BTC USD 24,593.4 Gold USD 1,785.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akmal Dinafikan Walaupun Mendapat Undi Tertinggi

Kehidupan

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
218
Points
123
TANJONG MALIM - Mesyuarat ahli MPP UPSI semalam yang bersidang bagi menentukan kabinet MPP telah berakhir dengan beberapa keputusan yang mengejutkan.

Meskipun menang dengan undi terbesar dalam kerusi Umum, Akmal Madzir yang dijangka menyandang kerusi nombor satu MPP dilaporkan hanya memegang jawatan sebagai Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Berikut merupakan struktur organisasi kabinet yang diputuskan malam ini.

Yang DiPertua
Mohamad Hairie bin Abdullah (FB - Menang tanpa bertanding)

Timbalan Yang DiPertua
Nor ‘Ain Bt. A. Razak (Umum-4011 undi)

Naib Yang Dipertua
Syaiffuldin bin Mohamad (FPE-315 undi)

Setiausaha Agung
Mohd Razik bin Khalid (FTMK-164 undi)

Pen. Setiausaha Agung
Muzaitul Akmar bin Mohammad (FTMK-159 undi)

Bendahari
Muhammad Asree bin Abd Aziz (FSSK-1276 undi)

Pen. Bendahari
Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (umum-3729 undi)

Exco Ekonomi & Keusahawanan
Mohd Fitri bin Amil(FSKPM-544 undi)
Nurul Illyana bt Mohamad((FPE-244 undi)

Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa
Lee Sun Ju (Etnik cina-menang tanpa bertanding),
Punethan (Etnik india-menang tanpa bertanding)

Exco Sukan & Rekreasi
Mohd Nor Faiz bin Mat Ali (FSS-menang tanpa bertanding)
Siti Nor Hazliza binti Rosli (FSS-menang tanpa bertanding)

Exco Penerbitan & Informasi
Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi (FSM-menang tanpa bertanding)
Siti Khairiah binti Jajuli (FB-menang tanpa bertanding)

Exco Perpaduan & Integrasi
Armadi bin Derus(etnik Sabah-103 undi)
Bornifes(etnik Sarawak-49 undi)

Exco Kesenian & Kebudayaan
Norhisham bin Che Hamid (FSM-menang tanpa bertanding)
Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman (FST-1389 undi)

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor(FSKPM-483 undi)
Adriyani binti Yamin(FSSK- 906 undi)

Exco Akademik & Kerjaya
Arif bin Mohamad (umum-3757 undi)
Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof (umum-3532 undi)

Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Akmal bin Madzir (umum-4124 undi)
Norhafizawati binti Mahmad Rozali (FST-1055 undi)

Keputusan untuk melengkapkan kabinet dihujani pelbagai hujah bagi mencari formula terbaik meletakkan calon dalam beberapa kerusi penting. Kaedah secara undian digunakan untuk beberapa kerusi Majlis Tertinggi iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua apabila terdapat pertandingan antara Pro Kualiti dan Pro Kebajikan.

Akmal dikatakan menawarkan diri merebut ketiga-tiga jawatan tersebut namun tidak ada satu pun yang dimenanginya. Kaedah undian ini dibuat berdasarkan Perkara 52 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyatakan ‘keputusan-keputusan MPP hendaklah dibuat mengikut undi majoriti yang tidak kurang daripada dua per tiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi’.

Bagi jawatan-jawatan lain, penetapan dibuat secara persetujuan sebulat suara. Kabinet yang dibentuk ini dijangka bakal menjadi perdebatan hangat seluruh masyarakat kampus. Walau bagaimanapun. kabinet yang dibentuk ini belum mendapat pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.

Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional , saudara Norazali Zainuddin ketika ditanya menyatakan kekesalan di atas keadaan demokrasi di UPSI yang sangat lemah.

“Sepatutnya jawatan dipilih berdasarkan kelayakan dan suara mahasiswa.Bukannya kerana ideologi sempit kepartiaan.Saya bimbang kabinet MPP UPSI yang dibentuk tidak mampu berperanan dengan berkesan kerana kedua-dua pihak saling tidak merasa selesa untuk berkerjasama.Saudara Hairie yang hanya menang tanpa bertanding di kerusi fakulti sepatutnya malu untuk menerima jawatan Yang DiPertua”.
 
Sponsored Post

WnB

Super Active Member
gem
Messages
9,439
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,439
Reaction score
502
Points
121
Pro mahasiswa nasional nie belah mana? gomen ker pembangkang???
 

z3t_ex

Active+ Member
Messages
3,601
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
UPSI pn dh jadi mcm nie gak ker?
makin truk nie..dh la semua dlm tu bakal pengajar
 

WnB

Super Active Member
gem
Messages
9,439
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,439
Reaction score
502
Points
121
semua u sekarang nie rasa dah kena kacau dengan group2 gomen... huhuhuhuhuhuhu
 

ADI78

Super Active Member
Messages
6,298
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
ni kompom kojo org yg sukung gomen....tahla apo la nak jadik ngan malaysia skang ni...
 

clorox_bersih

Legendary Member
gem
Messages
18,906
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
keke... aku ingat ahli politik malaysia je teruk rupa2nya mahasiswa pun sama.

adei... aku ingat lg citer khalifah yg 4 tu ckp kalo ada org lain lebih layak jd pemimpim, mereka tak mau jd khalifah sbb tanggungjawap yg berat.

tp skrg ni kita tgk kat mana2 pun semua dok gile pangkat dan jawatan dr ahli politik kita sampai mahasiswa.

aku respek kat Harun Din. Dia tak gila pangkat pun. dia sanggup tarik diri kalo ada pertandingan utk jawatan tu walaupun dia kompom menang kalo bertanding.

bile ada pangkat,ada kuasa,bila ada kuasa,ada pengaruh,
so bile dah ada pengaruh,senang la nk link sana sini...
kuasa dan pengaruh lebih kuat kesan die dari RM..sbb tu sume
nak pangkat..sebab dari kuasa n pengaruh,leh la dapat benefit
dengan cara yg tak sepatutnye,diorang da tak pk da tanggungjawab tu:(scam:(scam:(scam
 

tjbumi

Active+ Member
Messages
2,588
Joined
Nov 24, 2007
Messages
2,588
Reaction score
8
Points
25
bile ada pangkat,ada kuasa,bila ada kuasa,ada pengaruh,
so bile dah ada pengaruh,senang la nk link sana sini...
kuasa dan pengaruh lebih kuat kesan die dari RM..sbb tu sume
nak pangkat..sebab dari kuasa n pengaruh,leh la dapat benefit
dengan cara yg tak sepatutnye,diorang da tak pk da tanggungjawab tu:(scam:(scam:(scam

Aku sokong.... ada kuasa... macam2 boleh dapat... duit... harta... pompoan pun boleh... :eek:

Tu yg semua kejar kuasa sekarang nie... hampeh....
 

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
gem
Messages
14,648
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
79
Points
120
Aku sokong.... ada kuasa... macam2 boleh dapat... duit... harta... pompoan pun boleh... :eek:

Tu yg semua kejar kuasa sekarang nie... hampeh....

betula apo ko cakap tu....
 

anida80

Active+ Member
Messages
2,936
Joined
May 1, 2008
Messages
2,936
Reaction score
9
Points
25
beratla...semua dah kucar kacir skrg nie..bukak paper je...tiap2 ari pasal pemilihan umno...jemu sungguh aku
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
218
Points
123
beratla...semua dah kucar kacir skrg nie..bukak paper je...tiap2 ari pasal pemilihan umno...jemu sungguh aku

adeh, pegi bukak utusan & BH mmg ler gitu....:">:">
 
Sponsored Post

Top
Log in Register