BTC USD 57,019.2 Gold USD 1,786.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akta Parti Politik untuk bendung rasuah perlu wujud

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SATU Akta Parti Politik perlu diwujudkan, antara lain untuk melaksanakan kawalan terhadap pembiayaan yang diterima parti politik dalam usaha mengekang kegiatan rasuah politik di negara ini.

Ketua Makmal Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi Memerangi Rasuah, Datuk Hisham Nordin, berkata cadangan itu masih di peringkat kajian dan perlu penelitian serius kerana ketika ini semua parti politik tertakluk di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Dalam kajian itu juga, kita akan melihat peranan Suruhanjaya Pilihan Raya, ROS dan agensi lain dalam memantau pembiayaan dan perbelanjaan parti politik ini," katanya yang juga Pegawai Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz

Beliau berkata, kajian itu juga meneliti sama ada perlunya kerajaan menyediakan dana tambahan kepada parti politik bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber pembiayaan swasta.

Dalam cadangan memerangi rasuah politik, beliau berkata, perlunya ada pemisahan kuasa yang jelas antara menteri dan Ketua Setiausaha kementerian.

“Secara dasarnya, menteri hanya terbabit dengan hal polisi tetapi wujud persoalan sama ada surat sokongan dari orang kanan menteri seperti setiausaha politik untuk mendapatkan tender boleh dilakukan. Ini adalah antara perkara yang kita ingin lihat dan atasi,” katanya.

Beliau berkata, definisi surat sokongan tidak harus dilihat sebagai kelulusan tanpa menggunakan proses yang sebenar untuk mendapatkan pelbagai tender, lesen dan sebagainya.

Katanya, antara inisiatif lain yang dicadangkan untuk mengatasi masalah rasuah politik ialah mendedahkan pengagihan peruntukkan kerajaan untuk wakil rakyat serta pelantikan pegawai khas politik perlu dibuat secara rasmi.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menyelesaikan perbicaraan kes rasuah di mahkamah dalam tempoh setahun.
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
apa pula peranan SPRM kat sini? jadi tunggul kayu ka?
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,879
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,879
Reaction score
2,452
Points
201
pusing la tang mana .... duk mcm tu gak la ... 1 je cara kasi kubur bn umno
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register