BTC USD 49,340.2 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ako Mustapha rayu tidak dihukum penjara

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SHAH ALAM - Pelakon Ako Mustapha merayu tidak dihukum penjara atas kesalahan berkhalwat dengan wanita bukan Islam, dua tahun lalu kerana bimbang hilang sumber pendapatan.

Perkara itu dinyatakan dalam hujahan bertulis rayuan Ako atau nama sebenarnya Muhaizat Ahmad Mustapha, 38, yang difailkan 2 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini. Selain itu, Ako juga merayu tidak dikenakan hukuman itu kerana mempunyai tanggungjawab terhadap isterinya, Kartina Shuaib Abdullah, 27, yang sarat mengandung.

Ako turut menghujahkan bahawa dia sebagai manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesalahan.

Ako memfailkan rayuan itu kerana mendakwa Ha�kim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad terkhilaf semasa menjatuhkan huku�man penjara tiga bulan dan denda RM3,000 terhadapnya pada 21 April lalu.

Wan Mahyuddin yang bersidang di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah Ako atas tuduhan berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, pada jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Blok B-2-9, Okleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Ampang, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, Ako disabitkan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sebutan semalam, Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad menetapkan 27 Januari depan untuk Pendakwa Syarie selaku responden memfailkan jawapan terhadap hujahan itu.
 
Sponsored Post

anak_jatiperak

Super Active Member
Messages
5,360
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam...jangan ada pilih kasih da...Hukum jer..baru nak insaf..beri pengajaran
 

tokmat™

CG Top Poster Club
Messages
33,932
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
itu kisah dia.....
suatu masa nanti, kita tak tahu...
mungkin kita juga teralpa untuk melakukan apa yg beliau telah lakukan....
mudahan kita terhindar daripada perkara2 sebegini.....
 

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
kacau ni, khalwat kena jel
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Messages
5,360
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam...hukum jer da..jangan pilih kasih...masa beromen dia x ingat da.....masa nak kena hukum baru ingat anak bini da...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register