AKIM mahu bertanding di Kuala Terengganu

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), iaitu parti serpihan PAS berhasrat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

"Kita akan bertanding dan kita yakin akan memperolehi sokongan, terutama dari golongan Melayu kerana parti kita memperjuangkan orang Melayu," kata presidennya, Hanafi Mamat kepada Bernama hari ini.

Katanya, Akim masih bersemangat untuk bertanding walaupun tewas dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu.

"Kami mempunyai sokongan yang kuat di Terengganu, terutamanya dari golongan tahfiz dan tabligh yang menyokong perjuangan parti kami," kata Hanafi.

Razali, 59, Timbalan Menteri Pelajaran meninggal ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Allahyarham mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihanraya umum Mac lepas, yang dimenanginya pada 2004.

Dalam pilihanraya Mac itu, beliau menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi dan calon bebas Maimun Yusof yang memperolehi 685 undi.

Hanafi berkata, Akim kini mempunyai lebih 200 ahli di Terengganu dan jumlah itu dijangka bertambah dengan sokongan golongan tabligh dan tahfiz.

Akim, tambahnya, akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk membincangkan secara terperinci mengenai calon dan jentera pilihanraya di Parlimen Kuala Terengganu.

"Secara dasarnya, calon yang akan bertanding mungkin adalah orang tempatan," katanya.

Akim yang ditubuhkan pada 1995 mendakwa mempunyai kira-kira 10,000 ahli di seluruh negara.

Ia pernah bertanding dan tewas pada pilihanraya umum 1999 bagi kerusi kawasan Parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Nenek maimun macam mana? Lagi mau bertanding ker?

:eek:
 
Sponsored Post

eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
huhuh
nnt msti hangat la ..
 

eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
huhuh
nnt msti hangat la ..
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
nk kaco daun ja nih. kt permatang pauh pn kena boo saja.nk mintak tolong ayah Pin kot.
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
aduh,nak wat lawak lagi ke?:eek:
 

m.k.a

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2008
Messages
518
Reaction score
0
Points
10
kalau dah ada orang taja apa salahnya..boleh glamer kejap:)
 

akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
we want nenek maimun!!!!
we want nenek maimun!!!!
we want nenek maimun!!!!
:eek::eek::eek:

 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
adeh, maknanya bukan dua penjuru la nih......

hurm....
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
we want nenek maimun!!!!
we want nenek maimun!!!!
we want nenek maimun!!!!
:eek::eek::eek:

dah buang tebiat ke hapa bang akay nih.......

kang nek Maimun tuh ada kt sebelah abg akay baru tau.....:)):)):)):)):)):">
 

kenanga

Fun Poster
Joined
Feb 21, 2008
Messages
798
Reaction score
1
Points
15
Nenek maimun macam mana? Lagi mau bertanding ker?:eek:
Nenek Maimun mahu bertanding lagi jika ada tajaan drp juak-juak Umno seperti PRU-12 yang lalu. Kalah pun tak pe, janji masyuk fulus dlm poket....:">
 
Sponsored Post
Top
Log in Register