BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajal Pulang Dari Sekolah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam berhampiran Jalan Tun Razak dan persimpangan jalan Kebun Teh Lama, Johor Bahru, hari ini.

Dalam kejadian 1.40 tengah hari itu, mangsa Muhammad Haikal Ahmad, 16, dikatakan baru pulang dari sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan itu membabitkan Modenas Kriss ditunggang mangsa dengan sebuah van.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal mangsa yang datang dari arah pusat bandar dipercayai hendak membelok ke Jalan Kebun Teh Lama, manakala, van pula dari arah Skudai dan hendak ke pusat bandar.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila dua kenderaan ini bertembung di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala dan pemandu van berusia 54 tahun tidak cedera.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat," katanya.

Shahurinain berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

1c3457c1bdb7def275d2258f00e252f2.jpg


26e44e5391e7f5be8fcb2be119dd2a39.jpg


eb3cc258959c552ca04871c82058f134.jpg


7f6264707854578fa9e27cd9f5ca2871.jpg
 
bertembung... biasanya kuat impaknya.

Innalillah.... takziah.

jadikan peringatan untuk lebih berhati-hati
 
Innalillah..hari ini? 1340?
 
Back
Top
Log in Register