BTC USD 27,689.6 Gold USD 1,977.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akaun Facebook 'I Want To Touch A Dog' ditutup

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
iwanttotouchadog.transformed.jpg

Akaun Facebook 'I Want To Touch A Dog' yang menyokong kempen memegang dan membelai anjing sudah ditutup berikutan catatan dan gambar yang dikongsikan mencetuskan kontroversi.

KUALA LUMPUR: Akaun Facebook 'I Want To Touch A Dog' yang menyokong kempen memegang dan membelai anjing sudah ditutup berikutan catatan dan gambar yang dikongsikan mencetuskan kontroversi.

Penutupan akaun berkenaan dipercayai dibuat pengendalinya hari ini selepas dihujani kritikan serta komen negatif daripada orang ramai, terutama masyarakat dan tokoh Islam yang tidak berpuas hati dengan penganjuran program seperti itu.

Akaun itu bagaimanapun masih boleh dibuka semalam dengan memaparkan pelbagai gambar penganjur dan pengunjung terutama menunjukkan wanita Islam memegang haiwan yang tergolong dalam najis mughallazah (najis berat) itu mula disebar luas menerusi aplikasi media sosial, termasuk Facebook, Twitter serta Instagram.

Sementara itu, akaun milik seorang individu dipercayai penganjur program terbabit dikenali Syed Azmi, didapati tidak lagi memuat naik sebarang komen atau gambar terkini berkaitan program itu sejak Ahad lalu.

Ahad lalu, satu kempen 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) diadakan di Central Park, One Utama, Petaling Jaya, yang majoritinya dihadiri orang Islam.

Penganjuran aktiviti itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak, bahkan hampir kesemua ahli agama bersependapat mengutuk tindakan penganjurannya kerana didakwa menghina Islam.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha juga memaklumkan akan memanggil penganjur program terbabit bagi mendapatkan penjelasan berkaitan program itu.

Beliau berkata, aktiviti berkenaan telah menimbulkan keresahan orang awam khasnya dalam kalangan umat Islam kerana perkara itu bercanggah dengan pegangan mazhab dan 'uruf' atau adat di Malaysia.


http://www.bharian.com.my/node/12942
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register