Aku Buntu - aku ada orang ketiga

CG Sponsors




ahmadrozi79

Junior Member
Joined
Dec 10, 2012
Messages
89
Reaction score
0
Points
6
saya nak tanya pendapat tentang masalah yang saban hari memeningkan kepala. moga ada jalan keluar

Kisah dia camni,. Untuk pengetahuan saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 org anak. Lebih kurang bulan 10 tahun lepas saya ada berkenalan ngan sorg perempuan ni dlm wechat. Saya namakan dia H. Mula tu saya berminat nak kenal H sbb dari cara penulisan dia tu nampak mcm ada masalah. Lama kelamaan kami menjadi lebih mesra, dai seorang kenalan bertukar menjadi kekasih. Permulaan perkenalan H mengaku baru putus tunang. dah lama berkawan baru H mengaku dia masih lg title isteri org tapi dah tak tinggal bersama lebih 3 tahun dan mempunyai 2 org anak. Mula tu terkejut jugak dengar tapi pastu oleh kerana syg saya terima H dgn hati terbuka dan nasihatkan dia supaya membuat tuntutan fasakh. Suami H ni penagih , tak bekerja , Asyik kena pukul spanjang tinggal serumah. yg dia boleh lepas ni pun sbb suami kena penjara sbb pukul H sampai keguguran.

Sepanjang 3 tahun tinggal asing , suami H asyik cari dan memalukan dia di tempat kerja, Selalu jugak lah bertukar kerja , selalu kena ugut nak dicederakan.Kemuncak nya suami H ni jumpa rumah yg dia sewa tu dan buat fitnah kat adik2 H . Akibatnya H kena halau dari rumah sewa dan terpaksa balik kg. Sepanjang tinggal kg tu H masih kena pulau ngan adik beradik lain, Selalu kena kata2 kesat ngan adik2 sendiri dan saya lah tempat H luah smua masalah. Saya la yg bg smangat hari2, bantu dia apa yg patut sbb dia masih ada tanggungan anak2 kereta dll.

Saya ada bg dia modal meniaga dan alhamdulillah berjaya. dia juga ada buat niaga kecil2 kek2 mcm tu lah dan saya sebagai runner sbb nak bantu . Tapi kegiatan kami dpt dihidu oleh sang isteri :D. Dan saya terpaksa berterus terang dgn Wife dan bgtau mmg syg perempuan tu. Nampak wife kecewa dan stress. Kdg mcm masuk hantu pun ada . bila bwk berubat katanya Saka H menggangu. Tujuan H ni sebnarnya cuma nak kikis duit lelaki. Saya jadi pening dan stress skrang ni. Bila tanya H betul ke dia buat,dia cakap tu kerja org syirik je.

Saya masuk wechat dulu pun sbb kecewa dgn prangai wife dan skrang alhamdulillah dia dah cuba berubah.

Sekarang apa perlu saya buat.

Tinggalkan dia mcm wife minta supaya wife tak stress dan tak histeria atau teruskan lagi dgn H tanpa pengetahuan wife

1. Klau nak tinggal H saya rasa bsalah sbb pikir masalah dia ,Camna ngan bisnes nanti sbb kami ada beli 2 chiller untuk letak kek kat kedai2, mcm2 dugaan dia kena dan dia cuma pcayakan saya saja,
2. klau tak tinggal H wife pulak slalu sakit dan Histeria

😓😭😭

Pendapat anda smua amat saya hargai dan mungkin ada jalan penyelesaian . Terima Kasih
 
Sponsored Post

shamputra

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,987
Reaction score
22
Points
25
hati perempuan mana tak kecewa bila tau lelaki ada perempuan lain. bleh je teruskan dalam diam tp kena pandai berlakon lah. nampak gaya H pun bukan nk kikis. dia pun nk ubah hidup dia gak. cuma dia perlukan sokongan dari belakang. x salah membantu janda :p
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,583
Reaction score
567
Points
121
"saya masuk wechat pun sebab kecewa dengan perangai isteri". ni problem dia.

takde beza pun perangai lama isteri tuan dgn perangai tuan (p cari pompuan kat wechat).

orang yg baik utk org yg baik.

what goes around, comes around

ni nama dia kifarah.

isteri tuan dah kena kifarah. tapi tuan pula main kayu tiga dibelakang, tunggu masa tuan dapat kifarah pula. tak kena kat isteri tuan, anak2 tuan, atau si H pula ada laki lain.

luruskan akidah.
uninstall wechat.
kembali kepada isteri dan anak2.
lupakan H.
halalkan je duit yang ko dah bagi kat H.
doakan H dpt lelaki baik.
taubat.
 

Lobey

Active+ Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,165
Reaction score
77
Points
40
masalahnya perempuan tu masih lg status isteri orang. jgn sampai kena katok sudah la. baik lupakan saja.
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,656
Reaction score
287
Points
141
wechat
bini orang.

gostan bro....
 

ahmadrozi79

Junior Member
Joined
Dec 10, 2012
Messages
89
Reaction score
0
Points
6
"saya masuk wechat pun sebab kecewa dengan perangai isteri". ni problem dia.

takde beza pun perangai lama isteri tuan dgn perangai tuan (p cari pompuan kat wechat).

orang yg baik utk org yg baik.

what goes around, comes around

ni nama dia kifarah.

isteri tuan dah kena kifarah. tapi tuan pula main kayu tiga dibelakang, tunggu masa tuan dapat kifarah pula. tak kena kat isteri tuan, anak2 tuan, atau si H pula ada laki lain.

luruskan akidah.
uninstall wechat.
kembali kepada isteri dan anak2.
lupakan H.
halalkan je duit yang ko dah bagi kat H.
doakan H dpt lelaki baik.
taubat.
Ye saya masuk sekejap dan lps jumpa H tu saya unisntall dah

duit tak jadi masalah tapi saya asyik pikirkan apa yg akan terjadi kalau saya takda, boleh ke H survive sorg2, anak2 dia camna, brg2 niaga lg. hmmm

byk kali dah saya cuba putuskan dan byk kali juga di ugut nak buat mcm2 klau saya putuskan juga
 
Sponsored Post
Top
Log in Register