Akhil Rasai Nikmat Perkahwinan Bersama Waheeda?

CG Sponsors




theBLOGGERboy

Super Active Member
Joined
Aug 21, 2009
Messages
7,437
Reaction score
30
Points
70
kredit to: http://ohmg.net

KAJANG, 30 OGOS 2010: Tanggal 16 Ogos yang lalu genaplah setahun usia perkahwinan pasangan Akhil Hayy dengan penyanyi irama nasyid, Waheeda yang sebelum ini telah menimbulkan kontroversi serta mendapat tomahan daripada banyak pihak khususnya di awal perhubungan mereka.

Namun segala tomahan yang melanda hubungan mereka itu telah pun dapat ditangani dengan baik. Malah, mereka turut menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka itu di satu majlis berbuka puasa yang diadakan secara sederhana di premis Akhil Hayy iaitu Akhil Network di Sentosa Avenue, Kajang pada malam Khamis lalu.
Sewaktu ditemubual murai.com.my, Akhil berkata, dia berasakan dirinya seperti baru sahaja diijabkabulkan dengan Waheeda apabila dia kini masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan perkahwinannya yang kali kedua itu.

"Saya hampir tak sedar yang perkahwinan kami ini sudah pun mencecah usia setahun. Namun, tempoh setahun ini adalah tempoh kami masih dalam peringkat awal perkahwinan dan sebenarnya masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam hubungan ini. Namun apa yang boleh saya katakan, saya sudah mula rasa nikmatnya perkahwinan itu," katanya sambil diperhatikan oleh Waheeda yang duduk bersebelahan dengannya ketika itu.

Sungguh pun begitu, Akhil memberitahu, dia mengagumi isterinya yang nampak tidak kekok dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu kepada kedua-dua anaknya hasil perkahwinan pertamanya.

"Saya kagum dengan Waheeda kerana selepas berkahwin dengan saya, dia sanggup ambil keputusan yang agak mendadak dengan meninggalkan dunia glamornya demi saya dan keluarga.

"Waheeda seorang isteri dan wanita yang cukup bertanggungjawab, amanah serta penyayang terutama terhadap anak-anak saya. Mereka sentiasa mendapat perhatian daripadanya. Alhamdulilah, dia juga berjaya menjadi pembimbing yang baik kepada anak-anak saya," jelasnya dengan harapan supaya Waheeda akan menjadi isteri yang lebih baik daripada semalam.

Sementara itu, Waheeda yang mengakui begitu menyayangi kedua-dua anak Akhil Hayy itu serta sudah mula menganggap mereka seperti anaknya sendiri memberitahu, dia sudah pun memikul tanggungjawab itu untuk menjadi ibu kepada anak-anak tersebut.
"Saya anggap anak-anak ini amanah Allah kepada saya. Terus-terang saya katakan saya akan rasa berdosa jika mengabaikan mereka. Insya Allah, saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk mereka selagi saya mampu.

"Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa ini, saya mengambil peluang untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka dalam pelajaran. Saya sendiri yang menjadi guru tuisyen kepada mereka di rumah kerana saya sangat menitik beratkan pelajaran ," kata Waheeda yang sehingga kini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Selain meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, Akhil dan Waheeda juga turut sama meraikan ulang tahun anak lelaki Akhil, Muhammad Shariff Hidayatullah yang ke- 12 tahun .Serentak dengan itu juga Akhil telah melancarkan syarikat barunya itu yang bernama Akhil Network.

"Akhil Network merupakan satu tapak untuk menjana pendapatan tambahan bukan sahaja untuk diri saya malah untuk semua umat Islam. Kami memberi peluang kepada peniaga untuk berniaga dan dalam pada masa yang sama turut berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci mekah.

"Selain itu, Insya Allah saya mempuanyai plan untuk menerbitkan sebuah filem yang berasaskan agama yang hanya menyampaikan mesej-mesej berunsur dakwah khusus pada umat Islam. Itu pun setelah perniagaan kami yang pertama ini kukuh dan berjaya menadapat hasilnya,"kata Akhil.

Sebagai permulaan, Akhil telah pun melancarkan beberapa produk iaitu pewangi Akhil Perfume, pelekat kaki untuk kesihatan, Akhil Foot Patch dan penapis air Akhil Hot & Cold. Perniagaan jenis unilevel itu merupakan satu program berniaga sambil beribadah khusus untuk semua umat Islam. Semua maklumat mengenai perniagaan itu boleh didapati di www.akhil2u.com

kredit to: http://ohmg.ner dan murai

p/s: apa yang nikmat ek? hehehe
 
Sponsored Post

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,882
Reaction score
8,266
Points
716
insyaAllah...nikmat :">
 

theBLOGGERboy

Super Active Member
Joined
Aug 21, 2009
Messages
7,437
Reaction score
30
Points
70
hahaha....tetiba terpandang kek yang waheeda tangah suapkn tu..meleleh air liur time pose....wakaka
 

watakutama

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2007
Messages
5,896
Reaction score
19
Points
65
nikmat la...ari tu akhil dapat janda..dah longgar sikit..yg ni dapat dara..mmg ketat dan padat ler..baru dia tahu nikmat mlm pertama..
 

shah9744

Active+ Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
4,710
Reaction score
1
Points
25
dapat enjin baru..mmg kepuasan tu ada la..

wlw apa pun moga2 berbahgia la dunia dan akhirat..

janda dia pun dah kawin skrg ni..:p
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
kalau dah jodoh ... tak yah saper pun bising :eek::eek:
 

ajeez0708

Active Member
Joined
Mar 24, 2009
Messages
1,278
Reaction score
4
Points
25
Dah agak musti ada yg mention nikmat nie.. :D tapi memang betul aperr:))

nikmat la...ari tu akhil dapat janda..dah longgar sikit..yg ni dapat dara..mmg ketat dan padat ler..baru dia tahu nikmat mlm pertama..
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
mau tak nekmat....barang baek segar dari ladang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register