InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 50,913
- Reaction score
- 4,385
- Points
- 601
Polis Klang Utara dengan kerjasama TNB melakukan serbuan dan memotong bekalan elektrik 12 premis judi dalam talian di Bandar Baru Klang dalam satu operasi bersepadu petang semalam. - Foto ihsan IPD Klang Utara.
Premis judi dalam talian diserbu, elektrik di potong
KLANG: Polis Klang Utara menyerbu dan memotong bekalan elektrik 12 unit rumah kedai yang dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di Bandar Baru Klang, semalam.
Operasi bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu bermula pada jam 4 petang.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata serbuan itu juga turut membabitkan beberapa premis yang sebelum ini sudah dikenakan tindakan termasuk dihadapkan ke mahkamah.
"Walaupun pernah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman, pemilik tidak serik malah meneruskan aktiviti berkenaan.
"Kita akan meneruskan operasi pemotongan bekalan elektrik dan akan bertindak lebih tegas termasuk mengambil tindakan ke atas pemilik yang menyewakan premis untuk kegiatan judi dalam talian," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Selain premis judi dalam talian, pihaknya juga akan menggiatkan serbuan dan pemotongan bekalan elektrik di kilang-kilang haram sekitar daerah itu.
Tindakan berkenaan diambil mengikut peruntukan Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.