BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akhbar mahu Obama dibunuh

abdullah abd wahab

Active+ Member
Messages
2,814
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2010
Messages
2,814
Reaction score
429
Points
46
sumber
myMetroLogo.png



WASHINGTON: Sebuah akhbar Yahudi Amerika Syarikat mencadangkan supaya ejen Mossad membunuh Presiden Barack Obama dengan alasan beliau ‘tidak mesra’ terhadap Israel.

Dalam artikel yang disiarkan pada edisi 13 Januari akhbar Atlanta Jewish Times, Andrew Adler, pemilik akhbar itu meminta pembaca membayangkan mereka Perdana Menteri Israel.


“Arahkan ejen Mossad yang berpangkalan di Amerika Syarikat supaya membunuh seorang presiden yang tidak mesra terhadap Israel bagi membolehkan naib presiden yang ada sekarang mengambil alih jawatannya dan secara paksa meminda dasar Amerika Syarikat, termasuk membantu negara Yahudi itu memusnahkan musuhnya,” kata Adler dalam rencana itu.

Dia juga berkata, Perdana Menteri Israel perlu mengarahkan serangan terhadap seorang presiden dalam usaha untuk mengekalkan kewujudan Israel.


“Anda fikirkan mengenainya. Jika saya boleh memikirkan senario seperti Tom Clancy ini, tidakkah anda dapat gambarkan bahawa idea yang sukar dan rumit ini sudah dibincangkan di kalangan pihak atasan di Israel?” katanya.


Awal Disember lalu, pesaing untuk menjadi calon Parti Repulikan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney menyalahkan Obama kerana tidak menunjukkan sokongan secukupnya terhadap Israel.

Presiden Amerika Syarikat itu bagaimanapun mendakwa pentadbirannya sudah menyumbang begitu banyak wang kepada rejim Israel dalam sejarah ketika ia menghadapi masalah ekonomi yang teruk.


“Saya begitu bangga kerana walaupun dalam masa yang sukar ini, kita berjuang dan mendapatkan begitu banyak pembiayaan untuk Israel dalam sejarah,” kata Obama ketika berucap pada Perhimpunan Agung ke-71 Kesatuan Untuk Pembaharuan Agama Yahudi di Maryland Disember lalu.

Dalam usaha untuk menenenangkan keadaan ekoran kontroversi yang tercetus akibat tulisannya, Adler berkata, dia tidak bermaksud ideanya itu dilihat secara serius dan dia hanya mahu mendapat ‘tindak balas’ daripada pembaca.


Akhbar itu dilapor mempunyai jumlah edaran beerapa ribu naskah seminggu. - Agensi
 
Back
Top
Log in Register