dloanman
CG Top Poster Club
- Messages
- 39,637
Top Poster #6
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 39,637
- Reaction score
- 3,854
- Points
- 266
- Awards
- 1
Gambar sekadar hiasan je
“Aku pegawai kerajaan, suami hanya pekebun sawit” – Wanita tertanya adakah suami biawak hidup, tapi lepas dia buat ini…
Oleh MAISARAH AISYA05/09/2023
Hanya disebabkan tangga gaji yang berbeza tidak bermakna salah seorang daripada pasangan adalah biawak hidup.
Kadangkala pasangan yang bergaji rendah ini akan cuba membantu daripada aspek yang lain, cuma kita sedar atau tidak sahaja.
Di bawah adalah curahan wanita, Nafisah (Bukan nama sebenar) menerusi IIUMC dan dimuat naik di edisimedia.
“Saya nak membuat pengakuan yang kebelakangan ini saya semakin lega selepas mendapat jawapan kepada persoalan yang menggangu fikiran.
Latar belakang cerita, saya bekerja sebagai pegawai kerajaan dengan pendapatan RM6k manakala suami saya seorang pekebun sawit dengan pendapatan RM2k.
Seimbas lalu, boleh nampak tak macam mana belanja keperluan rumah tangga dibahagikan?
Kebanyakan belanja besar iaitu pembayaran bulanan kereta, rumah, eletrik, air, internet, sekolah Kafa anak, saya bayar.
Kalau nak berjalan jalan kerana nak hiburkan anak-anak pun, saya yang keluarkan belanja. Ops, macam jalan cerita cliche kan?
Tapi saya minta jangan berhenti baca.
Situasi ni satu masa dulu pernah membuatkan saya terfikir adakah suami saya tak jalankan tanggungjawab dan saya sedang menanggung biawak hidup?
Setiap kali saya baca luahan hari tentang suami tak bertanggungjawab, saya bandingkan dengan keadaan saya.
Sekian lama membaca kisah orang lain, akhirnya saya faham dan buat kesimpulan. Suami saya bukan seteruk yang saya sangkakan.
Di bawah ni saya senaraikam tanda tanda bahawa dia bukan biawak hidup:
1. Bantu kerja rumah
Dia sangat membantu kerja rumah. Paling dia pandai buat ialah basuh baju, masak nasi, kemas halaman rumah, betulkan alatan rumah yang rosak.
Saya balik kerja, semua yang disebut dah diselesaikan oleh suami.
Saya hanya buat apa yang dia tak tahu buat saja contohnya ajar anak mengaji, belajar dan masak sesetengah lauk yang dia tak reti.
Bab uruskan baju paling bagus sekali. Kalau saya tak jumpa baju tertentu yang saya nak pakai, saya akan tanya dia. Mesti jumpa punya.
Sebenarnya, walaupun suami saya boleh diharap jaga rumah, rumah saya bukan spotless berkilat macam showhouse pun. Suami saya tetap typical husband.
Lelaki manalah reti bab nak mengemas detail sangat. Dia buat yang asas je. Tapi cukup elok dah di mata saya.
2. Dia pandai jaga anak
Kami ada tiga anak. Masa mereka kecil, setiap kali anak meragam nangis tak berhenti, dia akan dukung dan pujuk sampai anak selesa dan tertidur. Saya tukang bagi susu je.
Kalau dah pujuk dengan susu tak jalan juga, saya terus sambung balik tidur, dia yang ambil alih pujuk anak, sapu ubat kembung, dukung dan selesakan anak.
3. Dia beli lauk dan makanan asas keluarga
Saya tak pernah beli beras dan lauk asas. Walaupun saya ada duit, saya tetap tunggu dia beli. Kalau ikan dibelinya, ikanlah yang kami akan makan.
Kalau dah habis lauk, saya minta dia belikan telur. Kalau anak nak makan ayam, saya akan minta dia belikan. Jenis makanan asas kami sangat sederhana dan standard.
Saya tak boleh ingat bila saya beli lauk rumah. Cuma kalau ada makanan yang saya teringin macam fast food, makanan siap masak, makanan barat ke, saya akan belanja.
4. Dia pendengar yang baik
Masa saya sedih kerana masalah kerja, masalah adik beradik saya, dia akan tadah telinga hingga saya rasa tenang seolah sebahagian masalah saya dah selesai.
Tak kira masa, bila saya nak bercerita, dia sedia mendengar.
5. Dia hormat keluarga saya
Suami saya suka menghiburkan family saya dengan gurauan bersahaja. Mak, ayah, adik beradik saya semua selesa dengan dia. Selalu dia balik rumah mak ayah tanpa saya. Dia memang boleh blend in dalam family saya.
6. Dia berjaya membuktikan bahawa sayalah satu-satunya wanita dalam hidupnya
Bukan melalui percakapan, maaf tapi dia tak romantik. Tapi dari tingkah laku dan perbuatan.
Saya tak pernah ambil mudah mengenai isu besar kerana saya tahu lelaki boleh tersuka dengan perempuan lain selain isterinya.
Tapi buat masa ini, saya dapat rasa saya masihsatu-satunya yang bertakhta di hati.
Perasaan ini membuatkan saya jadi tak berkira dengan dia. Kebanyakan perempuan akan mengungkit tentang tanggungjawab kalau dapat rasa suami curang.
7. Dia sokong apa sahaja yang saya nak buat.
Masa saya nak start beli rumah pelaburan untuk disewakan, dia bagi modal hasil jual kereta dia.
Bila saya perlukan mr handyman untuk repair dan set up rumah sewa tersebut, dia yang setia tolong saya berangkut katil, tilam sampai 5-6 trip tanpa merungut.
Serius, dia memang tak berkira bab tenaga dan masa. Cukuplah tujuh tanda tu. Saya dah boleh tersenyum lega.
Walaupun bab duit saya rasa saya lebih daripada dia, tapi tanda di atas membuatkan saya dapat rasa dia suami terbaik yang saya perlu jaga.
sumber - https://www.malaysiadateline.com/ak...h-suami-biawak-hidup-tapi-lepas-dia-buat-ini/