Movie Aktor 'Game of Thrones' antara pelakon 'Lord of the Rings' keluaran Amazon

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,533
Reaction score
11,370
Points
2,376


Aktor British, Robert Aramayo yang membawa watak Ned Stark dalam siri televisyen The Lord of The Rings

PASADENA: Amazon.com Inc mengumumkan barisan pelakon siri televisyen The Lord of The Rings semalam, termasuk dua veteran daripada siri Game of Thrones. Penggambaran siri itu akan dibuat di New Zealand bulan depan.

Antara 15 pelakon yang terpilih adalah aktor British, Robert Aramayo yang membawa watak Ned Stark ketika muda dan Joseph Mawle, pemegang watak Benjen Stark dalam siri Game of Throne di HBO.

Bakat lain termasuk pelakon teater British, Owain Arthur, aktres British - Iran, Nazanin Boniadi, aktor Australia Tom Budge, aktres British Morfydd Clark dan aktres Slovak-Amerika, Ema Horvath.

“Selepas pencarian agresif di peringkat global, kami mengumumkan kumpulan pertama pelakon hebat yang akan mengambil bahagian dalam siri The Lord of the Rings.

“Barisan lelaki dan wanita berbakat besar ini bukan sekadar pelakon, tetapi adalah anggota baharu dalam keluarga penuh kreatif yang kini sedang bertungkus lumus membawa Middle Earth kepada peminat di seluruh dunia,” kata penulis siri berkenaan, J D Payne dan Patrick McKay dalam satu kenyataan.

Adaptasi siri televisyen itu akan meneroka sisi baru karya pengarang J R R Tolkien, “The Fellowship of the Ring”, iaitu episod pertama dalam set trilogi fantasi mengenai negara fiksyen Middle Earth.

Amazon mengumumkan senarai pelakon pada majlis Persatuan Pengkritik Televisyen yang khusus menampilkan previu siri terbaharu rangkaian televisyen.

“Siri ini masih memerlukan beberapa peranan utama untuk diisi,” kata penerbit bersama bahagian televisyen Amazon, Vernon Sanders.

Syarikat berkenaan bagaimanapun tidak memperincikan dengan jelas peranan semua aktor berkenaan dalam siri itu. - Reuters


 
Top
Log in Register