BTC USD 27,561.6 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aktivis dijel kerana didakwa tiru pakaian Permaisuri Thailand

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,588
Points
251
Awards
1

14092022-40-2-Dijel-pakaian-ratu-pixs.jpeg




BANGKOK: Seorang aktivis di Thailand dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan menghina keluarga diraja kerana menyertai protes dalam pakaian tradisional negara itu.

Lapor thethaiger.com, hukuman itu dikenakan dibawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan Akta ‘lèse majesté’ undang-undang, yang boleh membawa sehingga 15 tahun penjara.

Penyokong keluarga diraja menyifatkan perbuatan Jatuporn Saeoueng yang melakukan catwalk sambil berpakaian tradisional berwarna merah jambu di protes itu, sebagai mengejek ibu kepada Raja Thailand.



Ads by Kiosked
Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok membacakan keputusan hukuman Jatuporn, hampir dua tahun selepas aktivis itu melakukan catwalk pada protes di hadapan Wat Khaek di Jalan Silom di Bangkok pada 29 Oktober 2020.

Protes itu diadakan untuk membantah penggunaan wang pembayar cukai rakyat sebanyak 13 juta baht (RM1.61 juta) untuk pertunjukan fesyen yang dikaitkan dengan keluarga diraja sekali gus menggesa pembaharuan sistem beraja negara itu.

Justeru, seorang penyokong keluarga diraja memfailkan saman terhadap Jatuporn kerana menghina keluarga diraja.


Mahkamah memberi alasan bahawa Jatuporn berniat untuk mengejek Permaisuri Sirikit.

Pada mulanya, mahkamah mengenakan penjara tiga tahun dan denda 1,500 baht (RM186.31) terhadap Jatupporn, bagaimanapun hukumannya dikurangkan kepada dua tahun dan denda 1,000 baht (RM124.18) kerana ‘berkelakuan baik’.

Jatuporn dalam keterangannya memberitahu dia sentiasa memakai pakaian tradisional kerana ia membuatkannya berasa yakin dan tidak berniat untuk meniru ratu mahupun menghina mana-mana kerabat diraja
 
Top
Log in Register