BTC USD 62,243.9 Gold USD 1,764.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Aku tak ada dah esok, nak masuk syurga'

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/11- Kata akhir gadis kepada kawan sebelum rentung bersama ibu

KUALA TERENGGANU: "Aku tak ada dah esok.. aku nak berhenti kerja.. aku nak mati dan masuk syurga," itu kata-kata terakhir Nor Hidayu Kauzi, 19, kepada rakan sekerjanya, Norain Harun, 16, ketika kali terakhir mereka berbual petang kelmarin, sebelum beliau dan ibunya, Nor Laila Yaacob, 44, maut dalam kebakaran di Kampung Batu Enam, Manir, di sini, malam kelmarin.
Norain berkata, dia tidak menyangka kata-kata itu menjadi kenyataan apabila rakan sekerjanya itu ditemui dalam keadaan rentung bersama ibunya dalam kebakaran kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, yang memusnahkan rumah kedai sewa milik Nor Laila.
Dalam kebakaran kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, dua beranak berasal dari Kubang Kerian, Kelantan itu yang sedang nyenyak tidur ditemui dalam keadaan rentung apabila rumah kedai sewa yang juga kedai dobi milik Nor Laila yang terletak bersebelahan stesen minyak terbakar.

Sementara itu, seorang saksi yang juga jiran mangsa, Mohd Faizal Rashid, 26, berkata, sebaik menyedari kebakaran itu bersama tiga lagi rakannya, mereka berusaha memanjat ke tingkat dua bangunan itu untuk menyelamatkan mangsa, tetapi gagal.

“Ketika itu api sudah mula marak dan kami memanjat ke tingkat atas untuk menyelamatkan mangsa, tetapi pintu dan tingkap terkunci rapat, selain dikelilingi jeriji besi yang menyukarkan usaha kami untuk masuk. Kami tidak dapat berbuat apa-apa selepas itu selain menunggu ketibaan bomba memadam kebakaran tidak lama kemudian,” kata peniaga di Pasar Batu Enam itu.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda, yang ditemui di tempat kejadian berkata, mayat kedua-dua mangsa yang ditemui berdekatan hanya dapat dikeluarkan kira-kira jam 1.30 pagi dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, anak sulung mangsa, Mohd Badrul Kauzi, 23, ketika ditemui berkata, dia tiada di rumah ketika kejadian dan berada di Kota Bharu, Kelantan sebelum menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, jenazah ibu dan adiknya kemudian dituntut keluarga dan dibawa pulang ke Kubang Kerian untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Demit, petang semalam.

Beliau juga membuat keputusan untuk melupakan hasrat meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi kerana harus menjaga dua adiknya yang masih bersekolah.
 
Sponsored Post

Hang B Hang F

Active+ Member
Joined
Apr 24, 2010
Messages
3,305
Reaction score
11
Points
25
aduh sedihnya berita macam ni pagi2..leh la sempurnakan zakat masing2 mana yang berdekatan..
 

AjuL

Super Active Member
Paid Membership
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
DaripadaNYA kita datang kepadaNYA jua kita kembali..al-fatihah.
 

mnzaim

Active+ Member
Joined
Oct 6, 2010
Messages
2,850
Reaction score
20
Points
25
ni mesti laporan dari metro ni....

Al-Fatihah untuk mangsa...
 

fito.mazz

Fun Poster
Joined
Sep 17, 2010
Messages
257
Reaction score
3
Points
15
Takziah kepada family mangsa & tahniah jugak sbb bahagia dunia akhirat..kata org..mereka y beriman tahu bile masa mereka akan sampai...
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
uhukk
mmg dah ajal kan
xde unsur2 jenayah ke
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register