Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
20.03.2020 - New Delhi, Empat lelaki dihukum gantung sampai mati selepas disabit bersalah merogol dan membunuh penuntut wanita di dalam bas, di sini pada 2012.
Semua lelaki itu menjalani hukuman berkenaan di Penjara Tihar dengan ratusan polis berkawal di luar penjara selepas orang ramai berkumpul untuk meraikan hukuman ke atas mereka.
Ada antara mereka membawa plakad bertulis ‘Keadilan untuk wanita’ dan ‘Gantung penjenayah’.
Jenayah itu yang berlaku pada malam 16 Disember 2012 mencetuskan protes besar-besaran dan membangkitkan kemarahan dunia kerana kematian tragik mangsa yang dikenali Nirbhaya oleh media India.
Ibu Nirbhaya yang ditemui wartawan di luar penjara menyifatkan keadilan terbukti hari ini selepas tujuh tahun.
“Saya tabik Badan Kehakiman India dan berterima kasih kepada Tuhan kerana mendengar doa kami. Roh anak saya kini dapat berehat dengan tenang,” katanya.
Polis menahan enam lelaki berikutan serangan ganas itu, namun seorang daripadanya dikenali Ram Singh ditemui mati selepas membunuh diri di penjara pada Mac 2013.
Manakala, seorang lagi yang berusia 17 tahun ketika itu dilepaskan pada 2015 selepas menjalani hukuman tiga tahun pemulihan di bawah juvana.
Mereka yang dihukum gantung hari ini membabitkan jurulatih gimnasium, Vinay Sharma; pencuci bas Akshay Thakur; penjual buah, Pawan Gupta dan penganggur Mukesh Singh.
Pada 2017, Mahkamah Agung mengekal hukuman mati ke atas empat tertuduh dengan hakim berhujah bahawa jenayah itu memenuhi standard ‘paling jarang berlaku’ yang diperlukan untuk membenarkan hukuman mati di India.
Presiden India Ram Nath Kovind pula menolak rayuan pengampunan semua mereka selepas Mahkamah Agung menolak rayuan untuk semakan semula hukuman mati itu.
Nirbhaya berusia 23 tahun ketika kejadian yang juga penuntut fisioterapi diserang di dalam bas, dirogol dan dibiarkan di tepi jalan.
Dia yang turut diseksa dengan besi bertarung nyawa untuk hidup dan menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu dirawat di sebuah hospital di Singapura.
Berita asal https://www.hmetro.com.my/global/2020/03/556496/akhirnya-keadilan-buat-nirbhaya