Ajaran sesat di Putrajaya terbongkar

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

SEORANG lelaki (tengah) dipercayai menjadi ketua kumpulan ajaran sesat yang berpusat di kuarters kerajaan di Presint 17, Putrajaya, ditahan bersama-sama 14 pengikut oleh penguat kuasa JAWI dalam satu serbuan awal pagi semalam.

PUTRAJAYA 10 Feb. - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berjaya membongkar kegiatan ajaran sesat yang berselindung di sebalik pusat rawatan Islam dalam serbuan di kuarters kerajaan Presint 17 di sini awal pagi ini.

Seorang lelaki dipercayai menjadi ketua kumpulan itu, isterinya dan 14 pengikut ditahan dalam serbuan itu.

Seorang pegawai JAWI ketika ditemui pemberita memberitahu, serbuan pada pukul 1.30 pagi itu berjaya menahan tujuh lelaki dewasa, lima wanita dan empat kanak-kanak berumur antara empat hingga 12 tahun.

Turut dirampas beberapa peralatan seperti pedang, bendera dan batang besi.

Menurut pegawai berkenaan, ajaran tersebut didapati terpesong daripada akidah Islam kerana dikatakan memberi 'kelebihan' kepada pengikutnya melihat nabi dan wali.

"Mereka mempercayai hijab mereka telah dibuka oleh Allah bagi membolehkan pengikut ajaran sesat ini melihat Nabi Adam dan Nabi Sulaiman.

"Pengikut ajaran itu juga mendakwa mereka boleh melihat susuk tubuh nabi-nabi ini," kata pegawai berkenaan selepas serbuan berakhir pada pukul 4.30 pagi.

Operasi diketuai oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAWI, Rohaizan Ismail melibatkan 20 anggotanya dan 15 pegawai polis.

Menurut pegawai berkenaan, ajaran tersebut menggunakan zikir untuk menyembuhkan 'pesakit-pesakit' yang datang mendapatkan rawatan daripada ketua kumpulan terbabit.

Tambahnya, ketua kumpulan ajaran sesat tersebut merupakan seorang bomoh dan mempunyai isteri yang bekerja sebagai kakitangan awam.

Ajaran tersebut juga mendakwa kitab yang dimiliki mereka mempunyai petunjuk yang lebih jelas berbanding al-Quran selain mempunyai para pengikut dari benua Asia, Afrika, Amerika dan Eropah.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Doktrin Palsu, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 dengan denda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun dan enam sebatan atau kedua-duanya sekali.

"Mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 6 Dakwaan Palsu yang sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujar pegawai tersebut.
 
Sponsored Post

soulsix

Super Active Member
Joined
Mar 31, 2009
Messages
5,867
Reaction score
8
Points
65
tak abis2 ajaran sesat. sampai kat putrajaya pun ada.ish ish ish
 

MaMaRiSsA

Active Member
Joined
May 23, 2009
Messages
1,953
Reaction score
4
Points
25
tangkap jek ketua2 ajaran sesat ni..buat onar jekk..
 

[email protected]

Active Member
Joined
Sep 11, 2007
Messages
2,079
Reaction score
21
Points
25
fakta2 dlm newspaper 1 pn xde yg btul...dlm buletin utama lg la..byk sgt tokok tambah..fakta yg xade pn di ada2kn..siap pndai2 bg nama guru abas...ape daaa...:(scam:(scam:(scam
 

WangEmas

Active+ Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
3,519
Reaction score
55
Points
30
fakta2 dlm newspaper 1 pn xde yg btul...dlm buletin utama lg la..byk sgt tokok tambah..fakta yg xade pn di ada2kn..siap pndai2 bg nama guru abas...ape daaa...:(scam:(scam:(scam
mungkin sedara boleh beri penjelasan selanjutnya.. :-?
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Byk sgt lah yg sesat jalan ni. Pada hal byk dah petunjuk jalan dah diberi tp nak ikut jln sesat juga krn mudah dan seronok serta lain dr yg lain. Sama juga mcm brg free
 

[email protected]

Active Member
Joined
Sep 11, 2007
Messages
2,079
Reaction score
21
Points
25
mungkin sedara boleh beri penjelasan selanjutnya.. :-?
hmm..

ajaran rejab ni mendakwa boleh panggil "kekasih Allah" msk ke dlm pengikut die..pastu die leh communicate la..

pastu die mendakwa sume jnis penyakit,trmasuk kemalangan ni disbbkn oleh jin,syaitan n iblis..

die juga mendakwa tlah ditabalkan menjadi khalifah pemimpin ummah pd 10 zulhijjah 1429H di dlm kaabah..tp die x pegi mekah tu,cuma roh die je yg pegi..

mase serbuan ade 1 dokumen kertas kerja yg tgh disiapkn utk diberi kpd jakim,PM dan Agong..paper tu antaranya menyatakn yg sejak september 2009 tugasan membahagikn rezeki kpd seluruh umat tlah diamanahkn kpdnye..dn die dibantu oleh 20trillion roh dr sluruh dunia...

huhuhu...

sket2 dulu..:D:D
 

[email protected]

Active Member
Joined
Sep 11, 2007
Messages
2,079
Reaction score
21
Points
25
yg paling klakar die ckp roh us asri rabbani skrg tgh jaga kubur presint 20..sbb byk ular bsr2 dlm kubur tu...:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register