Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 kuatkuasa 23 Oktober ini

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
Mak Khuin Weng

· 9m ·

New law already. Lapan orang memandu lepas minum arak kena saman RM10,000 dan seminggu penjara. Kalau tak bayar saman, lapan bulan dalam penjara.

9 Johor traffic offenders charged under newly-gazetted RTA

October 26, 2020 @ 1:08pm
JH261020ZE012_1603688893.jpg

Some of the nice accused seen waiting at the Johor Bary Magistrate’s Court. - NSTP/ZAIN AHMED


JOHOR BARU: Nine traffic offenders here were among the first in the country to be charged under the newly-gazetted Road Transport Act (Amendment) 2020.
The nine accused were all charged under Section 45A(1) of the Act for driving while under the influence of alcohol.

Eight of the accused pleaded guilty while the other pleaded not guilty after the charge was read out before Magistrate Norasidah Abd Rahman.

Norasidah sentenced each of the eight accused to a week in jail and a fine of RM10,000, or eight months jail if they failed to pay the fine.


They also lost their driving licence's eligibility for two years.

For the accused who pleaded not guilty, Norasidah set November 26 for mention of the case.

Prosecuting officer Assistant Superintendent Azmi Abdul Salam appeared for the prosecution while all of the accused were unrepresented.

Last week, Transport Minister Datuk Seri Dr Wee Ka Siong announced that the amended Act would come into effect on Oct 23.

The amended Act carries heavier penalties for traffic offences, particularly related to Sections 41 to 45 of the Act.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
9 pemandu mabuk didakwa mengikut pindaan akta baharu

October 26, 2020 9:28 PM

drunk-driver-pemandu-mabuk-fmt-270720-1-1.jpg

Semua tertuduh berusia antara 25 hingga 56 tahun didakwa atas pertuduhan memandu bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

JOHOR BAHRU: Lapan lelaki dan seorang wanita menjadi individu terawal dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini mengikut pindaan baharu Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 yang berkuat kuasa Jumaat lepas.

Semua tertuduh berusia antara 25 hingga 56 tahun itu didakwa atas pertuduhan memandu bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 50mg dalam 100ml darah di sekitar Johor Bahru antara 23 hingga 25 Oktober lepas.

Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara sehingga 2 tahun serta hilang kelayakan lesen selama 2 tahun.
Lapan daripada mereka termasuk tertuduh wanita mengaku bersalah, manakala seorang lagi minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Nur Asidah A Rahman.



Nur Asidah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 7 hari, denda RM10,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama 2 tahun ke atas 8 tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan semua mereka menjalani hukuman penjara dari tarikh sabitan dan dipenjara 10 bulan lagi jika gagal membayar denda.

Bagi seorang tertuduh yang mengaku tidak bersalah, mahkamah membenarkan jaminan RM13,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 26 November.

Terdahulu, pegawai pendakwaan trafik Azmi Abdul Salam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua tertuduh dan masyarakat awam.

Kelapan-lapan tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan mereka sudah insaf dan perlu menanggung keluarga.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
Juruteknik orang pertama di P Pinang didakwa bawah akta pemandu mabuk pindaan baharu

October 27, 2020 1:36 PM

Saw-Yen-Yew-FMT_1.jpg

Saw Yen Yew dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di George Town hari ini.

GEORGE TOWN: Seorang juruteknik komputer didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan menunggang motosikal bawah pengaruh alkohol mengikut Akta Pengangkutan Jalan yang memperuntukkan hukuman lebih keras dalam pindaan baharunya.

Saw Yen Yew, 21, dari Sungai Ara dituduh melakukan kesalahan terbabit di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Ahad sekitar 2.55 pagi.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memandu atau mengendalikan kenderaan bermotor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan, mengikut Seksyen 45A akta itu.



Pegawai pendakwaan Erma Yanti Abdul Rahim meminta mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 kerana kesalahan dilakukan adalah serius.


Peguam Saw, Mohd Ismail Mohamed, memohon jaminan yang lebih rendah berikutan itu merupakan dakwaan kesalahan pertamanya.

Majistret Rosnee Mohd Redzuan menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Nov untuk pengurusan kes.

Akta Pengangkutan Jalan yang baharu dipinda mengenakan denda maksimum RM30,000 dan penjara 2 tahun jika sabit kesalahan, berbanding denda antara RM1,000 hingga RM6,000 dan penjara maksimum 12 bulan sebelum ini.

Saw dipercayai orang pertama di Pulau Pinang yang didakwa mengikut akta yang baru dipinda sejak mula dikuatkuasa pada Jumaat.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,245
Reaction score
11,691
Points
2,376
Bagus
Biar dapat hukuman setimpal
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,245
Reaction score
11,691
Points
2,376
ye betul tn TXT, rasanya mmg tinggi sungguh denda rm10k utk first timer
padan muka :D
Biar yg lain rasa fikir byk kali nak buat
Kalau orang kaya tak tahu la kot leh lepas hukuman
 
Sponsored Post
Top
Log in Register