BTC USD 97,648.4 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajar Sains & Matematik Dalam Bahasa Malaysia - Tun Abdul Rahman

Kehidupan

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
218
Points
123
KUCHING 12 Nov. – Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).

Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

“BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak, hari ini.

Abdul Rahman berkata, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, berkata sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.

Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki, Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan.-Utusan Malaysia
 
Sponsored Post

napa la sibuk2 dulu nk tuka dalam english..
bangsa lain pn banyak yg maju sebab bahasa sendiri...

tu la pasal..aku mmg dr dulu lagi xstuju penggunaan BI ni.. kerajaan pun 1, kata nak memartabatkan bahasa ibunda..tapi nak guna BI plak dlm pendidikan..ape kes? ni mesti ikut telunjuk bangsa lain ni..biasa la, bangsa cha ya nun alif ni saja nak suruh bangsa mereka lebih maju drp bangsa melayu...sebab mereka tau anak2 kita lemah BI..

kesian aku tgk budak2 kat luar bandar..terkapai2 nak belajar dlm BI ni..ye la, kat luar bandar mana ada tuisyen cam kat bandar semua..mak bapak pun bukan tau BI..cikgu pulak sibuk dgn MLM je..aku tgk result math n sains diorg ni teruk sgt2..

tgk je la dlm berita, ade x diorg bgtau skolah luar bandar yg cemerlang dlm UPSR baru2 ni? xde langsung..kerajaan kena tegas dlm isu ni, jgn dok ikut telunjuk 1 bangsa je..:mad:

jepun tu boleh je maju dgn bahasa diorg je..kata dasar pandang ke timur..
 
hmm agak menyusahkan, aku sendiri SPM pun skrang gune lagi bahasa melayu, agak menyusahkan bdak2 nii, buat ape nak belajar bahasa english, sebagai negara yg baru nak maju, memang patut kite belajar,
tapi bahasa kite perlulah kite kuasai, mcm bahasa jepun, ade diorang nak belajar bahasa english, gi mati la same english, mcm gitu la kalo kite melayu, sedangkan dlu melayu adalah bahasa antarabangsa dalam perdaganggan, maka takkan takle naekkan balek, ..???
memang sengal kerajaan skrang, tau nak duit je
diorang nii tukar bahasa ke english sbb mau kasi keje kt kungcu2nye..
 
hahaha

isu bahasa inggeris ni lama dah saya tak setuju. Tambahan pula anak saya banyak komplen pronounciation cikgu yang ngajar tak betul. Anak saya tak berani nak betulkan...yelah cikgu kan. Bukan tu saja, jawapan periksa pun boleh salah bagi jawapan, sebab cikgu2 ni kadang2 terpaksa ajar dlm BI, penguasaan mereka sebenarnya tak tinggi. Kalau budak2 yang kurang mahir cakap BI dia main ikut je. kesian kat depa diajar benda yang salah. Ni bukan cikgu yang salah, tapi pemimpin yang suruh ajar dalam BI.

lagipun, berbanggalah dengan bahasa melayu. Bahasa kita. Bagus menguasai bahasa lain, tapi jangan letak bahasa lain lebih tinggi dari bahasa kita.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register