Others Akak GRO makin menjadi2,Ibu juga dia tak hormati..

CG Sponsors




haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
SAYA berusia 22 tahun dan mempunyai kakak berusia 27 tahun yang bekerja di kelab malam. Dulu kakak pernah bersekedudukan dengan lelaki A hingga melahirkan anak yang kini dijaga ibu yang sudah tua. Dia tidak peduli langsung anaknya.

Kakak bekerja di kelab malam untuk menyara anak dan ibu saya. Saya tertanya-tanya adakah duit itu halal?

Selepas itu, kakak berkahwin dengan lelaki B dan hanya bertahan setahun saja sebelum bercerai. Puncanya, dia mempunyai ramai lelaki di belakang suami. Akibat tidak mahu dituduh dayus, suaminya menceraikan kakak.

Sikapnya masih tidak berubah dan kami tidak mahu mengambil tahu hal kakak kerana bosan. Baru-baru ini, dia mengaku duduk sebilik dengan lelaki lain di rumah kami.


Bilik kami bersebelahan dan saya tidak mahu terbabit dengan kemungkaran lalu menegurnya. Dia marah dan saya sangat bengang. Saya memberitahu ibu sikap kakak, yang keterlaluan.


Kakak memaki hamun saya kerana menegurnya dan memberitahu tidak perlukan teguran kerana sudah dewasa. Ibu turut menjadi mangsa maki hamun kakak.

Kakak sering melenting dan tidak pernah menghormati ibu. Saya sangat benci kakak tetapi tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Bagaimana saya mahu membawa ibu keluar dari rumah itu, sedangkan ibu sangat rapat dengan cucunya. Saya buntu dan sering mengadu kepada tunang dan abang.

Tolonglah saya.

GADIS TERTEKAN
Kedah



SEBAGAI seorang ahli keluarga, tentu sekali adik risau dan mengambil berat kehidupan kakak. Sifat ambil berat ini amat terpuji. Semoga adik terus membantu kakak menjalani kehidupan diberkati. Jika adik mengalah, ini memberi ruang untuknya leka dan hanyut dalam dunia kepalsuan itu.

Atas faktor-faktor tertentu, kakak mungkin tidak peduli nasihat adik ketika ini tapi tidak bermakna, dia tidak akan mengikuti nasihat adik pada masa depan. Faktor keseronokan, ego, kealpaan diri dan kurang bimbingan agama mungkin menghalang kakak memahami keikhlasan adik. Hanya kakak yang dapat menjawab punca dia terus bergelumang dengan dosa dalam kehidupannya.

Yang penting, adik mesti terus berusaha menasihatinya sebagai seorang Muslim, adik dan ahli keluarga yang baik. Apabila adik melaksanakan tanggungjawab itu, terpulang kepada kakak untuk menilai baik buruknya.

Apabila kakak duduk sebilik dengan lelaki bukan muhram di rumah yang adik dan ibu tinggal, adik dapat menghalang perbuatan itu dengan memintanya menghentikan tingkah laku tidak bermoral itu. Jika tidak adik juga dikira bertanggungjawab dan bersubahat menggalakkan tingkah laku kakak.

Mengenai halal atau tidak duit hasil pekerjaan kakak, Islam memandang tinggi setiap pekerjaan yang diakui sah dari segi hukum. Konsep kerja sebagai ibadah, antaranya ialah pekerjaan hendaklah dihalalkan syarak.

Pekerjaan hendaklah bukan yang haram seperti menjual arak, membawa lori arak, jual dan pusat hiburan sebab bergelut dengan maksiat.

Matlamat sesuatu pekerjaan mengikut falsafah Islam tidak mengutamakan keseronokan, kesenangan dan keselesaan yang dapat memenuhi segala keinginan hawa nafsu tidak terbatas. Tapi ditekankan ialah sesuatu pekerjaan yang dapat membawa manusia memenuhi tuntutan Allah.

Mengenai sikap kakak yang memaki hamun ibu , jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Allah memerintahkan agar manusia menyembah-Nya disertakan dengan berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa sama seperti bersyukur kepada Allah disertakan dengan berterima kasih kepada ibu bapa.

Hadis diriwayatkan al-Bukhari daripada Abdullah ra, katanya: “Aku bertanya Nabi s.a.w apakah amal yang paling disukai Allah?” Nabi menjawab: “Solat dalam waktunya.” “Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?” Nabi menjawab: “Kemudian berlaku ihsan kepada ibu bapa.” “Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?” Nabi menjawab: “Berjihad fisabilillah.”

Mengenai persoalan bagaimana adik mahu membawa ibu keluar dari rumah itu, ia banyak bergantung kepada kemahuan dan kesediaan ibu adik sendiri. Adik perlu jelaskan kepada ibu keinginan adik.

Jelaskan juga akibat sekiranya ibu terus tinggal dengan kakak. Ibu mungkin mempunyai sebab-sebab tersendiri atas apa saja tindakan diambil.

Menjelaskan kepada ibu kesan tindakannya boleh membuka lebih ruang untuk ibu melihat tindakannya dari semua aspek. Ini termasuk aspek agama, emosi, hubungan keluarga, kasih sayang.

Rancangan adik membawa ibu keluar dari kemelut hidup kakak mungkin berjaya atau mungkin tidak.

Namun, menyedarkan ibu akan segala kesan tindakannya boleh membantu ibu mengambil keputusan terbaik yang memihak kepada dirinya.
 
Sponsored Post

moxmeng

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2010
Messages
2,976
Reaction score
8
Points
25
agak2 la kn
akak die 2 lawa x:">:">
 

Rieki

Fun Poster
Joined
Aug 30, 2010
Messages
439
Reaction score
8
Points
15
dunia akhir zaman.. mcm2 ada..
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
kan ade abang tu.kasi lempang skali
 

usahOne

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
7,192
Reaction score
11
Points
65
lagi mau jadikan msia ni hub hiburan bertAMBAHLAH MAKSIAT dan akhr sekali yg rosak anak melayu gak..alahaiiiiiiiiiii
 

inna

Active Member
Joined
Jan 31, 2009
Messages
2,255
Reaction score
3
Points
25
agak2 la kn
akak die 2 lawa x:">:">
kalau lawa pun tak bagus juga kalau perangai tak lawa..
org cakap, biar muka tak cantik asalkan perangai elok,baik..
akak dia tu dah jauh hanyut tu sbb tu ngan mak sndri pun dia tak hormat..
kita doakanla supaya kakak dia tu insaf suatu hari nanti tu..aminnnn
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
dah gro mesti la lawa bro
kalau tak takleh la carik mkn
 
Sponsored Post
Top
Log in Register