BTC USD 22,783.8 Gold USD 1,921.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Aku ada empat buah pinggang!

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,128
Points
661
Awards
1

Agensi

STUART  kini mempunyai empat buah pinggang dalam badannya. FOTO Stuart Middleton
STUART kini mempunyai empat buah pinggang dalam badannya. FOTO Stuart Middleton



London: Seorang lelaki tidak menyangka dia kini mempunyai empat buah pinggang di dalam badannya.

BBC melaporkan Stuart Middleton sebelum ini menjalani dua pembedahan menerima dua buah pinggang baharu daripada dua penderma.

Tetapi, lelaki berusia 46 tahun itu terkejut apabila dia bangun selepas prosedur pembedahan keduanya dan diberitahu, empat buah pinggang berada di dalam badannya.

Bapa kepada dua anak itu mengandaikan organ yang gagal berfungsi itu akan dibuang, tetapi berkata, dia hanya gembira untuk hidup.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu, saya tidak tahu mereka sudah meninggalkan buah pinggang lama dalam diri saya juga," katanya.


Pusat Kajian Buah Pinggang United Kingdom berkata, ia adalah amalan biasa untuk meninggalkan buah pinggang berlebihan di dalam badan pesakit ketika proses pemindahan.

Stuart yang tinggal di Lauder,

Dia mengalami migrain dan sakit perut selama sedekad sebelum mendapati dia menghidap penyakit Berger, di mana pengumpulan antibodi memusnahkan fungsi buah pinggang pada 2007.

"Pihak hospital memaklumkan saya mempunyai sembilan peratus fungsi buah pinggang dan mereka tidak tahu bagaimana saya masih boleh berjalan," katanya.

Ibunya, Val Middleton, 76, mendermakan salah satu buah pinggangnya, enam bulan kemudian.

Pembedahan pada 2008 berjaya, tetapi buah pinggang itu hanya bertahan selama sembilan tahun.

Biopsi biasa pada buah pinggang yang didermakan menunjukkan ia merosot selepas tujuh tahun dan dia jatuh sakit semula setahun kemudian.

Stuart bercakap dengan rakan sekerjanya, Ninon Ferguson, 36, yang bekerja di jabatan sama dengan isterinya dan wanita itu bersetuju mendermakan buah pinggangnya.

Jurucakap Penyelidikan Buah Pinggang United Kingdom dan pakar bedah pemindahan, Prof Lorna Marson berkata, dua buah pinggang lama, ditinggalkan di dalam badan kerana ia tidak perlu dibuang.
 
Top
Log in Register