BTC USD 28,270.1 Gold USD 1,941.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akuarium Gergasi Aquadom Pecah Di Jerman

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,288
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,288
Reaction score
27,554
Points
2,836
Awards
2

Akuarium gergasi pecah di Jerman​

TERJEMAHAN SINAR HARIAN
16 DEC 2022
A⁻A⁺

2024505.jpg


Akuarium AquaDom yang menempatkan 1,500 ekor ikan terletak di Berlin, Jerman. - AFP


BERLIN – Sebuah akuarium gergasi mengandungi 1,500 ikan tropika dilaporkan pecah di Berlin pada Jumaat, sehingga membanjiri lobi hotel dan jalan raya berhampiran serta menyebabkan dua orang awam cedera.

Jurucakap polis berkata, pihaknya belum dapat mengetahui punca sebenar akuarium AquaDom setinggi 14 meter pecah pada jam 5.50 pagi (waktu tempatan).

“Hampir sejuta liter air dan semua ikan bergelimpangan di tingkat bawah kompleks hotel yang menempatkan akuarium tersebut,” katanya.

Tambahnya, dua orang mengalami kecederaan ringan akibat serpihan kaca dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Manakala lebih 100 anggota kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membersihkan kaca dab serpihan lain yang bertaburan atas lantai.

AquaDom, sebuah akuarium silinder yang dibuka pada 2004 merupakan daya tarikan pelancong yang berkunjung di Berlin.

Ia terletak di ruang legar di hotel Radisson Blue dan mempunyai lif kaca yang digunakan pengunjung ke kompleks Sea Life.

Menurut laman web Sea Life, AquaDom adalah akuarium berbentuk silinder terbesar di dunia. – AFP

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register