Info Ajaran Sesat Popular Yang Di Haramkan Kerajaan Malaysia

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Mengikut sejarah, terdapat beberapa ajaran sesat yang pernah diharamkan di Malaysia. Walaupun daripada segi luarannya kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini mendakwa berlandaskan agama Islam, apabila diteliti banyak pemahamannya yang bercanggah dengan ajaran Islam. Lebih menyedihkan golongan profesional juga tidak terlepas daripada terpengaruh daripada mnyertai kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini. Pengaruh kumpulan ini yang semakin meluas menyebabkan kerajaa terpaksa bertindak pantas mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan dan mengekang fahaman-fahaman sesat ini daripada terus mengelirukan orang Islam.


Baha'i

bahai.png


Baha'i ialah sebuah agama yang mengikuti ajaran diasaskan pengasas mereka, Mírzá Ḥusayn-`Alí Núri atau Bahá'u'lláh. Ia adalah sebuah agama yang menekankan soal kesatuan bagi seluruh manusia dengan menyatukan agama-agama yang ada antaranya adalah agama Buddha, Islam, Yahudi, Kristian, Zoroaster dan Hindu. Ajaran ini mempercayai yang Nabi Isa mati disalib, menolak wujudnya malaikat, syurga, negara dan segala bentuk mukjizat. Kepercayaan-kepercayaan ini jelas menyalahi kepercayaan Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oct 1985 telah membincangkan Ajaran Bahai. Muzakarah telah memutuskan bahawa Ajaran Bahai adalah bukan ajaran Islam. Umat Islam yang terlibat dengannya adalah murtad. Fatwa mengenai penyelewangan ajaran ini boleh dirujuk pada laman JAKIM dan Bahai Awareness.


Hassan Anak Rimau


1603011272220.png


Ajaran Hasan Anak Rimau ini dikatakan bermula di Kampong Bukit Gading, Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Pengasas ajaran ini dikenali dengan gelaran Hassan Anak Harimau dan merupakan seorang guru silat yang kemudiannya berhenti mengajar silat untuk mendalami ilmu agama. Pengasasnya merupakan seorang penjual limau sehingga orang ramai memanggilnya Hassan Anak Limau. Namun lama-kelamaan, dengan pertambahan pengikutnya maka dia mula dikenali dengan nama Hassan Anak Rimau. Antara salah seorang pengikutnya adalah "Ayah Pin" yang turut mengasaskan ajarannya sendiri.

Setelah kematiannya, pengikutnya masih mengamalkan ajarannya. Menjelang 1970-an, ajaran ini dikatan mula berkembang dari Kelantan ke Terengganu sebelum tersebar ke negeri-nengeri lain. Dalam kalangan pengikutnya, Hassan Anak Rimau dikenali sebagai seorang yang mempunyai kelebihan boleh mengetahui isi hati tetamu yang datang berjumpanya. Ajaran ini terkenal dengan amalan zikir secara kuat dan beruzlah yang telah difatwakan akan keharamannya. Status pengharam ajaran ini boleh dirujuk pada laman web Fatwa Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.


Ayah Pin

ayah-pin-sesat.png


Antara ajaran sesat paling baru diharamkan kerajaan Malaysia. Ariffin Mohammed (meninggal dunia pada 2016) yang terkenal dengan gelaran Ayah Pin dalam kalangan pengikutnya telah menubuhkan ajarannya sendiri yang dikenal sebagai Kerajaan Langit. Ajaran in berpusat di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu. Antara kesesatan dan kebatilan ajarannya ini adalah Ayah Pin mendakwa bahawa dirinya adalah wakil Tuhan bagi segala agama yang wujud di dunia ini. Pengikut-pengikutnya pula menggapnya sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit.

Pada Disember 1997, Jabatan Agama Islam Terengganu mengisytiharkan ajaran Ayah Pin palsu, sesat dan menyeleweng. Ayah Pin pernah dihukum penjara selama 11 bulan pada tahun 2001 tetapi selepas tamat hukuman penjara, Ayah Pin dan pengikutnya mula memperluaskan Kerajaan Langit.

ayah-pin-terengganu-teko-cerek-gergasi.jpg


Ayah Pin pernah melarikan diri ketika tempatnya diserbu oleh pihak polis. Dia dipercayai melarikan diri bersama-sama 4 orang isterinya ke Selatan Thailand. Ayah Pin diisytiharkan meninggal dunia pada tahun 2016 akibat sakit tua. Status pengharaman ajaran ini boleh dirujuk pada laman web Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Fatwa Jabatan Mufti Selangor, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Majlis Fatwa Kebangsaan.


Ajaran Matahari / Taslim / Ajaran Haji Ahmad

matahari-timbul.jpg


Ajaran Matahari ini juga dikenali sebagai agama Taslim. Ajaran ini diasaskan pada tahun 1970-an oleh Haji Muhammad Shafie atau lebih dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari. Pengasasnya mendapat gelaran Haji Matahari keran dikatakan mampu menentukan masa terbit dan terbenam matahari dengan tepat.

Pengikut ajaran ini menganggap diri mereka masih beragama Islam kerana mereka tidak pernah keluar dari ajaran agama Islam. Agama Matahari atau Taslim ini adalah satu mazhab agama yang berasal dari Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Haji Muhammad Matahari menggelar dirinya sebagai "khalifah" dan bila dia meninggal keturunannya diangkat menjadi "khalifah" yang seterusnya untuk penganut agama itu.

agama-ajaran-taslim-matahari.jpg


Antara kesesatan ajaran ini adalah solat 5 waktu tapi hanya bersandarkan niat semata-mata tanpa perlu melakukan rukun solat seperti rukuk, sujud dan sebagainya. Pengikut ajaran ini juga hanya akan solat Jumaat di masjid tertentu sahaja dan akan solat menghadap matahari terbit. Fatwa kesesatan ajaran Muhammad Matahari ini boleh dilihat pada laman web JAKIM dan Jabatan Mufti Pulau Pinang.


Millah Abraham

millah-abraham-gafatar-ahmad-musadeq-fajar-nusantara.jpg


Ajaran Milllah Abraham ini dipercayai berasal dari Bogor, Indonesia. Ajaran ini mempunyai persamaaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan sebagai menyeleweng.

Ajaran ini pernah menggemparkan Malaysia tidak lama dahulu terutamanya di Sarawak apabil terdapat pendedahan bahawa mereka mempunyai rancangan untuk menguasai Borneo melalui aktiviti keganasan. Ahli-ahlinya dikatakan dipersiapkan untuk berperang di Sabah, Sarawak dan Kalimantan (Indonesia).

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada tahun 2016 sebulat suara memutuskan bahawa ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Antara kesesatan nyata yang dibawa oleh mereka adalah mensyirikkan sesiapa sahaja yang meolak ajaran ini, mendakwa ada Rasul seleps Nabi Muhammad S.A.W dan menggabungkan 3 agama iaitu Islam, Kristan dan Yahudi.

Ajaran ini juga dianggap ekstrim kerana pengikutnya sanggup memutuskan hubungan dengan ahli keluarga yang tidak mengikut ajaran mereka dan memahami Al-Quran dengan tafsiran sendiri. Fatwa penyelewangan ajaran ini boleh dirujuk pada laman JAKIM.
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,278
Reaction score
1,672
Points
206
Syiah tak masuk skali ko?

Ahmadiah?
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Syiah tak masuk skali ko?
Ahmadiah?
Islam Shiah & Ahmadiyah sesat dari pandangan ajaran Islam Sunni (Nabi Muhammad).. tapi kerajaan tak banned kumpulan ini, mereka boleh amalkan dikalangan mereka, tapi tidak dibenarkan sebar ajaran di Malaysia .. Shiah dan Ahmadiyah masih ada di Malaysia bro ..

macam Catholic & Protestant .. dua2 tak ngam, tapi masih ada pengikut masing2 tanpa "Sebaran" rasmi

:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register