(News) AirDrop Google “Fast Share” Di Jenamakan Semula, “Nearby Sharing”

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,880
Reaction score
2,330
Points
236
Ura-ura mengenai Google akan hadir dengan sistem pemindahan/perkongsian fail tersendiri seakan AirDrop sudah lama kita dengar. Namun sehingga hari ini masih tiada berita bila ia akan dilancarkan. Apa yang kita tahu, Google akan memberi nama “Fast Share” untuk fungsi ini. “Fast Share” ini adalah alternatif daripada Google untuk pemindahan fail yang pantas, kerana sejak Android 10 – fungsi Android Beam melalui NFC sudah dibuang (Android asli).

Baru-baru ini, pihak XDA menemui yang Google telah menjenamakan semula “Fast Share” kepada “Nearby Sharing”. Fungsi ini akan menggunakan Bluetooth untuk buat tambatan antara peranti dan kemudian akan menggunakan WiFi Direct untuk membuat pemindahan/perkongsian data. “Nearby Sharing” ini boleh ditemui melalui Share Sheet atau juga talam notifkasi untuk akses pantas. Tiada tarikh bila Google akan mula edarkan fungsi ini, tetapi ada kemungkinan besar ia akan diedarkan dalam masa yang terdekat.



Sumber asal https://www.xda-developers.com/fast-share-google-upcoming-airdrop-service-renamed-nearby-sharing/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,880
Reaction score
2,330
Points
236
Samsung Akan Memperkenalkan Quick Share Dengan Fungsi Seakan AirDrop

Menerusi AirDrop, pengguna produk Apple dapat melakukan perkongsian fail dengan mudah. Pada peranti Android, fungsi Nearby Sharing pula akan diperkenalkan sebagai jawapan kepada AirDrop. Kini fungsi yang sama juga akan diperkenalkan oleh Samsung dengan nama Quick Share.

Fungsi ini ditemui oleh laman XDA yang mampu mendapatkan sebuah Galaxy S20 sebelum ia dilancarkan. Quick Share mempunyai fungsi yang sama seperti Nearby Sharing. Pengguna boleh memberikan akses hanya kepada individu yang ada dalam senarai alamat pemilik peranti atau membenarkan penghantaran fail kepada semua.

Berdasarkan ujian oleh XDA, fungsi Quick Share hanya boleh dilakukan di antara produk keluaran Samsung pada waktu ini. Terdapat juga kemampuan berkongsi fail ke awanan di antara peranti yang menyokong sistem SmartThings Samsung.

Selain Samsung, Oppo, Vivo dan Xiaomi juga telah bersetuju menyeragamkan sistem penghantaran fail dengan pantas pada peranti keluaran mereka. Sistem Mobile Direct Fast Exchange akan diperkenalkan pada peranti Oppo terlebih dahulu Februari ini.



Sumber asal https://www.xda-developers.com/quick-share-samsung-alternative-airdrop-galaxy-phones/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,880
Reaction score
2,330
Points
236
Inilah Fungsi Nearby Sharing

Fungsi Nearby Sharing akal diperkenalkan pada peranti Android oleh Google sebagai pengganti kepada Android Beam yang tidak lagi disokong pada peranti Android 10. Ia dilihat sebagai jawapan Android kepada AirDrop yang disokong pada peranti Apple, XDA Developer elah memuat naik video bagaimana Nearby Sharing berfungsi.

ada waktu ini sokongan hanya diberikan pada sejumlah kecil peranti seperti Pixel dan OnePlus. Dari video di atas aplikasi ini masih lagi belum bersedia untuk dilancarkan kepada umum kerana masih mempunyai beberapa pepijat. Tetapi dari segi fungsi ia memang menyamai apa yang ditawarkan oleh AirDrop. Perkongsian fail dalam dilakukan dengan lebih mudah kerana ia mengesan peranti berdekatan menggunakan rangkaian WiFi.

Tiada maklumat bilakah Nearby Sharing akan diaktifkan tetapi berkemungkinan besar ketika acara Google I/O yang akan berlangsung 12 Mei ini. Selain Nearby Sharing, Samsung turut membangunkan pesaing AirDrop mereka yang diberi nama Quick Share manakala Oppo, Vivo dan Xiaomi pula membangunkan Mobile Direct Fast Exchange.


Sumber asal https://www.xda-developers.com/nearby-sharing-airdrop-for-android-file-sharing/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register