Covid-19 Aktiviti judi dalam talian meningkat semasa PKP

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601

Abdul Hamid ketika bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman mengenai situasi semasa pada hari ke-20 PKP. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Aktiviti perjudian dalam talian menunjukkan trend peningkatan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya mendapati sindiket itu menyasarkan 'kaki judi' yang berada di rumah sepanjang tempoh PKP ini.

"Saya difahamkan judi online ini berleluasa, saya bimbang wang Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat yang disalurkan oleh kerajaan akan 'hilang' disebabkan perjudian online," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid turut menasihati orang ramai terhadap scammer yang cuba mengeksploitasi dengan menggunakan pelbagai helah untuk melakukan penipuan.

"Sindiket penipuan ini akan mencari peluang untuk menipu mangsa apabila kerajaan mengumumkan bantuan akan disalurkan ke dalam akaun bank orang ramai," katanya.


 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601
MGTV LIVE : WeChat Dan VIP Dikesan Medium Judi Online - ACP Nik Ezanee
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,287
Reaction score
11,960
Points
2,376
307 serbuan membabitkan 533 tangkapan berjaya dilaksanakan Polis Johor dalam usaha membanteras kegiatan judi atas talian sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kegiatan judi atas talian didapati beroperasi secara bersembunyi.

 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,785
Reaction score
2,489
Points
201
Hello polis sini ada judi online. Sini tu merujuk dimana ?

Ntah.. Skrng semua cloud base..

Kalau kau nak pantau semua mmg tak tercapai.

Judi tetap judi, tutup yang halal, tumbuh bak cendawan yang haram..

Walaupun kedua2nya haram dalam agama, kita tak mampu nk cegah nya..

Siapa yang boleh mencegahnya ? Orang2 yang menasihati sesama mereka..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,443
Reaction score
2,438
Points
206
yang roulette dalam facebook tu pun judi.
banyak juga melayu yang main. tak taulah diorang ni sedar ke tak itu judi.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601

Polis membongkar satu lagi pusat Calling Centre sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan Kondominium Mewah sebagai markas operasi.

Bertindak atas maklumat perjudian,sepasukanpolis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur membabitkan 30 pegawai dan membuat serbuan di empat unit Kondominium Mewah Jalan Perak.

Hasil dari serbuan telah berjaya menahan seramai 32 orang yang diupah sindiket untuk mencari pelanggan

Daripada 32 yang ditahan 30 adalah warga tempatan manakala dua lagi masing masing lelaki dan wanita warga China yang berusia 17 hingga 41 tahun.

Setiap pekerja ditawarkan gaji antara 2 ribu hingga 2,500 ringgit sebulan.

5 unit kondominium pula disewa dengan kadar 60 ribu ringgit.

Hasil serbuan, polis merampas sejumlah komputer dan telefon bimbit.

Modus Operandi sindiket ialah mempromosikan Judi Atas Talian, Forex dan Macau Scam kepada Warganegara China, Taiwan dan Hong Kong.

Sindiket didapati beroperasi sejak 5 bulan lepas termasuk ketika pelaksanaan PKP.

Kesemua yang ditahan dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601


6 sindiket Calling Center kena tangkap di 4 buah rumah dekat M City Ampang dalam OPS Judi siang tadi.

Kesemua suspek warga China berusia 21 hingga 52 tahun termasuk seorang wanita itu diberkas ketika mereka sedang sibuk memancing pelanggan di beberapa laman sesawang judi Online.

Operasi digerakkan pasukan D 7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman turut merampas 4 unit komputer riba, 3 komputer , 12 handset, 1 modem, 1 router dan
12 kad bank pelbagai jenama serta 6 alat Penerima TAC.

Risikan mendapati sindiket ini aktif menganjur dan mengurus perjudian di pasaran China secara atas talian (online) yang menggunakan laman web utama https://ztlsyy.vdxpzej.cn/.

Lokasi berkenaan adalah merupakan 'Customer Service' bagi sindiket ini.

Kegiatan ini telah beroperasi dipercayai lebih kurang sebulan lalu dan dipercayai dapat mengaut keuntungan sekitar RM25000.

Gaji bulanan yang diperolehi subjek yang ditangkap adalah lebih kurang antara RM3000 hingga RM3,500 yang dibayar melalui transaksi AliPay atau Wang Tunai.

Akktiviti ini beroperasi 24 jam setiap hari, dan lengkap dengan pelbagai pilihan permainan antaranya Canada28, Beijing 28, FuChai28.

Mereka menggunakan transaksi kewangan melalui perbankan online di China untuk proses menerima dan membayar hasil perjudian atas talian dengan menggunakan matawang China.

Malah mereka menggunakan akaun-akaun Bank jenis pertanian dan Komersial China bagi urusan transaksi wang kemenangan ke akaun-akaun pelanggan.

Premis itu juga lengkap dengan ciri- ciri keselamatan yang ketat dimana terdapat pengawal keselamatan, pantauan CCTV serta kad akses untuk masuk dan naik turun lif ke unit rumah subjek ditangkap.

Kadar sewa bagi unit rumah kondominium yang diserbu adalah RM3000 sebulan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c)ARJT 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601

Empat warga tempatan berusia antara 20 hingga 24 tahun yang menjadi pengendali aktiviti perjudian dalam talian ditahan dalam serbuan di sebuah unit kondominium mewah di Ara Damansara, pagi semalam.

Sindiket menjadikan kondominium mewah yang disewa itu sebagai markas
Operasi selain mempromosikan aktiviti judi menerusi Facebook.

Suspek termasuk seorang wanita yang berperanan sebagai penyelia akan mengambil wang daripada mana-mana individu yang berminat untuk membuat pertaruhan selain mengendalikan pembayaran kemenangan.

Sindiket menjalankan kegiatan mereka secara 24 jam dengan kadar keuntungan antara 3 hingga 5 ribu ringgit sehari.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata siasatan mendapati sindiket baru sebulan aktif, menyasarkan orang tempatan sebagai pemain.
Selain Facebook , sindiket juga berinteraksi dengan pemain judi menggunakan aplikasi WhatsApp.

Dalam serbuan itu, polis merampas enam monitor komputer, 21 telefon bimbit, satu komputer riba, modem internet dan pelbagai lagi peralatan yang digunakan untuk mengendali urus niaga perjudian.

Kesemua suspek menerima gaji bulanan sebanyak 2 ribu ringggit sebulan dan semakan mendapati kesemua mereka tiada rekod jenayah lampau.

Semua suspek akan direman hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register