Akses 500 Filem & Dokumentari Percuma Di YouTube Kini Di Halang

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Semalam dilaporkan YouTube menawarkan penstriman percuma 500 filem dan dokumentari menerusi saluran YouTube Movie. Kini kami ingin laporkan sekitar sejam yang lalu akses kepada kesemua kandungan ini telah dihalang untuk pengguna di Malaysia.

Jika filem-filem di dalam senarai main yang kami kongsi semalam cuba distrim, notifikasi “This uploader has not make this video available in your country” akan terpapar di skrin. Ini membuktikan akses yang diberikan semalam adalah pepijat pada tetapan yang tidak disengajakan. Dalam laporan kami mengatakan akses kepada penstriman percuma ini diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja sejak 2018.

Kepada yang sempat menstrim filen seperti Ghost In The Shell, The Terminator, Super Size Me dan Dances With Wolves diucapkan tahniah. Kepada yang tidak sempat, boleh katakan ialah ia kini hanya boleh diakses menerusi perkhidmatan VPN.

 
Top
Log in Register