Akaun Twitter dedah remaja perempuan terjebak dalam seks

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,788
Reaction score
1,481
Points
151
Akaun Twitter dedah remaja perempuan terjebak dalam seks SM
a person using a cell phone: Dengan menaip ‘sadomasochism’ dalam ruang carian di Twitter, akan muncul pelbagai akaun penggemar SM dan kebanyakan nama akaun tersebut menggunakan gelaran seperti ‘amoi seksi’, ‘penggemar SM’ dan ‘bitch’.
© Provided by Free Malaysia TodayDengan menaip ‘sadomasochism’ dalam ruang carian di Twitter, akan muncul pelbagai akaun penggemar SM dan kebanyakan nama akaun tersebut menggunakan gelaran seperti ‘amoi seksi’, ‘penggemar SM’ dan ‘bitch’.
PETALING JAYA: Sebuah akhbar tempatan melaporkan, terdapat rakyat negara ini yang membuka akaun Twitter mengenai seks sado-machoisme (SM) dan ada remaja perempuan terjebak dengan aktiviti seks tersebut.

Wartawan akhbar berkenaan menggunakan akaun palsu untuk menyamar sebagai remaja perempuan dan menghubungi penggemar sadisme yang merekrut penggemar machoisme secara terbuka di Twitter.

Ia mendapati terdapat penggemar sadisme lelaki pernah menjalankan seks SM dengan remaja perempuan yang hanya berumur 13.

Sadisme ialah perlakuan seks melalui kekejaman atau penderaan ke atas seorang lain, manakala machoisme merujuk kepada orang yang mendapat nikmat seks melalui kesakitan dan penderaan.

Dengan menaip “sadomasochism” dalam ruang carian di Twitter, akan muncul pelbagai akaun penggemar SM dan kebanyakan nama akaun tersebut menggunakan gelaran seperti “amoi seksi”, “penggemar SM” dan “b****”.

Dalam ruangan “perkenalkan diri”, penggemar seks SM akan mengemukakan identiti dan aktiviti seks yang digemarinya.

Sebagai contoh, pengguna Twitter itu memperkenalkan diri sebagai ”pakcik berkualiti dan mengemari aktiviti seks SM tahap ringan.”

Selain daripada penggemar machoisme dalam kalangan perempuan bujang, golongan tersebut juga merekrut pasangan.

Seorang peguam mendedahkan bahawa beliau pernah menerima surat daripada seorang pelajar memaklumkan bahawa seorang remaja perempuan yang membesar bersamanya terjebak dalam aktiviti seks SM.

Remaja perempuan itu berumur 14 dan keluarganya tidak tahu akan perkara tersebut.

Pelajar itu berkata, remaja itu hilang kawalan diri dalam aktiviti seks SM dan menjadi hamba seks lelaki yang tidak dikenalinya.

Microsoft may earn an Affiliate Commission if you purchase something through recommended links in this article
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,973
Reaction score
10,687
Points
1,896
Trend ‘Dark Side’ media sosial, polis beri amaran keras

September 21, 2020 10:09 AM

Man-with-laptop-in-dark-freepik-210920-2.jpg

Pakar psikologi berkata individu terlibat gagal mengimbangi desakan naluri, seksual dengan daya fikir yang rasional mereka berteraskan nilai agama dan moral yang kukuh.

KUALA LUMPUR: Menggunakan platform media sosial untuk memaparkan pelbagai perkara, sama ada peribadi, rasmi, perniagaan atau promosi barang merupakan perkara normal masyarakat masa kini.
Ada yang baik dan ada yang buruk. Ada juga untuk mencari populariti mudah dan ada yang untuk meluahkan perasaan.

Mungkin agak mengejutkan juga apabila ada yang berani memaparkan sisi hitam mereka di laman sosial, dan bagi pengguna tegar sebuah platform media sosial popular, pastinya mengetahui maksud akaun ‘Dark Side’ atau DS iaitu pemilik akaun laman sosial yang memaparkan sisi gelap khususnya keinginan dan fantasi seksual.

Aplikasi media sosial yang mudah diakses juga memberi kelebihan kepada pengguna untuk membuka akaun DS masing-masing, malah jumlah akaun seumpama itu dilihat semakin bertambah dengan kebanyakan tulisan berbaur lucah, kata kesat dan mengajak melakukan hubungan intim, selain memuat naik serta menjual video dan gambar pornografi peribadi.


Baru-baru ini Bernama menemu bual seorang pengguna platform itu yang identitinya dirahsiakan, dan menurut beliau platform media sosial itu menjadi pilihan, kerana pengguna bebas memuat naik gambar dan video lucah peribadi malah lebih teruk ada antaranya memaparkan aksi seks luar tabii.

Pemilik akaun DS kebiasaannya menggunakan nama samaran dan memuat naik kandungan lucah peribadi untuk tatapan pengikut masing-masing, namun ada juga yang menjualnya untuk mengaut keuntungan.

“Ada akaun yang post gambar, video bogel sendiri…untuk suka-suka. Kebiasaannya dalam video dan gambar, si pelaku akan ‘menutup’ wajah mereka, namun ada juga yang secara jelas memaparkan wajah mereka,” katanya yang turut mengakui menjadi pengikut beberapa akaun DS.

Pemuda berusia 26 tahun itu berkata, pemilik dan pengikut akaun juga tanpa segan silu bersembang mengenai topik lucah, fantasi seksual dan saling bertukar kandungan pornogafi, malah ada yang mengajak untuk melakukan hubungan seks.


Terdapat pemilik akaun DS menjual koleksi video dan gambar lucah kepada pelanggan yang terpilih, dengan harga serendah RM50 dan ada yang mencecah ratusan ringgit.

Pemuda itu berkata, antara modus operandi pengguna media sosial itu ialah pemilik akaun memuat naik video pendek sebagai iklan untuk menarik pelanggan dan dimasukkan dalam 1 kumpulan menerusi aplikasi ‘chatting’ selepas membuat bayaran.

Mengulas perkara itu, seorang pakar psikologi kaunseling dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Mohamed Fadzil Che Din menjelaskan, trend DS ini dilihat berkait rapat dengan aspek kesihatan mental.

Menurutnya individu terlibat gagal mengimbangi desakan naluri, seksual dengan daya fikir yang rasional mereka berteraskan nilai agama dan moral yang kukuh.

“Si pelaku ini didesak oleh jiwa kacau ke arah menonjolkan maruah diri, bagi mencapai kepuasan sendiri sama ada dalam bentuk pengiktirafan, pujian, seksual atau perhatian.

“Mental yang lemah gagal untuk urus desakan libido atau naluri keseronokan yang kuat. Jika mental mereka kuat…ia akan dapat mengurus semua desakan naluri dengan baik dan berjaya. Jika tidak dirawat, akan menjadi barah dalam masyarakat, khususnya pengguna laman sosial,” katanya.

Mohamed Fadzil berkata akaun DS juga boleh dikategori sebagai alat untuk memperdayakan orang lain, khususnya gelongan wanita atau menjadikan wanita sebagai mangsa.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, trend DS mendapat perhatian polis dan kerjasama telah dilaksanakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, bagi mengenal pasti pemilik akaun yang didapati menjual atau mengedarkan gambar lucah atau erotik.

“Ini merupakan salah 1 modus operandi yang digunakan oleh pihak tertentu, untuk tujuan pengiklanan dan promosi. Medium ini merupakan cara yang mudah dan boleh diakses serta murah oleh golongan sasaran atau orang ramai.

“Kegiatan ini merupakan sesuatu yang amat serius, kerana secara terang-terangan mempromosi dan mengiklan perbuatan melanggari undang-undang berkuatkuasa di Malaysia,” katanya.

Mior Faridalathrash menegaskan pengiklanan, pemilikan dan pengedaran ke atas bahan lucah sifatnya merupakan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika pembeli berbuat demikian 1 pertuduhan jenayah boleh dikenakan terhadapnya.

Beliau berkata beberapa akaun yang didakwa menjual gambar dan video lucah telah dikenal pasti baru-baru ini dan tindakan telah diambil bersama SKMM.

“Apabila ada akaun di laman sosial yang jelas menjual gambar dan video lucah ini, kita akan minta SKMM untuk menyekat laman sosial itu,” katanya yang turut memberi amaran bahawa polis sentiasa memantau trend DS ini di laman sosial.

 

Lobey

Active+ Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,252
Reaction score
94
Points
40
ex office mate (perempuan) pernah promosi sek kat twitter. aku tau selepas dia resign. byk dia post gambar gambar dia kt twitter. skrg dia dh deactivate atau mungkin sudah tukar ID baru. tk dapat dikesan.
 

skorupt

Fun Poster
Joined
Sep 6, 2008
Messages
727
Reaction score
33
Points
20
ex office mate (perempuan) pernah promosi sek kat twitter. aku tau selepas dia resign. byk dia post gambar gambar dia kt twitter. skrg dia dh deactivate atau mungkin sudah tukar ID baru. tk dapat dikesan.
:eek: Nasib dipromote di twitter.. kalau di pejabat jenuh pening boss besar nk handle staff mcm ni..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,377
Reaction score
1,919
Points
201
bila agama dianggap taboo....dan pengamalan agama dianggap asing dikalangan pemikiran moden....dan seks itu dianggap NIKMAT tertinggi dalam hidup, maka manusia sudah sakit dari segi rohani dan mental.Nak buat mcm mana...golongan perempuan ibu ibu umur 45 keatas pun masih lagi memakai jenas ketat...baju ketat...jubah lain licin melekat tanpa mereka sedar mereka ada anak lelaki yg ada nafus....ada jiran yg ada nafsu...ada boss yg ada nafsu....BETAPA DUNGUNYA PEREMPUAN BEGINI YG NYATA..ada bini lekaki....kakak lelaki...emak kepada lelaki...yg LELAKI NYA ADA LAH SGT DAYUS TIDAK BOLEH BENTERAS BENDA BEGINI...
 

Lobey

Active+ Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,252
Reaction score
94
Points
40
:eek: Nasib dipromote di twitter.. kalau di pejabat jenuh pening boss besar nk handle staff mcm ni..
Allah telah selamatkan aku. dulu dia ada bagi hint kat aku tapi aku tk faham dan abaikan saja. sbb tk sangka dia punya perangai mcm tu. hehe..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register