka membuat makanan sendiri,berniaga,dan menjadi usahawan.Penangan sistem ekonomi Islam mereka bukanlah calang-calang sehingga industri kicap yang dulu dimonopoli oleh orang Cina telah diambilalih oleh orang Melayu yakni orang Islam.Monopoli industri kicap Cina hancur kerana Al-Arqam.Jika dahulu orang-orang Melayu terpaksa makan nasi berkicapkan kicap Cina namun kini tidak lagi.Ahli-ahli mereka bukan sahaja menghasilkan kicap,malah mee,bihun,tauhu dan kacang soya.Kesungguhan mereka membangkitkan inspirasi (baca:alter) kepada orang Melayu yang lain menghasilkan makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang Cina yang mengusahakannya kini,makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang Melayu membeli taucu-taucu Melayu.Dahulu di kedai-kedai,taucu Cina diisi di dalam balang kaca kecil.Kini taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket kecil sudah menjadi pemandangan biasa di kedai-kedai.Ekonomi Al-Arqam semakin besar sehingga mampu membeli pajero,bot,bas dan kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina sahaja mampu memakainya.Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika ternampak orang Melayu menaiki pajero,tentu dia dari Al-Arqam.

Kekayaan Al-Arqam menarik perhatian ramai pihak sehingga ke luar negara,sehingga ada wakil orang Kristian Filipina datang mahu mempelajari sistem ekonomi Islam yang dibangunkan oleh Al-Alqam.Al-Arqam mampu membeli lot-lot kedai untuk kemudahan orang-orang Islam berniaga.Warisan Al-Arqam ini dapat kita lihat dari syarikat Rufaqa.Cuba kaji imej Islam yang kukuh ekonominya di Rawang Country Height.Kesampingkan isu-isu yang kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang di amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi ini.
 

wak_handalan

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2010
Messages
6,680
Reaction score
59
Points
80


Al-Arqam.Ini adalah lambang ekonomi Islam di mana jika kita berjaya menghayati satu lagi fekah umat Islam yang dipandang sepi iaitu MUAMALAH,kita tidak akan bimbang lagi dengan kemiskinan orang Melayu.Kini orang bukan Islam semakin sedar akan betapa hebatnya sistem ekonomi Islam ini.Industri yang peka terhadap MUAMALAH ini bukanlah calang-calang industri tetapi INDUSTRI PERBANKAN.Jika di tahun 80-an dahulu pernahkah kita mendengar perkataan 'Mudharabah' atau akaun simpanan Islam.Sehingga ada bank bernama Bank Islam.Tidak pula terdapat Bank Buddha kerana Gautama Buddha sendiri tidak pernah mengajarkan sistem ekonomi malah beliau sendiri tidak pernah pun mengajarkan para pengikutnya mempertuhankan dirinya sendiri.Yang diajarnya hanyalah cara-cara mengatasi nafsu sahaja.Tetapi nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja mengajarkan sistem ekonomi malah hal-hal menyangkut segala masalah manusia dari adab memasuki tandas hinggalah bab-bab mengurus sesebuah negara.Al-Arqam berjaya menghayati keajaiban sistem ekonomi Islam,dan 99% mereka adalah ORANG MELAYU!Jika mereka boleh mengapa kita tidak boleh?Mengapa kita tidak memandang keajaiban ekonomi mereka tetapi memandang sisi negatif mereka yang kontroversi sahaja??

baca penuh artikel
 
Last edited:

untitoxin

Active Member
Joined
Feb 8, 2009
Messages
1,936
Reaction score
97
Points
30
dulu bisnes dorg power.. skng klo tgk tmpt dorg berniage pn mcm tmpt penagih pnye bngunan da... bole kate semua bngunan bisnes park tuh dorg pnye tp tu la bngunan mcm ape da...sadis..
 

Abdullah

Active Member
Joined
Jul 7, 2007
Messages
1,294
Reaction score
11
Points
25
Al-Arqam bukanlah mengamalkan sistem ekonomi islam , mereka mengamalkan sistem taksub kepada pemimpin/kumpulan sehinggakan terdapat yuran keahlian .
 

ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
Al-Arqam bukanlah mengamalkan sistem ekonomi islam , mereka mengamalkan sistem taksub kepada pemimpin/kumpulan sehinggakan terdapat yuran keahlian .
mana dapat maklumat?
 

maibee71

Super Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
6,785
Reaction score
17
Points
65
kecik kecik dulu org tua aku hantar gi arqam sg penchala woii. aku jahat sangat ngeh ngeh ngehhhh.....
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
mmg legend gak dulu geng al arqam ni
 

ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
kecik kecik dulu org tua aku hantar gi arqam sg penchala woii. aku jahat sangat ngeh ngeh ngehhhh.....
kenapa pula lepas pegi sana terus jd jahat?
 

LELAKI79

Banned
Joined
Dec 27, 2008
Messages
636
Reaction score
2
Points
15
thread ni aku bukak psl nak bincang psl ajaran al arqam..aku tau yg thread ni agak kontroversi..aku bukan penyokong al-arqam..aku bukan penyokong abuya :D :D

korang penah pasal al-arqam kan..al-arqam ni terkenal dengan aktiviti perniagaan suatu masa dahulu..sampai sekarang pon masih wujud lg syarikat yg diterajui oleh al-arqam iaitu RUFAQA SDN BHD :)paid :)paid kalo dulu hartawan bangsa cina yg keje bagai nak gila pon belum tentu dapat tandingi ekonomi al-arqam..begitu hebatnya ekonomi al-arqam suatu ketika dahulu sehingga lah kerajaan mengharamkan al-arqam

Disamping isu-isu yang kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang di amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja siang dan malam.




Organisasi ini telah terkubur.Namun kita boleh mengkaji dari satu segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya dari bangsa Cina.Al-Arqam pernah menjadi satu fenomena seluruh umat Melayu di Malaysia.Tidak keterlaluan,imej Al-Arqam adalah salah satu pemangkin yang merubah orang-orang Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil berat kepada agama mereka.Pada tahun 70-an dan 80-an,pemandangan gadis-gadis Melayu yang memakai tudung masih ditahap menyedihkan namun setelah gelombang Al-Arqam ini,nampaknya bukan sahaja tudung semakin popular sehingga ada istilah mini tudung,malah pemandangan wanita berhijab muka juga menjadi pemandangan biasa.
ni geng2 rumah putih kalau tak silap zaman datuk keramat lagi

era2 awal al-arqam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register