Covid-19 Aktiviti judi dalam talian meningkat semasa PKP

CG Sponsors




asdf

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2019
Messages
256
Reaction score
33
Points
30
Nak banteras senang je, tingkatkan hukuman. Bila ratio untung:rugi tak berbaloi, baru org takut nak buat.

Contoh dadah. Edar je kena gantung. Tapi org tak takut sebab jual dadah sekali jual mmg kenyang setahun. Jadi org gamble sebab nak hidup senang.

Tapi judi, Cuba judi hukuman nya ada 40 tahun penjara, kepada semua yg terlibat dan bersubahat, mesti org takut. Nak keje pon takut. Takde pekerje, aktiviti judi dapat dikurangkan.
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,757
Reaction score
2,465
Points
201
Apk judi juga bersepah3. Aku dulu pon main juga, tapi guna token free la. Nak suh aku beli memang mimpi lah.

Ada sesiapa tahu apk judi free yg kita transfer chip atau token ke member lain?
Boleh buat duit haram tepi, sumbat dalam perfect money. Duit haram leh buat join hyip, kasi cambah, pastu leh guna tuk beli game dan benda2 melalaikan yg lain.
xleh mix duit haram dlm kehidupan..
x kisah kalau kata nak beli benda hobi ke pe..

xleh mix..

Jgn mendekati benda yang haram..
Walaupun x buat lagi benda haram..
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,757
Reaction score
2,465
Points
201
judi ni pelbagai bentuk.

kadang2 sesama kawan je pun, nak betting bola "ok jom taruh rm10, teka skor Liverpool vs City. sapa betul, dia dapat k0ngk3k Bella, kalau takde sapa betul duit ni semua milik Bella".

mohon pencerahan.

View attachment 306786
Mohon pencerahan.. Gambar tu.. Gambar bella ke ?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,913
Reaction score
4,385
Points
601
Polis temui wang tunai RM1.4j dalam rumah teres


wang_1604998997.jpg

Sebahagian barang yang dirampas dalam serbuan membabitkan kegiatan judi atas talian di Ara Damansara, Petaling Jaya. - Foto NSTP/Mahzir Mat Isa

PETALING JAYA: Polis merampas wang tunai berjumlah RM1.4 juta dalam serbuan ke atas sebuah rumah teres, di Ara Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata dalam serbuan pada jam 1.15 tengah hari itu, pihaknya turut menahan sepasang suami isteri disyaki terbabit aktiviti perjudian dalam talian.

"Kita tangkap seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun dan isterinya, warga tempatan yang juga bekas pekerja bank berusia 27 tahun.

"Hasil pemeriksaan tujuh komputer riba dimiliki suspek, kita percaya mereka terbabit dalam jenayah komersil berkaitan mata wang digital atau kripto, Bitcoin.

"Kemudian, kita menemui sebuah peti besi di rumah itu. Mereka enggan bekerjasama memaksa polis memanggil bomba untuk membuka peti itu yang mengandungi wang tunai terbabit," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, hasil soal siasat suami isteri berkenaan membawa kepada tangkapan dua warga asing berusia 31 dan 30 tahun di sebuah kondominium di Sunway dekat sini, pada hari sama.

"Dua warga asing itu dipercayai pekerja suami isteri berkenaan. Mereka dibayar gaji sebanyak RM9,000 sebulan.

"Hasil serbuan di dua lokasi terbabit, kita rampas 16 komputer riba, serangkai kunci rumah dan satu kad akses unit kondominium berkenaan.

"Aktiviti perjudian ini aktif sejak tiga bulan lalu dan menyasarkan pelanggan warga China menggunakan media sosial seperti WeChat," katanya.

Empat suspek itu direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,913
Reaction score
4,385
Points
601
MKL Crimedesk | Kaki Judi Bersama Penjaga Premis Ditangkap Ketika Ligat Bertaruh

 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,432
Reaction score
1,882
Points
201
Niaga atas talian byk underground
Telegram berlambak cuci duit judi pelacuran etc
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,913
Reaction score
4,385
Points
601
serbu_1606274252.jpg

Polis menyerbu pusat perjudian dalam talian yang sasarkan warga China di sebuah resort di Banting semalam - Foto NSTP/Ihsan PDRM

Polis serbu resort peranginan jadi pusat judi dalam talian


KUALA LANGAT : Polis menyerbu sebuah pusat peranginan di Banting di sini semalam dipercayai dijadikan lokasi kegiatan permainan judi dalam talian yang mensasarkan pelanggan dari China.

Malah kedudukannya yang jauh dari kawasan bandar juga turut dijadikan sebagai lokasi aktiviti pertaruhan pelaburan matawang asing (forex) disyaki tanpa lesen.

Bagaimanapun kegiatan yang dipercayai beroperasi kira-kira dua bulan lalu itu dikesan polis yang menahan 88 individu dalam Op Dadu di sini, petang semalam.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota D7 Bukit Aman serta dibantu D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

"Dalam operasi itu, seramai 61 lelaki warganegara China, 12 perempuan warganegara China, 12 lelaki tempatan dan tiga wanita tempatan yang berumur antara 23 hingga 46 tahun ditahan.

"Polis turut merampas 112 set Komputer, 29 unit komputer riba, 1,207 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 15 unit 'router', lima unit modem serta wang tunai berjumlah RM2,200.

"Siasatan mendapati kegiatan JOL-Calling Centre itu menjadikan beberapa blok di pusat peranginan terbabit sebagai tempat menjalankan kegiatan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Azmi berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan mendapati semua suspek disyaki mengurus pusat aktiviti pertaruhan dan pusat panggilan yang berpusat di negara ini tetapi mensasarkan pelanggan atau mangsa dari negara China.

"Suspek turut menjalankan aktiviti pertaruhan pelaburan tukaran wang asing dan kegiatan jual beli secara dalam talian disyaki 'scammer'.

"Suspek juga menggunakan laman sesawang untuk menjalankan aktiviti perjudian atas talian 'calling centre' menggunakan suatu pertaruhan yang dikenali sebagai Loteri 360.

"Sindiket ini menggunakan transaksi kewangan melalui perbankan dalam talian bank di China untuk proses menerima dan membayar hasil perjudian atas talian dengan menggunakan matawang China (ReMinBi)," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati lokasi itu mempunyai ciri- ciri keselamatan di mana terdapat pengawal keselamatan, pemantauan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk keluar, masuk, naik dan turun dari blok penginapan mereka.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) & (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,913
Reaction score
4,385
Points
601
Kegiatan judi beralih ke kediaman

KUALA LUMPUR: Kegiatan judi dalam talian di Serdang kini dikesan beralih dari premis perniagaan ke kawasan kediaman bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik berkenaan terbongkar susulan serbuan sepasukan anggota polis menerusi Op Dadu di sebuah unit pangsapuri di Taman Sri Puchong, dekat Serdang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata menerusi serbuan pada jam 10.56 malam tadi, pihaknya menahan seorang lelaki warga Indonesia, dua lelaki Myanmar dan tiga lelaki Bangladesh berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.

"Tahanan Indonesia dan Myanmar adalah pekerja, manakala lelaki Bangladesh dikenal pasti sebagai pelanggan.

"Turut dirampas satu telefon bimbit, empat komputer riba, dua modem serta wang tunai berjumlah RM200 bagi membantu siasatan.

"Semua suspek direman hingga 17 Disember ini mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963," katanya dalam kenyataan, hari ini.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register