BTC USD 26,731.9 Gold USD 1,964.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Aku tetap Islam' - Sajat

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
'Aku tetap Islam' - Sajat

A view of the sea
Nur Sajat
Kuala Lumpur : "Aku tetap Islam walaupun mak nyah. Aku tidak menduakan agama aku. Jangan kau mudah jatuhkan hukum mengenai siapa aku."

Demikian jawapan ringkas usahawan kontroversi kelahiran Malaysia yang kini sudah menetap di Australia, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat.

Tegas Sajat menerusi ruangan komen, meskipun dia sudah menukar jantina daripada lelaki kepada wanita, namun dia masih lagi beragama Islam.

Usahawan berusia 38 tahun itu memberikan jawapan ringkas kepada seorang pengikut yang meluahkan rasa kecewa apabila Sajat mengenakan tudung sebagai penampilan sopannya ketika bulan puasa.

Mana tidaknya, perkara itu sepatutnya tidak terjadi memandangkan dia seorang lelaki dan ia dianggap melampaui batas dalam agama kerana menyerupai wanita.

Tegas usahawan kelahiran Perak itu, statusnya sebagai mak nyah tidak seharusnya dihakimi dan dijatuhkan hukum.

Begitupun, menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang berpendapat Sajat bertudung hanya mahu mempromosikan hijab tersebut dan ada juga yang mengatakan wajahnya mirip pelakon Rozita Che Wan.

Menjengah ruangan komen, ramai yang menyeru supaya Sajat segera bertaubat ke jalan yang benar dan mendoakan agar dia mendapat hidayah daripada Allah.

Sajat mendedahkan dia berjaya lolos ke Australia dan meninggalkan Malaysia untuk menetap di sana pada 18 Oktober lalu.

Pada 6 Januari lalu, Sajat dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Disiarkan pada: March 28, 2023 @ 4:14pm

 
Sponsored Post

akundaktau

Legendary Member
gem
Messages
11,050
Joined
Mar 6, 2013
Messages
11,050
Reaction score
263
Points
146
islam tapi adakah masih umat Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam?

Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW:

لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ[1]

Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.
 

xerocracker

Active+ Member
Messages
3,312
Joined
Oct 3, 2007
Messages
3,312
Reaction score
174
Points
43
islam tapi adakah masih umat Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam?

Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW:

لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ[1]

Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.
doakan dia berubah je.. janji dah tegur..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register