Airasia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia Skytrax

Recommended Brokers


Viere

CG Top Poster Club
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- AirAsia Bhd memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Skytrax bagi tahun keempat berturut-turut dalam kajian Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata anugerah itu merupakan berita terbaik bagi syarikat penerbangan terbabit.

"AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik - Asia, bagi tahun keempat berturut-turut," kata Fernandes yang menerima anugerah berprestij pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough di London, dalam satu kenyataan Jumaat.

AirAsia telah menerbangkan lebih 150 juta penumpang sejak dilancarkan 10 tahun lepas, dengan misi untuk mendemokrasikan perjalanan udara di rantau ini, dengan operasi yang menguntungkan.

Syarikat penerbangan itu mempunyai syarikat sekutu di Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun, selain Malaysia, yang memberi perkhidmatan di 80 destinasi di 20 negara.

Kajian tahunan dunia itu dijalankan oleh perunding penerbangan yang berpejabat di London, Skytrax, dengan hampir 19 juta pengguna mengambil bahagian.
 
Sponsored Post

maslinkcc

Fun Poster
Joined
Mar 29, 2008
Messages
707
Reaction score
13
Points
15
banggan jugak lah,
naikkan nama malaysia tu..
 

HakuLar

Active Member
Joined
Feb 5, 2011
Messages
1,106
Reaction score
24
Points
25
waa.. bagus2..
jgn lps ni fare dia naik dh la..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register