BTC USD 56,967.0 Gold USD 1,788.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aktres Luna Maya tak ambil tindakan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Wartawan buat laporan polis

JAKARTA: Aktres Luna Maya berkata, beliau tidak bercadang mengambil sebarang tindakan berhubung pertelingkahannya dengan wartawan hiburan selepas melepaskan kemarahannya dalam laman mikro blog Twitter dimana beliau membandingkan mereka dengan pelacur.

Dalam satu mesej dihantar malam Selasa lalu, Luna menulis: "Infotainment LEBIH RENDAH berbanding PELACURAN, PEMBUNUH!!!! Semoga roh anda terbakar dalam neraka!!!"

Selepas tulisannya, beliau diancam diboikot program hiburan televisyen dan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) membuat laporan polis terhadapnya.

PWI memfailkan aduan ke atas Luna kerana menghina, menipu dan kelakuan tidak menyenangkan.

Beliau akan didakwa mengikut Fasal 17 dan 45 mengikut Undang-undang kontroversi Maklumat Elektronik dan Urus Niaga (ITE) yang membawa hukuman sehingga penjara enam tahun atau denda Rp 1 bilion (RM343,750).

Kelmarin, Luna berkata, beliau masih mengkaji kes itu.

"Saya tidak mahu bercakap banyak di peringkat ini kerana saya masih menunggu perkembangan kes terbabit. Sebagai warga yang patuh kepada undang-undang saya akan mematuhi proses perundangan," kata Luna kepada Metro TV.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat perundangan dan pakar teknologi maklumat. Luna mengakui beliau sudah penat dan marah dengan krew infotainment yang sering memaksanya bercakap mengenai hal peribadi apabila beliau menulis mesej terbabit.

Sementara itu, Pakatan Wartawan Bebas (AJI) berkata, mereka menerima pelbagai aduan mengenai program infotainment.

Margiyono, koordinator AJI bagi hal ehwal perundangan, berkata kes Luna Maya perlu menggambarkan bagaimana wartawan hiburan melakukan tugas mereka. � Agensi
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
wah banyak baik ini org..tara mau ambik tindakan..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register