BTC USD 62,978.4 Gold USD 1,754.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aktiviti lebur tembaga tanpa kebenaran, pekerja asing lari lintang-pukang nampak dron

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
984712.jpg


HULU SELANGOR - Pekerja asing di sebuah kilang kitar semula di kawasan Perindustrian Miel, Batang Kali di sini, lari lintang-pukang selepas melihat dron diterbangkan anggota penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang digunakan untuk memeriksa kilang terbabit.

Bahagian Korporat MDHS menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menjalankan serbuan setelah mengenalpasti kilang terbabit melanggar arahan notis penutupan dikeluarkan pada 17 Februari lalu.

Menurutnya, ketika anggota penguat kuasa tiba di kilang berkenaan, pintu utama premis didapati masih berkunci menggunakan mangga (padlock) yang dipasang (ketika operasi) sebelum ini.

“Anggota penguat kuasa menggunakan dron untuk meninjau sama ada terdapat pekerja di dalam premis terbabit atau sebaliknya.

“Hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa pekerja warga asing sedang melarikan diri dari premis. Tinjauan turut mendapati mesin dan peralatan yang digunakan beroperasi seperti biasa,” katanya yang memaklumkan serbuan itu disertai 24 anggota penguat kuasa dan empat pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam MDHS.

984711.jpg


Menurutnya, MDHS mengambil tindakan dengan menyita lima buah forklift di premis terbabit menggunakan peruntukan Seksyen 109, Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan mengingkari notis dikeluarkan MDHS selaku pihak berkuasa tempatan.

Dalam perkembangan sama, MDHS memaklumkan pihaknya turut menyita empat buah forklift di sebuah premis yang menjalankan aktiviti melebur logam di Jalan Zuhrah 1, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa.

Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan, pekerja masih berada di dalam premis yang beroperasi seperti biasa.

“Bagi melumpuhkan aktiviti melebur tembaga di premis berkenaan, empat forklift disita di bawah Undang-undang Kecil 38(1), Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007,” katanya

Seramai 27 anggota yang terlibat di dalam operasi berkenaan yang terdiri daripada 24 anggota penguatkuasa dan 4 orang pegawai.


== sinar harian
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,441
Reaction score
2,796
Points
201
Power... Fly pakai drone ja..
Mcm ni kita nak..
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,813
Reaction score
308
Points
96
Nasib baik tak kena baling drone tu.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,004
Reaction score
629
Points
121
Lain kali kalau nak sita, bakar terus kilang tu.
Setakat pasang mangga, selamba saja depa buat kerja.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,808
Reaction score
1,616
Points
201
Lain kali kalau nak sita, bakar terus kilang tu.
Setakat pasang mangga, selamba saja depa buat kerja.

sita bukan bermaksud rampas kekal... just mcm sita brg peniaga tepi jalan.. rampas.. owner akan tuntut balik dgn cara bayar denda
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register