Ajak balik undi, disiasat polis Singapura

CG Sponsors




shop onlines

Fun Poster
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10


Enam rakyat Malaysia sedang disiasat di Singapura selepas mengusahakan kempen mengajak rakyat negara ini pulang mengundi pada 5 Mei ini.

Mereka didekati polis petang semalam selepas memulakan kempen daripada pagi dan diminta hadir ke balai polis bagi membantu siasatan kerana tidak mempunyai permit.

Seorang peserta Liew Sze Ping berkata, mereka diberitahu disiasat bawah Akta Ketenteraman Awam.

Akta itu menetapkan supaya pihak yang berhasrat menyokong mana-mana kempen atau idea harus mendapatkan permit terlebih dahulu daripada polis.

Menceritakan insiden itu, Liew memberitahu, mereka memulakan kempen itu Bugis Street dan Tampines - dua kawasan yang sesak dengan orang ramai di republik itu.

Liew bagaimanapun berkata, mereka hanya berjalan dengan senyap sepanjang siar kaki dengan membawa poster dan plakad tanpa mengganggu orang ramai serta hanya bercakap apabila ditanyakan soalan.

Di sebalik semua rintangan itu, beliau tetap menegaskan bahawa usaha mereka baik dan murni kerana membantu mengajak rakyat Malaysia di negara jiran itu pulang mengundi.

Difahamkan tiket bas dan kapal terbang daripada Singapura ke pelbagai kawasan di Malaysia kini sedang laris terjual.

Situasi semasa menunjukkan ramai rakyat Malaysia berkhidmat di Singapura dan kumpulan ini boleh memberikan kesan yang signifikan dalam keputusan pilihan raya.

http://www.malaysiakini.com/news/226864
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,636
Reaction score
21,079
Points
1,671
malaysia undi xwajib mcm singapore..singapore hari undi xbole keluar negara
 

timur & barat

Super Active Member
Joined
Jan 8, 2010
Messages
9,416
Reaction score
908
Points
116
Cina da mula bawa blik kaum dia utk undi cina..bang sat btol..!!!
 

satriahitam

Active+ Member
Joined
Oct 15, 2008
Messages
4,503
Reaction score
59
Points
30
apa yg bang satnya...klo cina tu warganegara malaysia,apa salahnya dorang mengundi.
tu r.. aku pun nak tanya soalan yg sama.. dah hak mengundi, kena la mengundi... org melayu patutnya pakat2 buat mcm kaum lain g mengundi bukan dok wat x kisah... x caya cuba tanya bebudak muda yg ramai berpeleseran kat BB tu.. diaorg dah daftar ke blum... kesedaran masih kurang sbb bagi diaorg apa la sangat ngan PRU nie... lain dengan prinsip org cina... klau leh dia nak ngundi kaum dia jer agar mertabat dan ekonomi diaorg lebih cepat naik bila pimpinan diaorg di pilih mereka sendiri...:D
 

farhansopri

Active Member
Joined
May 18, 2011
Messages
1,176
Reaction score
36
Points
30
Cina da mula bawa blik kaum dia utk undi cina..bang sat btol..!!!
aik bang awatnya salah ka?ok la cina malaysia balik mengundi dari bangsa nepal pakistan vietnam myanmar dll.. depa ni mai sni lg pelbagai pakej.. siap bw penyakit lg..
 

Dreamboxjb

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2011
Messages
11,712
Reaction score
51
Points
135
Cina da mula bawa blik kaum dia utk undi cina..bang sat btol..!!!
xbaik sudara kata mcmni...
mreka yg dpanggil itu suma warganegara..
bukan panggil pati bg ic suroh undi...

btol x rakan2 yglain? btolkan i jika i salah pendapat ini
 

wawan92

Fun Poster
Joined
Feb 2, 2013
Messages
248
Reaction score
0
Points
10
xbaik sudara kata mcmni...
mreka yg dpanggil itu suma warganegara..
bukan panggil pati bg ic suroh undi...

btol x rakan2 yglain? btolkan i jika i salah pendapat ini
btol tu dari orang lain yang mengundi baik kita yang undi sendiri..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register