Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 kuatkuasa 23 Oktober ini

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,590
Reaction score
11,041
Points
1,906
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
5j ·

RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dibaca kali pertama hari ini oleh Menteri pengangkutan, Wee Ka Siong.

Menarik diperhatikan adalah No 6, pindaan mengenai cadangan hukuman lebih berat terhadap pemandu yang berada di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah yang menyebabkan kematian.

Cadangan hukuman adalah hendaklah dipenjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari 15 tahun, manakala denda pula tidak kurang rm50k dan tidak lebih rm100k.

Untuk kesalahan yang diulang kali kedua pula adalah penjara tidak kurang 15 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, manakala denda pula tidak kurang dari rm100k dan tidak melebihi rm150k. - Buletin TTKM -


RUU penuh :

1598453128228.png

1598453138601.png
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,590
Reaction score
11,041
Points
1,906
tunggu remark dari sprm..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,590
Reaction score
11,041
Points
1,906
Saya boleh faham Dato Wee Ka Siong gunakan contoh kaedah negara China tangani masalah pemandu mabuk.
Saya tak faham apa masalah Jelutong. Memang mengganggu persidangan.
Mohon pengundi Jelutong jangan undi dia lagi. Very annoying.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,590
Reaction score
11,041
Points
1,906
1598651994198.png


Tidak pakai topi keledar: Saman semua, termasuk Anwar, kata Loke
Diterbitkan 26 Aug 2020, 1:42 pm

Dikemaskini 26 Aug 2020, 5:17 pm


PARLIMEN l Bekas menteri pengangkutan, Anthony Loke mahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman kepada pemimpin yang menunggang motosikal tidak memakai topi keledar.
Ini termasuk kepada semua wakil rakyat pembangkang dan tidak terkecuali adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Menunjukkan bukti bergambar di Dewan Rakyat, Loke (PH-Seremban) berkata beberapa pemimpin BN telah dirakamkan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa kempen pilihan raya kecil Slim.
Mereka termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden parti itu, Mohamad Hasan; Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican; Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, dan calon BN bagi kerusi Slim Mohd Zaidi Aziz.

Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) kemudian berkata bahawa dia juga ada gambar Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal yang menunggang tanpa topi keledar, dan ingin mengikut Loke dalam bertemu JPJ.

Pada sebelah petang, Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berkata dia juga mempunyai bukti bahawa pihak pembangkang, termasuk Anwar melakukan kesalahan yang sama.

"Saman semua, ketua pembangkang pun saman," kata Loke.

Sebelum itu, pada ucapannya, Loke berkata tidak ada masalah untuk menunggang motosikal semasa berkempen, tetapi pemimpin perlu memakai topi keledar.
“Itu (berkempen sambil naik motor) tak apa, tapi pakai la topi keledar. Tunjukkan contoh yang baik.

“Sebagai mantan PM, boleh kempen, ambil motosikal tak ada masalah, pakai la topi keledar. Saya bimbang Pekan (Najib) jatuh nanti, kemalangan,” kata Loke.

10f0261c0fc0ca6a4674990b19deb327.jpg


Azeez kemudian mencelah dan mempertahankan Najib, dengan berkata, ia hanya membabitkan perjalanan singkat ke masjid untuk solat Jumaat.

Loke berkata, menunggang motosikal tanpa topi keledar, termasuk di kampung, adalah jelas melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ.

Oleh itu, katanya, ahli politik perlu memberikan contoh baik dengan memakai topi keledar.

Dia berkata, pihaknya akan menyerahkan gambar pemimpin BN yang tidak memakai topi keledar kepada JPJ agar mereka dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya nak bagi tahu bahawa gambar-gambar ini saya akan hantar ke JPJ. Saya sarankan kepada JPJ hantar saman kepada orang orang ini. Jangan bagi muka, kita laksanakan undang-undang secara sama rata.
“Pihak JPJ jangan bimbang ada backup dari PM (Muhyiddin Yassin). PM keluarkan kenyataan semalam, (dia kata) tak ada pilih kasih, semua sama rata. Kalau menteri buat salah pun menteri kena, jadi tunjukkan kita ambil tindakan,” katanya.

Muhyiddin, semalam membuat kenyataan bahawa siasatan lengkap akan dibuat terhadap Menteri Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang melanggar kuarantin kendiri setelah kembali dari Turki bulan lalu.

7312b939582efe089b8f61affc8d379d.jpg


Ucapan Loke mengenai pentingnya memakai topi keledar dibuat semasa membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan.

Antara pindaan utama adalah meningkatkan hukuman ke atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Semasa menyokong rang undang-undang itu, Loke berkata, bahawa memandu dalam keadaan mabuk hanya menyumbang sejumlah kecil kematian di jalan raya.

Sebaliknya katanya, 22,375 kematian akibat kemalangan jalan raya dari 2015 hingga Mei 2020 melibatkan penunggang motosikal.

Ini, katanya, adalah 64 peratus daripada 34,891 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang tempoh tersebut.

"Hantar mesej kepada orang ramai, topi keledar penting untuk selamatkan nyawa," katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,590
Reaction score
11,041
Points
1,906
Sinar Harian



22m ·

Secara keseluruhan, pindaan RUU itu akan mengandungi 15 fasal utama

Dewan Negara lulus RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020

22 September 2020



1600781214228.png

Hasbi Habibollah


KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 bagi meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya dan menjamin kebajikan serta kesejahteraan rakyat Malaysia.

RUU itu yang dibentangkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah diluluskan dengan sokongan suara terbanyak ahli Dewan Negara.

Sebelum itu, Senator Mohamad Imran Abd Hamid memohon kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim untuk mengadakan undi belah bahagian, namun tidak dipersetujui kerana hanya empat senator sahaja yang mahu perkara itu dilakukan.

Menurut Rais, sekurang-kurangnya lapan senator perlu bersetuju untuk undi belah bahagian diadakan sebelum usul dipersetujui.

Seramai 16 senator daripada pihak kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut.

Terdahulu, Hasbi ketika menggulung perbahasan RUU tersebut berkata objektif pindaan ialah untuk menjadikan undang-undang sebagai langkah pencegahan yang menghalang seseorang melanggar peraturan.

"Mudah-mudahan dengan pindaan ini akan memberi kesan lebih baik untuk keselamatan seluruh pengguna dan orang yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian pemandu," katanya.
Secara keseluruhan, pindaan RUU itu akan mengandungi 15 fasal utama.

Antaranya ialah pindaan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) melibatkan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan iaitu hukuman penjara selama lima hingga 10 tahun dengan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Selain itu, pindaan turut dilakukan terhadap Seksyen 44 akta sama melibatkan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes menyebabkan kecederaan serta kes menyebabkan kematian.

Bagi kes menyebabkan kematian, hukuman yang dikenakan jika sabit kesalahan ialah penjara antara 10 dan 15 tahun dan denda RM50,000 hingga RM100,000 selain hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 10 tahun untuk sabitan pertama.

Pindaan turut melibatkan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda RM100,000 hingga RM150,000 serta hilang kelayakan lesen bagi tempoh 20 tahun untuk kesalahan seterusnya.

Pada masa sama, RUU itu juga mencadangkan pindaan had kandungan alkohol baharu iaitu 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 50 miligram (mg) alkohol dalam 100 ml darah dan 67 mg alkohol dalam 100 ml air kencing.- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,590
Reaction score
11,041
Points
1,906
Astro AWANI



27m ·

"Hari ini, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 selepas bacaan kali ketiga."
#AWANInews #AWANI745

Menteri luah rasa geram kes pelajar tingkatan lima maut dirempuh pemandu mabuk


September 22, 2020 20:20 MYT

Menteri luah rasa geram kes pelajar tingkatan lima maut dirempuh pemandu mabuk

Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pengangkutan semakin hampir merealisasikan hasrat bersama untuk memperkasakan lagi Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Selasa meluahkan perasaan geram atas kejadian kemalangan maut yang disebabkan pemandu mabuk.
Sambil merujuk pada kes kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar tingkatan lima selepas dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raja Laut, kira-kira pukul 3 pagi tadi, beliau berkata, itu adalah antara alasan kementeriannya bertekad untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Hari ini, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 selepas bacaan kali ketiga.
"Ini sesuatu yang amat menggembirakan hati saya dan juga warga Kementerian Pengangkutan," katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini, pada Selasa.

Dalam hantaran itu, beliau turut berkongsi laporan sebuah akhbar mengenai kes Hakimi Romli, 17, yang maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun mengubah haluan secara tiba-tiba untuk masuk ke lorong lain.

Mangsa yang pada ketika itu sedang menunggang motosikal di Jalan Raja Laut itu tidak sempat mengelak kereta berkenaan sebelum melanggar pintu sisi depan kenderaan terbabit.
Ujian Evidential Breath Analyzer (EBA) yang dijalankan ke atas pemandu itu juga mendapati mengandungi alkohol dalam badan itu.

Ka Siong menambah, kementeriannya semakin hampir merealisasikan hasrat bersama untuk memperkasakan lagi akta berkenaan, khususnya berkaitan pemanduan mabuk, dipengaruhi alkohol serta memandu secara melulu atau berbahaya.

Pada 26 Ogos lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU berkenaan untuk menguatkuasakan hukuman yang lebih berat atas kesalahan memandu secara berbahaya dan mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan undian suara dan turut mendapat sokongan daripada kerajaan dan pembangkang termasuk bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Bagi kejadian yang menyebabkan kematian dengan memandu secara berbahaya, Seksyen 41 (1) akta itu akan dipinda untuk menaikkan hukuman penjara minimum menjadi lima tahun, iaitu penambahan dua tahun berbanding peruntukan sebelumnya.

Bagi pesalah berulang, mereka boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun.

Sementara itu, denda di bawah Seksyen 41 juga dinaikkan dari RM20,000 kepada RM50,000 untuk pesalah pertama, dengan sabitan berikutnya boleh dikenakan denda antara RM50,000 hingga RM100,000.
Seksyen 44 (1A) yang baharu menyatakan bahawa mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kecederaan boleh dipenjara antara tujuh hingga 10 tahun, dan didenda dari RM30,000 hingga RM50,000 untuk pesalah pertama.

Bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian, Seksyen 44 (1) akan diubah untuk meningkatkan hukuman antara 10 hingga 15 tahun dan denda dari RM50,000 menjadi RM100,000.


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,661
Reaction score
1,182
Points
201
Bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian, Seksyen 44 (1) akan diubah untuk meningkatkan hukuman antara 10 hingga 15 tahun dan denda dari RM50,000 menjadi RM100,000.
@cek mek molek penjara gan denda tu kedua2 skali atau salah satu ?

nilai nyawa harga takat tu jer... haha mari la kita lihat berkesan ke tak jumlah penajra gan denda ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,590
Reaction score
11,041
Points
1,906
@cek mek molek penjara gan denda tu kedua2 skali atau salah satu ?

nilai nyawa harga takat tu jer... haha mari la kita lihat berkesan ke tak jumlah penajra gan denda ni
tn GamezStar, hukuman jika sabit kesalahan adalah penjara dan denda, dua dua sekali.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,590
Reaction score
11,041
Points
1,906
Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk dan terlibat dadah #malaysiagazette #pemandumabuk #dadah #JPJ

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 kuatkuasa 23 Oktober ini

21 October 2020

MGF080920_PENGANUGERAHAN-PENGGREDAN-INSTITUT-MEMANDU-10-681x454.jpg

Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk dan terlibat dadah akan berkuatkuasa 23 Oktober ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, semalam, kementeriannya telah menerima instrumen Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 daripada Jabatan Peguam Negara.


“Hari ini, giliran saya pula menandatanganinya sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ka Siong menegaskan, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya khususnya melibatkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 akan mula dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020.

“Diharapkan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap pematuhan undang-undang, menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan memastikan jalan raya di negara ini kekal selamat.

“Sejak saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Pengangkutan, isu keselamatan jalan raya merupakan antara perkara yang paling diutamakan dari segi penggubalan polisi dan penguatkuasaan oleh MOT, termasuklah mengenai pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini,” ujarnya.

Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya segera memuktamadkan draf pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 4 Mei ini.
“Dalam masa sama, saya turut mengadakan perbincangan bersama pihak lain yang berkepentingan termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta ketua-ketua masyarakat,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

 
Sponsored Post
Top
Log in Register