InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 50,913
- Reaction score
- 4,385
- Points
- 601
Sindiket judi: 12 warga China dicekup
KUALA LUMPUR: Polis menahan 12 warga China termasuk seorang wanita selepas menyerbu sebuah unit kondominium mewah dipercayai menjadi lokasi aktiviti perjudian dalam talian, di Mont Kiara, di sini, hari ini.
Menerusi serbuan bermula jam 2.30 petang tadi, empat pegawai serta 10 anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan semua suspek berusia antara 25 hingga 45 tahun.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata turut dirampas beberapa komputer riba serta telefon bimbit sebagai bahan bukti siasatan.
"Ketika serbuan dilakukan, kita mendapati semua suspek sedang sibuk mengendalikan komputer riba masing-masing di ruang tamu kediaman berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti dipercayai mempromosikan kegiatan judi dalam talian dengan mensasarkan pelanggan di China.
"Kita percaya sindiket judi ini aktif sejak dua minggu lalu dengan menggunakan media sosial seperti WeChat untuk mempromosikan kegiatan berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, hari ini.
Anuar berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek menyewa unit kondominium itu antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.
"Kita giat jalankan siasatan termasuk memburu dalang sindiket itu dipercayai warga tempatan.
"Semua suspek yang tidak mempunyai pasport dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/1963," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti judi dalam talian di daerah ini boleh menghubungi IPD Brickfields di talian 03-22979222.
www.bharian.com.my

Sindiket judi: 12 warga China dicekup | Berita Harian