BTC USD 61,098.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Aksi penunggang basikal seperti ‘menempah maut’

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,726
Reaction score
425
Points
91
Aksi penunggang basikal seperti ‘menempah maut’

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang basikal mengekori dengan rapat di belakang sebuah lori bagaikan menempah maut.

Tindakan penunggang basikal tersebut mengundang kemarahan orang ramai kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa malah menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Menerusi sebuah video berdurasi dua minit 34 saat, penunggang basikal berkenaan dengan jelas mengekori dengan rapat sebuah lori tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri.

Video berkenaan mendapat lebih 5,000 reaksi dan dihujani lebih 2,000 komen di media sosial Facebook.

Salah seorang pengguna @watie Saran berkata, tindakan lelaki berkenaan bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah boleh melibatkan individu lain.

“Nak membahayakan diri tapi pada masa sama cuba nak membahayakan nyawa orang lain. Nak berbasikal tu boleh bang, tapi cari la tempat yang sesuai untuk berbasikal.

“Bukannya tunjuk taiko atas jalan raya. Follow bukan main rapat. Sekali kena sodok bawa lori, otak berkeliaran dah satu kerja nak kena kutip pulak,” jelasnya.

Sementara itu, @adib Zakaria berkata, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, jangan salahkan pemandu lori sebaliknya salahkan diri sendiri.

“Selamba je penunggang basikal. Kalau ada kemalangan lori terbrek secara mengejut, jangan salahkan pemandu lori. Salahkan diri sendiri,” ujarnya. – K! ONLINE.

Video: Media sosial
 
Sponsored Post

yussv

Active Member
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Oct 18, 2008
Messages
2,459
Reaction score
424
Points
51
Ni mmg saja je cari pasal.. simpan la skit..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,835
Reaction score
21,822
Points
1,671
Mmg laju tu die kayuh. Kuat stamina ni
 

akukuli

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,849
Reaction score
288
Points
56
Cucuk angin tu
Xde resisten
Boleh la kayuh laju
Brek kne cekap gak la..
 

g-man

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
5,603
Reaction score
901
Points
121
Geng basikal ni kalau yg bagus tu mmg bagus...satu baris saje bawa basikal....

Ade juga jenis yg nk conquer jalan raya, berlapis² bwk basikal...bahaya...udah le tak bayar cukai jalan..tu pun jangan..nk buat mcm jalan raya tu dia punya....kesian pada individu yg memang gunakan basikal sebagai pengangkutan harian..

Geng2 basikal mahal ni ade yg otak kt lutut...habis terpalit semua geng2 basikal lain disebabkan golongan minoriti ni.
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,161
Reaction score
994
Points
121
Cucuk angin tu
Xde resisten
Boleh la kayuh laju
Brek kne cekap gak la..
Ni mesti nak buat rekod kat strava.

Sape guna strava taulah setiap jalanraya ada KOM (king of mountain - gelaran dalam dunia basikal untuk pemegang rekod). Nak tau mamat ni sapa, gi tengok sape KOM untuk jalan ni dan kelajuan dia. Tapi tipu lah, main cucuk angin.

Edit: ada perangai serupa tapi di negara jiran. Geng basikal omputeh.

 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register