Akta RumahTangga (AKRT) - benarkan pendera diusir dari rumah

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191

PELAKU keganasan rumah tangga sama ada suami atau isteri boleh 'diusir' keluar dari rumah sendiri. - Foto hiasan


PENGARAH Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, JKM, Ruhaini Zawawi. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam




KUALA LUMPUR: Pelaku keganasan rumah tangga sama ada suami atau isteri boleh 'diusir' keluar dari rumah sendiri sekiranya mangsa membuat laporan pihak berkuasa.

Tindakan itu mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) (pindaan) 2017, yang dikuatkuasakan pada Januari lalu, bagi memberi hak penghunian eksklusif kepadanya selepas mendapat perintah mahkamah.

Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ruhaini Zawawi, berkata mangsa boleh mendapatkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) di bawah Seksyen 2 (a) dan (b) iaitu apabila mangsa berada dalam ketakutan dicederakan secara fizikal.

Katanya, pegawai JKM perlu mengeluarkan EPO dalam tempoh dua jam selepas permohonan dan menyerahkan satu salinan itu kepada pegawai polis di daerah kediaman pelaku dalam masa 10 jam dikeluarkan.

EPO perlu diserahkan pegawai polis secara sendiri kepada pelaku dalam masa 12 jam.

"Akta bertujuan meningkatkan perlindungan, memelihara kebajikan dan keharmonian institusi keluarga.

"Atas perintah mahkamah, pelaku sama ada suami atau isteri dengan perintah mahkamah diarah keluar rumah bagi memberi mangsa masa bersendirian.

"Jadi, jangan sewenang-wenangnya melakukan penderaan walaupun rumah itu adalah hak milik bersama," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Forum Isu-Isu Berkenaan Jenayah Seksual Kanak-Kanak dan Keganasan Rumah Tangga.

Program itu anjuran bersama Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JPW) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF).

Ruhaini berkata, tafsiran keganasan rumah tangga kini diperluaskan bukan sahaja berbentuk penderaan fizikal tetapi juga mental dan membabitkan kewangan.

Sebagai contoh, pelaku dengan curang menggelapkan harta mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan.

"Bentuk keganasan rumah tangga turut merangkumi ugutan dengan niat menyebabkan takut keselamatan diri atau harta, pihak ketiga berhubung dengan mangsa atau dengan niat mengaibkan kehormatannya melalui elektronik dan sebagainya," katanya.

Berdasarkan laporan, rata-rata mangsa memberi tindak balas mereka tidak mendapat perlindungan dan pada masa sama tidak mahu suami atau pasangan ditangkap.

"Oleh itu, pindaan akta diluluskan Dewan Negara, pada 14 Ogos 2017 itu dan dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu, hubungan kekeluargaan masih dapat dipelihara," katanya.

Program pemulihan disediakan oleh JKM ke atas mangsa dengan persetujuannya manakala pelaku perlu menjalani program itu atas perintah mahkamah.

Berdasarkan rekod JBG, sebanyak 700 kes keganasan rumah tangga dilaporkan, pada tahun lalu.












sumber: https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2018/03/404775/akrt-benarkan-pendera-diusir-dari-rumah








.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,282
Reaction score
10,292
Points
1,896
oh baru berkuatkuasa Jan lepas..

melalui peruntukan bawah Seksyen 2 (a) dan (b)Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) (pindaan) 2017,
-mangsa buat permohonan

-pegawai JKM keluarkan EPO dalam tempoh dua jam selepas permohonan dan serahkan satu salinan itu kepada pegawai polis di daerah kediaman pelaku dalam masa 10 jam dikeluarkan

-mangsa boleh dapatkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) di bawah Seksyen 2 (a) dan (b) iaitu apabila mangsa berada dalam ketakutan dicederakan secara fizikal.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,068
Reaction score
11,486
Points
2,376
FB_IMG_1596267046340.jpg

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kitaran keganasan adalah corak yang sering berlaku apabila seorang wanita didera oleh pasangannya.

Kitaran ini boleh berlaku berulang ulang sehingga berpuluh puluh kali. Tempoh kitaran ini mengambil masa beberapa hari sehingga beberapa bulan.

Fasa Bulan Madu adalah satu fasa paling tipikal berlaku dalam episode keganasan rumah tangga. Jangan terkejut, mangsa mungkin juga hamil semasa tempoh bulan madu dan terus menjadi mangsa keganasan sepanjang tempoh kehamilan apabila fasa ketegangan dan fasa keganasan kembali semula.
.
Kepada mangsa keganasan rumah tangga, Sekali dua mungkin anda mampu memaafkan pasangan, jika ia terus berulang... hentikan kitaran ini dengan membuat laporan dan dapatkan perlindungan.

PHM
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
647
Reaction score
228
Points
33
kdg2 si suami juga ada masalah "mental" .. ni yg bahaya

baik je depan mertua tp tunggulah bila dah sampai rumah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register